Cetak Penyata Bank CIMB.Tahukah anda,sekarang ini anda tidak perlu ke bank untuk cetak dan semak penyata bank anda.Kini anda boleh cetak penyata bank anda sendiri dengan mudah.Bagi pemilik akaun bank CIMB anda hanya perlu akaun CIMBCLICKS untuk anda Cetak Penyata Bank anda.
Senang untuk anda nak mohon pinjaman peribadi atau pinjaman untuk pembelian rumah atau kereta.Setiap urusan permohonan pinjaman pasti akan memerlukan pemohon sediakan statement bank sebagai bukti urusan transaksi dalam akaun anda.Ini akan memudahkan kerja anda tanpa anda beratur panjang di bank.
Cetak Penyata Bank CIMB Secara Online
Di bawah kami tunjukkan cara anda boleh cetak penyata tersebut melalui cara berikut:
Cetak eStatement CIMB Melalui CIMBCLICKS
- Log masuk ke akaun CIMBCLICKS anda di www.cimbclicks.com.my
- Klik pada menu Services
- Pilih eStatement
- Klik View Statement
- Pilih bulan yang anda mahu cetak
- Download penyata bank yang dipaparkan
- Cetak fail yang anda download tadi
Dah siap anda cetak dan anda boleh buat semakan anda sendiri.
Boleh baca:
- Cara membuat pertukaran amaun i-Sinar KWSP 2021
- Dokumen Sokongan i-Sinar:cara muat naik untuk Kategori 2 dan tidak lulus kategori 1
Untuk dapatkan Penyata CIMB Bank Melalui Email
- Log masuk ke akaun CIMBCLICKS di pautan www.cimbclicks.com.my
- Pilih menu Services
- Klik pada Email Statement Delivery
- Masukkan alamat email dan password dengan lengkap
- Pilih Yes untuk menerima Terma & Syarat
- Klik I Agree & Confirm
- Buat pengesahan TAC dan klik Confirm
Pihak CIMB akan emailkan penyata yang anda mohon terus ke alamat email yang anda masukkan. Sungguh mudah,semua kemudahan hanya di hujung jari.Sekejap sahaja untuk print penyata yang anda mahu.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
Laman Rasmi berkaitan estatement:
https://www.cimbbank.com.my/en/personal/banking-with-us/ways-to-bank/online-banking/estatement.html
Soalan Lazaim:FAQ Penyata Bank CIMB