Semakan Baki Pinjaman Kereta Maybank Online dan Manual

Baki Pinjaman Kereta Maybank.Pinjaman kereta adalah salah satu cara yang lazimnya dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk memiliki kereta idaman. Pinjaman kereta merupakan alternatif terbaik untuk membeli kereta baru jika anda mempunyai bajet kewangan yang terhad.Jika anda pernah membuat pinjaman kereta dengan Maybank.pernahkah anda membuat semakan baki anda??Tiap-tiap bulan,pembayaran di buat sama ada manual atau pun autodebit dari bank mesti tidak pernah terfikir untuk semak kan baki pinjaman tinggal berapa.

Untuk makluman,anda boleh semak baki pinjaman anda secara online dan melalui ATM Maybank sahaja.Cukup mudah!Jom kami kongsikan cara untuk anda buat semakan di bawah.

Cara semak Baki Pinjaman Kereta Maybank

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan baki pinjaman anda:

1.Semakan secara Online

Semakan boleh di lakukan secara online dengan menggunakan Perbankan Maybank2u. Maybank2u ialah salah satu sistem perbankan online yang diperkenalkan oleh Maybank untuk proses transaksi Online.

Dah daftar ke belum Maybank2u?kalau sudah, jom kami tunjukkan cara semak di bawah dengan panduan bergambar:

1.Terus ke pautan laman Maybank2u dan Log in

halaman maybank2u

2.Sudah Log In,pergi  My Accounts dan klik Loans

semak baki pinjaman maybank

3.Kemudian,baki pinjaman akan di paparkan seperti di bawah

baki pinjaman Maybank

Senang sahaja.Tidak perlu bersusah payah ke kaunter,asal ada phone atau laptop dan internet anda boleh semak di mana-mana sahaja.

Boleh juga baca: Daftar Maybank2u:Ini Cara Daftar Dan Kemaskini No Telefon

2.Semakan secara Manual(Melalui ATM)

Selalunya kita ke ATM Maybank untuk mengeluarkan duit tetapi sebenarnya kita juga boleh buat semakan baki pinjaman kereta kita tinggal berapa.Boleh ikuti langkah di bawah untuk buat semakan:

  1. Hadirkan diri ke mesin ATM Maybank berdekatan
  2. Masukkan kad ATM dan PIN anda
  3. Pilih Other Transaction
  4. Pilih Payment
  5. Pilih Express Payment
  6. Pilih Loan/ Financing
  7. Pilih Vehicle Loan/ Hire Purchase
  8. Masukkan Acc No. or Vehicle no
  9. Maklumat baki pinjaman akan keluar di skrin

Dah siap!Mudah sahaja tak perlu beratur panjang di kaunter lagi.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat Lanjut,boleh hubungi :

Khidmat Pelanggan: 1-300 88 6688

Laman Rasmi: Maybank2u

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via