Semakan dan Cara dapatkan Penyata Kewangan Maybank(Bank Statement)

Penyata Kewangan Maybank.Penyata kewangan merupakan maklumat atau rekod transaksi yang berlaku.Data yang dilampirkan pada penyata bank bercetak adalah penerangan terperinci mengenai aliran debit dan kredit, termasuk dari pemindahan duit masuk atau keluar.

Anda Merupakan Pelanggan Maybank dan ingin dapatkan Penyata Kewangan /Bank Statement?Bagi Pemegang akaun Maybank,untuk Urusan yang lebih besar seperti pinjaman rumah,kereta dan sebagainya sememangnya memerlukan Penyata kewangan untuk melihat prestasi kita sebagai peminjam sama ada layak atau tidak.

Cara Semak dan Dapatkan Penyata kewangan Maybank(Bank statement)

Berikut adalah dua cara untuk dapatkan Penyata Kewangan Maybank:

  • Dapatkan penyata Maybank secara Online (Melalui laman Maybank2u)
  • Melalui Kaunter

1.Dapatkan penyata secara Online (Melalui laman Maybank2u)

Cara paling mudah adalah melalui Maybank2u Online.Adakah anda sudah daftar Maybank2u?

Jika belum,boleh baca tutorial daftar di SINI dahulu sebelum ikut langkah di bawah untuk dapatkan penyata dari Maybank2u

Berikut langkah-langkah yang perlu dibuat setelah anda mempunyai Maybank2u:

  1. Log masuk ke Maybank2u
  2. Pada bahagian menu, pilih e-Bills & Statements
  3. Klik pada tiga titik akaun anda (berada di penjuru kanan kotak) MAE/Savings Account dll.
  4. Pilih View Statements
  5. Penyata Maybank anda akan dipaparkan. Anda boleh tetapkan tarikh untuk account statement tersebut
  6. Klik pada butang “Dowload” atau “Muat turun” untuk memuat turun penyata Maybank tersebut
  7. Sekiranya penyata kewangan ini perlu dihantar secara fizikal, maka print sahaja penyata kewangan ini.

Anda juga boleh baca:
Semakan Baki Pinjaman Kereta Maybank Online Dan Manual
Login MAE Maybank :Cara Guna,Bayar Dan Semakan Perbelanjaan

2.Dapatkan Penyata Melalui Kaunter

Jika anda mempunyai masalah dengan maybank2u dan tidak dapat cetak penyata tersebut anda boleh guna cara lama iaitu datang ke kaunter iaitu cawangan Maybank yang terdekat dengan anda.

  1. Hadirkan diri ke kaunter maybank terdekat dan ambik no giliran
  2. Bawa dokumen penting ke kaunter setelah nombor giliran anda dipanggil
  3. Paling penting bawa bersama kad ATM atau debit Maybank anda kad pengenalan untuk pengesahan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:

Customer Care Hotline: 1-300 88 6688 (Malaysia)

Laman Rasmi: Maybank2u

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via