Semakan dan Cara dapatkan Penyata kewangan BSN(bank Statement)

Penyata Kewangan BSN.Penyata kewangan merupakan maklumat atau rekod transaksi yang berlaku.Data yang dilampirkan pada penyata bank bercetak adalah penerangan terperinci mengenai aliran debit dan kredit, termasuk dari pemindahan duit masuk atau keluar.

Bagi pemegang akaun BSN,penyata ini sangat penting bagi mereka yang ingin membuat pinjaman seperti pembelian rumah,pinjaman peribadi dan sebagainya.Ini penting kerana pihak penjual ingin menilai prestasi kewangan kita sebelum mereka memberi pinjaman.

Cara semak dan dapatkan Penyata Kewangan BSN(Bank Statement)

Berikut adalah 3 cara untuk dapatkan Bank Statement BSN:

  • Dapatkan penyata BSN secara Online (Melalui laman MyBSN)
  • Melalui Emel
  • Dapatkan melalui Mesin Pengeluaran Duit (ATM)

Penyata yang di perolehi secara online dan Emel adalah lebih terperinci dan jelas manakala melalui ATM penyata akan di beri secara ringkas.

1. Dapatkan penyata BSN secara Online (Melalui laman MyBSN)

Berikut adalah cara untuk dapatkan secara online:

  1. Buka ke pautan www.mybsn.com.my
  2. Masukkan Username dan Password
  3. Klik Account Overview
  4. Klik E-Statement
  5. Klik Nama Account
  6. Pilih Sejarah Transaksi yang Anda mahu
  7. Klik Print

jika belum daftar,boleh rujuk Cara Daftar MyBSN Online Banking

2.Printi Penyata melalui Emel

Jika anda ingin dapatkan secara Emel,anda boleh ikuti cara-cara berikut:

  1. Buka aplikasi penghantaran SMS di telefon mudah alih anda
  2. Tapi seperti yang berikut:
    • STMTNo.KPalamat emel
    • Contoh: STMT 990123051235 abc@gmail.com
  3. Hantar ke 66300

Kemudian, anda akan menerima penyata kewangan anda yang boleh dimuat turunt dan dicetak.

Anda juga boleh baca: Cara Tukar Kad ATM Maybank Rosak Atau Tamat Tempoh(Expired) Online

3.Dapatkan melalui ATM

Melalui ATM,anda boleh kunjungi cawangan yang berdekatan anda untuk mencetak BSN bank statment

  1. Masukkan kad ATM dan PIN Anda
  2. Pilih Lain-Lain Urusniaga/Other
  3. Pilih Khidmat Penyata
  4. Pilih Penyata Mini
  5. Pilih Cetak
  6. Sila ambil resit yang keluar untuk melihat mini statement bank BSN Anda

Walaubagaimanapun,penyata yang di beri adalah penyata yang sangat ringkas dimana penyata yang di beri adalah transaksi keluar masuk sahaja.

Sekiranya anda inginkan penyata kewangan yang lebih ‘Detail’ dan jelas,anda di sarankan untuk mendapatkan Bank Statement melalui online iaitu Emel atau melalui laman MyBSN

Maklumat Lanjut

Jika anda mengalami sebarang masalah untuk mendapatkan penyata kewangan BSN ini,anda boleh hubungi melalui medium berikut:

Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1300881900 

Laman Rasmi: https://www.bsn.com.my/page/personal-banking-index

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via