Daftar Ambank Online Banking untuk memudahkan anda membuat transaksi pembayaran,pengurusan akaun dan pemantauan duit masuk keluar di dalam akaun bank anda dengan mudah dan cepat
AMMB Holdings Berhad atau juga dikenali sebagai AmBank adalah sebuah kumpulan Perkhidmatan Kewangan di Malaysia yang perniagaan teras adalah Perbankan Runcit, Perbankan Borong, Perbankan Islam, dan Insurans Hayat dan Am.
Kumpulan itu berdagang di bawah beberapa jenama, termasuk AmBank, AmInvestment Bank, AmInvest, AmIslamic Bank, AmGeneral Insurance dan AmMetLife. AmBank, jenama utamanya, meliputi perniagaan runcit dan perbankan borong dan disokong oleh rangkaian 179 cawangan dan 884 mesin ATM di Malaysia (seperti yang dinyatakan dalam Laporan Tahunan 2014).
Kumpulan AmBank telah ditubuhkan pada 1975 sebagai Bank Pembangunan Arab-Malaysia, oleh perintis Saudagar Perbankan, Hussain Najadi melalui syarikat induk beliau AIAK (Arab Investments for Asia Kuwait). Beliau membawa awam bank melalui Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada tahun 1981.
Seperti bank-bank lain juga, Ambank juga menawarkan perbankan internet untuk pengguna mereka.Jika anda sudah mempunyai akaun bersama Ambank,anda boleh daftar dan aktifkan perbankan internet Ambank
Cara daftar Ambank Online Banking
Untuk mendaftar Online Banking,anda perlukan:
- Kad debit / ATM
- Butiran pengenalan diri
- Telefon bimbit (untuk terima nombor OTP)
Nota:Paling penting ada akaun aktif dengan mereka dan pastikan No telefon yang aktif dan boleh di gunakan.
Syarat untuk daftar Ambank Online ialah:
- Kad Kredit / Kad-i Ambank
- Akaun Semasa atau Simpanan/-i AmBank yang dipautkan kepada Kad Debit AmBank.
- Pinjaman AmBank sama ada Sewa Beli / Pajak gadai / Pinjaman Peribadi / Pembiayaan
Berikut adalah langkah-langkah untuk daftar Online Banking Ambank:
- Boleh akses Portal rasmi https://ambank.amonline.com.my.
- Klik butang Register.
- Sila masukkan Username, Password dan gambar Keselamatan.
- Email confirmation akan dihantar ke email Anda, sila buka email tersebut dan klik link confirmation untuk activate.
- Selesai
Anda juga boleh baca: Daftar RHB Online Banking :Login Dan Pendaftaran Bank RHB Online
Cara daftar Aplikasi AmOnline Mobile Banking
Bagi memudahkan pelanggan mereka menikmati kemudahan yang disediakan Ambank Bank juga ada menyediakan Aplikasi telefon AmOnline Banking yang boleh di gunakan terus dari telefon.
AmOnline adalah aplikasi perbankan dalam talian terobosan daripada Ambank bank sebagai penambahbaikan portal AmOnline untuk meningkatkan kemudahan dan keselesaan pelanggan dalam mengakses perkhidmatan perbankan.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Ambank sendiri sudah mempunyai aplikasi perbankan dalam talian yang telah digunakan secara meluas oleh pelanggan, namun aplikasi AmOnline diwujudkan untuk mengikuti perkembangan teknologi dan memudahkan pelanggan melakukan transaksi perbankan dalam talian.
Bukan itu sahaja, aplikasi ini juga telah meningkatkan keselamatannya, jadi pelanggan tidak perlu risau tentang akaun simpanan mereka kerana privasi dan keselamatan telah terjaga.
Pelanggan Ambank sendiri juga tidak perlu risau kerana aplikasi ini boleh dimuat turun dengan mudah melalui Apple Store untuk pengguna telefon pintar iOS dan Google Play Store untuk pengguna telefon pintar Android.
- Aplikasi ini boleh di muat turun dari pautan berikut:
Untuk daftar menggunakan Aplikasi AmOnline Banking,anda boleh ikuti langkah berikut:
- Buka aplikasi AmOnline di handphone anda.
- Klik pada pada Let’s Get Started.
- Klik pada Register to AMOnline.
- Isikan maklumat yang diperlukan, pastikan maklumat yang Anda masukkan betul.
- Lepas tu, masukkan no kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi.
- Masukkan nombor kad ATM dan nombor PIN atau masukkan Nombor Pinjaman/Pembiayaan dan SMS TAC.
- Selesai.
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,anda boleh hubungi melalui saluran berikut:
- Customer service Ambank (603) 2178 8888 (24 hours)
- Email : customercare@ambankgroup.com