Estimated reading time: 3 minutes
Penyata RHB Bank(eStatement) merupakan penyata kewangan yang dikeluarkan oleh pihak bank untuk rekod pelbagai transaksi oleh pelanggan mereka.Data yang dilampirkan pada penyata bank bercetak adalah penerangan terperinci mengenai aliran debit dan kredit, termasuk dari pemindahan duit masuk atau keluar.
Penting bagi pelanggan RHB untuk mendapatkan penyata kewangan ini jika mereka terlibat dengan urusan pembelian rumah,pinjaman peribadi dan sebagainya kerana penyata ini sebagai bukti keupayaan kewangan mereka sama ada mereka layak atau tidak
Maklumat e-STATEMENT RHB NOW(Penyata RHB Bank)
Merupakan e-Statement dalam bentuk elektronik Penyata Akaun Perbankan Konvensional dan / atau Penyata Akaun Perbankan Islam, di mana ia dapat dilihat secara dalam talian oleh Anda melalui RHB Now atau dihantar ke alamat e-mel peribadi Anda.
Terdapat dua (2) jenis e-Penyata yang ditawarkan oleh RHB Now iaitu:
- Lihat Dalam Talian/View Online – Boleh dilihat secara dalam talian melalui Internet Banking RHB Now
- Dihantar ke E-mel – Dihantar ke peti masuk e-mel peribadi Anda setelah berjaya mendaftar. Anda kemudian dapat melihat dan mencetak e-Penyata dari terminal komputer Anda.
NOTA: e-Penyata akaun Anda tersedia untuk dilihat dan dicetak di RHB Now Internet Banking untuk tempoh tiga belas (13) bulan dari tarikh terbitan e-Penyata masing-masing.
Pelanggan yang boleh melihat dan muat turun penyata kewangan ini ialah:
- Akaun individu (Akaun Semasa, Akaun Simpanan, Deposit Tetap, Akaun Pelbagai Mata Wang, Pinjaman, Sewa Beli)
- Kad Kredit Individu (Konvensional / Islam)
- Akaun bersama (dengan Kod Penyambung “JOR”) (Akaun Semasa / Akaun Simpanan / Deposit Tetap / Akaun Pelbagai Mata Wang). Hanya pemegang akaun utama yang dibenarkan melihat e-Penyata. Tidak dibenarkan untuk pemegang akaun sekunder
- Kad Kredit Bersama – Pemegang kad utama dibenarkan melihat e-Penyata
Artikel berkaitan:
Semakan Dan Cara Dapatkan Penyata Kewangan Maybank(Bank Statement)
Panduan Cetak Penyata Bank CIMB Secara Online
Semakan Dan Cara Dapatkan Penyata Kewangan BSN(Bank Statement)
Cara Cetak dan Muat turun Penyata RHB Bank
Terdapat dua cara untuk untuk cetak dan muat turun penyata tersebut.Berikut adalah cara dapatkan penyata kewangan tersebut:
1.Dapatkan penyata secara Online (Melalui laman RHB NOW)
Ikuti langkah berikut untuk muat turun penyata:
- Pastikan anda telah berdaftar dengan RHB Now. Sekiranya belum boleh rujuk panduan Daftar RHB NOW Online
- Layari pautan RHB Now: https://logon.rhb.com.my
- Log masuk akaun anda
- Seterusnya pilih:
- My Account > eStatement Management
- Saving Account, dan klik Next.
- Pada bahagian eStatement Registration / Cancellation, pilih View Online. Klik Preview.
- Seterusnya klik My Accounts sekali lagi dan pilih:
- View e-Statement
- Savings Account.
- Pilih penyata bulan yang ingin Anda download atau print.
- Buka file PDF yang telah Anda download untuk melihat penyata bank.
- Selesai
2.Dapatkan penyata melalui Email
Berikut merupakan cara untuk dapatkan penyata melalui email:
- Log masuk RHBNow
- Pilih My Account > Pilih eStatement Management
- Pilih Akaun yang Anda mahukan
- Tick √ Send to Email
- Masukkan alamat Emel dan Nombor Telefon
- Tick √ Term & Condition, klik Preview
- Masukkan kod OTP dan Klik Submit
- Selesai
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi melalui saluran berikut:
Laman Rasmi: https://www.rhbgroup.com/others/highlights/index.html
Customer Care Center RHB di talian 03-9206 8118
Berita baik,ada tawaran hadiah berupa wang tunai RM100 kepada follower telegram
JOIN TELEGRAM | LINK PAUTAN |
Telegram Hebahan Bantuan Kerajaan | HEBAHAN BANTUAN KERAJAAN |
