Daftar Maybank2u.Perbankan di atas talian sangat penting di zaman sekarang ini,apatah lagi banyak transaksi dilakukan secara online.Kepentingan untuk menyemak transaksi melalui online sangat mudah di zaman sekarang.
Bagi pemegang akaun Maybank,anda wajib daftar Maybank2u untuk membuat transaksi secara online dan menyemak baki simpanan anda.Bagi orang yang mempunyai jadual kerja yang sibuk, transaksi melalui juruwang di cawangan bank atau ATM sudah tentu akan memakan masa yang lama.Jesteru itu,perbankan secara online adalah jalan yang paling cepat dan menjimatkan masa.Jika anda belum daftar,di bawah kami akan tunjukkan langkah-langkah demi langkah cara daftar dan kemaskini no telefon jika selepas ini anda tukar no telefon lain.
Syarat-syarat untuk daftar
Sebelum itu,mari kita semak syarat-syarat untuk anda daftar.
Antara syarat-syarat yang wajib anda tahu:
- Pemilik akaun Simpanan Maybank
- Memiliki card ATM/Debit Maybank
- Memiliki nombor telefon yang berdaftar di Maybank untuk TAC
Cara-cara daftar Maybank2u
Untuk mendaftar perbankan online maybank2u senang sahaja.Jom ikut langkah-langkah dibawah:
Pergi ke cawangan Bank Maybank yang terdekat dan memohon borang untuk mendaftar perbankan internet di kaunter atau mendaftar melalui mesin ATM Maybank.
2 langkah sahaja diperlukan daftar adalah seperti berikut:
- Daftar TAC no telefon untuk Maybank2u
- Membuat pendaftaran akaun Maybank2u secara online
Cara daftar TAC no telefon untuk Maybank2u
- Pilih bahasa Malaysia
- Masukkan kad ATM Maybank dan nombor PIN
- Pilih menu Maybank2u/Phone Banking/ATM Sms Alerts
- Pilih menu Kemaskini Tel. Bimbit M2u TAC
- Masukkan nombor telefon anda, pastikan nombor telefon betul. Pilih YA
- Selesai
Boleh ikut gambar dibawah:
Cara membuka akaun Maybank2u secara online
Selepas anda mendaftar TAC no telefon Maybank2u,anda hendaklah membuat pendaftaran Maybank2u online.Berikut kami sediakan langkah-langkah yang perlu dibuat:
- Buka maybank2u.com.my pada browser Chrome, Mozilla, Opera atau Safari bebas sahaja.
- Pada sudut kanan atas klik Register Now
- Masukkan 16 digit nombor card ATM/Debit anda
- Masukkan 6 digit nombor PIN card ATM/Debit anda, klik Next
- Pada laman ini, anda mesti masukkan username
- Masukkan password sekurang-kurangnya 8 aksara (gunakan kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol. Contoh syali@Kacak452*)
- Masukkan sekali lagi password yang sama
- Masukkan email anda
- TAC : nombor TAC
- Selepas tu klik Next.
- Seterusnya anda diminta untuk memasukkan gambar untuk keselamatan.
- Security phrase : perkataan bagi tujuan keselamatan contoh DiaKacak
- Memorable Question : Jawab 3 soalan
- Klik butang Done
Tahniah anda dah berjaya daftar untuk servis perbankan Online Maybank2u.Selepas ini,anda dah boleh login ke maybank2u secara online atau menggunakan aplikasi Mobile Maybank2u.Masukkan username dan password anda dan akan keluar image yang anda letak tadi masa pendaftaran.Pastikan itu image yang anda letak kemudian Klik yes dan anda dah log masuk akaun Maybank2u anda.
Boleh juga baca; Panduan Cetak Penyata Bank CIMB Secara Online
Cara daftar dan kemaskini TAC anda jika ada perubahan No telefon di ATM Maybank
- Pergi ke mana-mana mesin ATM Maybank berdekatan dan masukkan kad Maybank anda
- Pilih Bahasa Malaysia
- Masukkan nombor pin 6 digit ATM Maybank anda
- Pilih Maybank2u/Phone Banking/ ATM SMS Alerts
- Klik Kemaskini Tel. Bimbit M2u TAC
- Masukkan nombor telefon anda yang aktif. pastikan nombor telefon yang didaftarkan disemak dan betul. Jika anda pasti, tekan butang YA
Tahniah anda sudah kemaskini No TAC anda untuk guna Maybank2u online anda.Sekarang anda dah boleh guna semua perkhidmatan yang ada dalam Maybank2u.