Melalui e-Pengambilan TUDM,Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempelawa belia tanah air lelaki yang memenuhi kelayakan dan berminat untuk mengisi permohonan Perajurit Muda (PJM) Siri 66/23 (Lelaki) secara atas talian yang dibuka bermula 12 Ogos 2022 hingga 23 September 2022.
Permohonan ini dibuka untuk lepasan SPM/SVM atau Sijil SKM tahap 2/3 serta yang mempunyai diploma Politeknik / Universiti Awam / Universiti Swasta.Bagi yang berminat untuk menjadi salah seorang ahli TUDM pastikan anda memohon sebelum sebelum 26 September 2022.
Syarat kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon:
- Lelaki warganegara Malaysia
- Berumur 18 hingga TIDAK melebihi 25 tahun pada 1 Mac 2023.
- Lepasan SPM atau SVM.
- Lepasan Sijil SKM Tahap 2 dan SKM Tahap 3.
- Lepasan diploma dari Politeknik / Universiti Awam / Universiti Swasta.
Calon Lepasan Diploma Kejuruteraan
Calon-calon yang mempunyai Diploma Kejuruteraan dalam bidang Mekanikal, Elektrikal, Elektronik dan berkaitan dengan fungsi Tred Kejuruteraan TUDM.
Calon Lepasan Diploma
Calon-calon yang mempunyai Diploma dalam bidang Sains, Teknologi dan Pengurusan akan diberi keutamaan
Anda boleh juga baca: Pegawai Bomba KB19 : Cara Memohon SPA9 Untuk Lepasan SPM
Kelayakan akademik bagi lepasan SPM/SPV
Calon-calon yang mempunyai KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
Keutamaan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN dalam mata pelajaran berikut:
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Fizik
- Kimia
Taraf Kesihatan
Taraf Kesihatan – Sihat tubuh badan, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidapi penyakit lelah, penyakit kronik dan penyakit keturunan.
Penglihatan – Mempunyai penglihatan yang jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.
Syarat Minimum Ukuran Fizikal (Lelaki)
- Tinggi Minimum : 1.65 meter
- Berat Minimum : 49kg
- BMI : 18 hingga 25
Gaji / Elaun / Keistimewaan
Gaji Permulaan:
- Latihan Perajurit Muda (6 bulan) : RM 1,774.00
- Skim SPM atau SVM : RM1,879.00
- Skim SKM Tahap 2 : RM 1,945.01
- Skim SKM Tahap 3 : RM 2011.02
- Skim Diploma Kejuruteraan : RM 2,341.07
Jumlah termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Khas ATM (RM200)
KENAIKAN TAHUNAN
Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat.
Bayaran elaun dan Insentif
- Bayaran Insentif Khas Pasukan Udara
- Bayaran Insentif Krew kapal Terbang
- Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung
- Tuntutan Perjalanan dari Rumah ke Tempat Bertugas
- Tuntutan Cuti Tahunan
Keistimewaan
- Rawatan perubatan dan pergigian
- Pakaian seragam
- Waran perjalanan tahunan
- Sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang
- Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Cara Mohon dan daftar e-Pengambilan TUDM
Bagi calon yang berminat,permohonan boleh dibuat dengan mendaftar akaun pemohon dan mengisi borang permohonan melalui pautan berikut: https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/
Borang permohonan Perajurit Muda (PJM) Udara Siri 66/23 (Lelaki) akan di buka bermula 12 OGOS 2022 SEHINGGA 23 SEPTEMBER 2022. Pastikan anda sudah mendaftar akaun pemohon sebelum membuat permohonan.
Permohonan secara walk-in ke Pusat Pemiliohan adalah TIDAK diterima.
Langkah-langkah untuk memohon:
- Layari laman web e-pengambilan TUDM dan daftar jika belum ada akaun
- Log masuk ke bahagian pemohon.
- Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.
- Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.
Nota:
- Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
- Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
- Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon.
- Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran di bawah:
Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM
No Tel : 03-40170100 / 013-6893814
Hari : Isnin – Jumaat
Masa : 9.00pg – 4.00ptg
Facebook : Kerjaya & Pengambilan TUDM