Daftar RHB Online Banking untuk memudahkan anda membuat transaksi pembayaran,pengurusan akaun dan pemantauan duit masuk keluar di dalam akaun bank anda.
RHB juga di kenali sebagai Rashid Hussein Bank.Bank ini dibentuk setelah suatu percantuman di antara Kwong Yik Bank dan DCB Bank (Development and Commercial Bank, dikenali juga sebagai D&C Bank), pada 1 Julai 1997, dan kemudiannya Sime Bank dan Bank Utama.
Seperti bank-bank lain juga, RHB juga menawarkan perbankan internet untuk pengguna mereka.Jika anda sudah mempunyai akaun bersama RHB,anda boleh daftar dan aktifkan perbankan internet RHB.
Cara Daftar RHB Online Banking
Senang sahaja untuk daftar Online Banking RHB Bank,anda kena pastikan yang anda mempunyai butiran berikut:
- Kad debit / ATM
- Butiran pengenalan diri
- Telefon bimbit (untuk terima nombor OTP)
Nota:Pastikan No telefon yang aktif dan boleh di gunakan.
Berikut adalah langkah-langkah pendaftaran Perbankan Internet RHB online:
- Pergi ke laman web https://logon.rhb.com.my/
- Tekan di bahagian ‘I want to register’
- Pilih ‘ATM / Debit Card’
- Sila masukkan nombor Kad ATM / Kad Debit 16 digit anda
- Cipta Username dan Password.
- Untuk Secret Word, Isikan satu perkataan sebagai langkah keselamatan untuk akaun anda nanti semasa log in.
- Baca ‘Terma & Syarat’ sebelum menekan butang ‘I Agree’
Nota:Pastikan anda ingat secure word,Username dan Password anda untuk log in kemudian
Boleh juga baca: Cara daftar Online Banking Affin Bank
Cara daftar Aplikasi RHB Mobile Banking
Bagi memudahkan pelanggan mereka menikmati kemudahan yang disediakan,RHB Bank juga ada menyediakan Aplikasi telefon RHB Mobile Banking yang boleh di gunakan terus dari telefon.
Aplikasi ini boleh di muat turun dari pautan berikut:
- Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.rhbgroup.rhbmobilebanking
- iOS : https://apps.apple.com/my/app/rhb-mobile-banking/id1440953606
Untuk daftar menggunakan Aplikasi RHB Mobile Banking,anda boleh ikuti langkah berikut:
- Muat turun aplikasi yang di nyatakan melalui pautan yang disediakan tadi
- Log In Aplikasi tersebut dan pastikan ‘Secure word’ sama masa kita daftar tadi, kemudian masukkan password.
- Berjaya Login.
Cara kemaskini No Telefon Untuk RHB Banking
Berikut adalah cara untuk anda kemaskini no telefon anda:
- Pergi ke mesin ATM dan masukkan nombor pin seperti biasa
- Tekan ‘Lain-lain’
- Pilih ‘Kemaskini No Tel’
- Tekan RHBNow OTP
Nota: Jangan kongsikan Mesej OTP yang anda dapat kerana mesej OTP ini penting ketika anda membuat urusniaga online.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi melalui saluran berikut:
Laman Rasmi: https://www.rhbgroup.com/others/highlights/index.html
Customer Care Center RHB di talian 03-9206 8118
Berita baik,ada tawaran hadiah berupa wang tunai RM100 kepada follower telegram
JOIN TELEGRAM | LINK PAUTAN |
Telegram Hebahan Bantuan Kerajaan | HEBAHAN BANTUAN KERAJAAN |