Login MAE Maybank .Seperti yang kita sedia maklum,sebelum ini maybank ada melancarkan dompet digital mereka sendiri yang di beri nama MAE di mana ia menggunakan aplikasi Maybank2u untuk memudahkan ramai orang akses
E-wallet pertama ini di lancarkan untuk memudahkan transaksi perbankan para pengguna Maybank dan juga untuk yang bukan pengguna Maybank.Anda tidak memerlukan akaun Maybank untuk berdaftar.Apa yang tambah menarik mengenai MAE ini, ia membolehkan pengguna di seluruh negara untuk menggunakan dompet digital ini dengan membuat transaksi tanpa tunai di pelbagai tempat.
Apa itu MAE Maybank?
MAE Maybank ialah sistem ewallet dari pihak maybank sendiri. Dulu MAE ni ada dalam apps M2U, tapi sekarang Maybank dah buat apps MAE untuk MAE sendiri sahaja.
Sama seperti e-wallet yang lain, aplikasi ini menyediakan banyak ciri menarik termasuk menjejaki perbelanjaan dan menabung secara berkumpulan.
Cara daftar dan Login MAE Maybank
Berikut adalah langkah cara daftar MAE Maybank:
- Download/muat turun aplikasi MAE di Google Playstore atau App Store dan install
- Setelah selesai install, buka aplikasi tersebut
- Buka aplikasi MAE by Maybank2u dan klik Allow bagi permulaan.
- Seterusnya klik Next dan klik Agree
- Kemudian klik pada Log In Now dan klik pada Apply For a MAE Account Now, klik Next
- Masukkan Nama Penuh anda (mengikut IC) dan No Telefon anda, klik Continue
- Pilih jenis ID anda (Mykad/Passport) dan masukkan no ID anda, klik Continue
- Masukkan alamat rumah anda, klik continue
- Masukkan Email anda dan juga Invite Code(sekiranya ada), klik continue
- Anda dikehendaki Snap gambar depan dan belakang ID anda (ikut arahan yang diberikan), klik continue
- Seterusnya anda dikehendaki ambil gambar Selfie, klik contine
- Tick pada Terma dan Syarat, klik continue
- Masukkan kod OTP yang diterima melalui SMS.
- Masukkan Username dan Password Maybank2u anda, klik continue
- Upload Gambar Keselamatan anda, klik continue
- Ciptakan Frasa Keselamatan anda, klik continue
- Pilih Soalan Keselamatan anda beserta jawapan, klik continue
- Selesai
Cara guna MAE Maybank
Berikut adalah kegunaan Aplikasi MAE Maybank:
1.Pembayaran Bil
Melalui aplikasi ini,anda boleh membuat pembayaran bil utiliti anda seperti bil elektrik,air ,internet dan sebagainya.Di dalam aplikasi tersebut hanya klik di bahagian icon pay bil.Selain bayar bil,anda boleh membuat pemindahan duit,bayar pinjaman dan kad kredit
2.Makan ramai-ramai di restoran
Jika anda makan ramai-ramai bersama kawan anda di restoran,pasti ada rakan anda yang akan mendahulukan duit dia untuk selesaikan bil makanan.Melalui aplikasi MAE dengan fungsi Split Bill ia memudahkan urusan pembayaran.Pembahagian kos untuk setiap orang akan di kira.Jika anda kawan anda yang terlupa bayar,terdapat fungsi mengingatkannya supaya membayar semula melalui notifikasi telefon.
3.Ketika membeli belah di Pasar Raya
Seperti aplikasi e-wallet lain,MAE juga mempunyai fungsi Scan & Pay
4.Guna untuk pelaburan dan menabung
Melalui MAE,anda dapat wujudkan tabung secara maya dan anda boleh tetapkan sasaran simpanan dan tempoh simpanan. MAE akan cadangkan kepada anda berapakah yang perlu disimpan setiap bulan untuk anda mencapai sasaran tersebut.
Ada ciri-ciri Booster menabung dalam MAE. Ia terbahagi kepada 3 jenis Booster:
Spare Change – apabila anda berbelanja, MAE akan bundarkan jumlah bil anda mengikut amaun yang ditetapkan untuk dimasukan ke dalam Tabung simpanan anda.
Guilty Pleasure – sekiranya anda didapati membuat perbelanja yang keterlaluan, “denda” akan dikenakan kepada anda dan ia akan disalurkan masuk ke dalam Tabung anda. Amat baguskan car aini. Ini dapat mendisiplinkan anda dan mengelakan anda dari sifat boros.
Scan & Save – dalam MAE ada pelbagai promosi cashback. Berbanding salurkan cashback itu masuk ke akaun utama anda, ia sebaliknya akan disalurkan ke Tabung untuk bantu anda capai sasaran simpanan anda.
Cara bayar guna MAE Maybank
Jika anda ingin membuat pembayaran menggunakan kaedah QR code,boleh ikuti cara di bawah:
- Buka Aplikasi dan login MAE Maybank anda dan klik pada “Money Out”.
- klik pada butang “Pay With QR”. MAE menggunakan kaedah pembayaran “cashless”.
- Kemudian, anda perlu ke tempat pembayaran yang mempunyai tempat untuk anda ”scan QR code” anda. Pergi sahaja ke ruangan QR code yang disediakan dan scan menggunakan aplikasi MAE anda tadi.
- Setelah anda scan, masukkan nilai yang ingin anda bayar untuk tujuan pembelian pada ruangan “Enter Amount”.
- Kemudian tekan butang “OK” dan sekiranya transaksi anda berjaya anda akan dapat mesej yang menyatakan pembayaran anda “Successful”.
- Selesai pembayaran menggunakan MAE QR code payment.
Cara Transfer duit MAE Maybak ke akaun e-wallet yang lain
Berikut adalah cara-cara untuk membuat pemindahan wang ke akaun e-wallet yang lain:
- Klik fungsi Transfer pada paparan MAE anda.
- Masukkan kata laluan anda
- Pilih sama ada anda ingin membuat Instant Transfer ataupun DuitNow.
- Setelah memilih anda perlu ke paparan berikutnya di mana anda perlu memilih bank yang anda ingin transfer duit e-wallet anda sebentar tadi.
- Masukkan account number dan jumlah yang ingin anda transfer.
- Masukkan recipient reference dan Klik butang Continue.
- Pilih funds transfer dan klik Continue.
- Baca maklumat dengan betul dan klik Transfer Now.
- Anda perlu klik butang Approve pada paparan berikutnya.Selesai!
Anda boleh juga baca: DuitNow:Cara Daftar,Guna dan Senarai Bank
Cara untuk track atau semak perbelanjaan/expenses anda
Jika sudah hujung bulan dan anda ingin semak perbelanjaan anda,anda boleh rujuk di dalam aplikasi MAE dan klik pada Spending Summary untuk melihat jumlah perbelanjaan bulanan anda.
Cara untuk dapatkan kad fizikal MAE Maybank
Untuk dapatkan kad fizikal MAE Maybank anda,boleh ikuti cara berikut:
- Masuk ke aplikasi Maybank2u dan tekan butang Cards.
- Klik pada MAE Debit Card.
- Klik pada butang Apply For Physical MAE Card.
- Selesai dan permohonan anda akan diuruskan oleh pihak Maybank.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
Customer Care Hotline: 1-300 88 6688 (Malaysia)
Laman Rasmi: Maybank2u