Nak Terminate Loan ASB Bank yang anda ambil dan tidak tahu cara yang betul?Pastinya seseorang mempunyai pelbagai pengalaman yang baik atau buruk mengenai produk ASB loan (Amanah Saham Bumiputera) yang di ambil dari bank yang terlibat.
Disebabkan Kerana pulangan pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang adakalanya rendah, ada segelintir pelabur yang membuat pelaburan melalui kaedah pinjaman bertindak untuk terminate ASB loan mereka.
Sekiranya anda merasakan pelaburan yang anda lakukan ini tidak berbaloi dan tidak menepati rancangan pelaburan asal anda,anda boleh sahaja terminate atau tamatkan sahaja Loan ASB anda.Jom Kami kongsikan di bawah.
Cara Tamatkan/Terminate Loan ASB
Pastinya mereka yang tidak mempunyai modal yang banyak,akan membuat pelaburan melalui bank dengan Produk ASB ini.Maka akan adalah yang tidak mampu untuk membuat bayaran disebabkan komitmen lain yang tinggi.
Ada juga yang tidak yakin dengan ASB, kerana dividen tahunan ASB mula turun sejak 2-3 tahun lepas Maka ramailah orang yang berhajat untuk tamatkan sahaja pelaburan ini.Makluman,buat masa ini
Berikut adalah cara untuk Terminate Loan ASB anda dari bank yang terlibat:
1.Maybank
Cara terminate ASB Loan dari Maybank senang sahaja.Anda perlukan kad pengenalan (IC) dan nombor akaun pinjaman ASB loan Anda.Berikut adalah langkah untuk membuat penamatan Loan ASB anda:
- Anda hendaklah berkunjung ke cawangan Maybank terdekat.
- Beritahu Pegawai Bank yang bertugas bahawa anda ingin tutup akaun ASB loan Anda.
- Semakan status akaun pinjaman anda akan di lakukan oleh pegawai tersebut
- Pegawai tersebut memberikan borang untuk terminate ASB loan, sila isi borang tersebut.
- Anda perlu tunggu beberapa bulan paling lama sekitar 2 bulan, sehingga dapat balik bayaran Anda.
Makluman:Proses Pembatalan akan mengambil masa beberapa bulan,anda perlu follow up pihak bank dari masa ke semasa untuk pastikan tiada masalah dengan permohonan anda
Untuk rujukan anda: https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/loans/investment/asb-financing-i_bm.page?
2.RHB Bank
Untuk urusan pembatan Di RHB,proses adalah masih sama di mana anda perlu berkunjung ke cawangan RHB yang berdekatan anda.Berikut panduan bila berkunjung ke bank yang berkenaan:
- Beritahu Pegawai Bank yang bertugas bahawa anda ingin tutup akaun ASB loan Anda.
- Semakan status akaun pinjaman anda akan di lakukan oleh pegawai tersebut.
- Sekiranya pinjaman anda itu masih belum cukup 36 bulan bayaran maka pihak bank akan menggalakkan untuk membatalkan pinjaman kerana akan dikenakan denda. Tetapi, sekiranya ASB loan Anda sudah melebihi 36 bulan dan ke atas, maka Anda boleh memilih untuk terminate.
- Pegawai tersebut memberikan borang untuk terminate ASB loan, sila isi borang tersebut.
- Anda perlu tunggu beberapa bulan paling lama sekitar 2 bulan, sehingga dapat balik bayaran Anda.
Makluman:Proses Pembatalan akan mengambil masa 2 bulan,anda perlu follow up pihak bank dari masa ke semasa untuk pastikan tiada masalah dengan permohonan anda
Untuk Rujukan anda:
https://www.rhbgroup.com/personal/loans/asnb-financing/index.html
3.CIMB Bank
Proses Terminate ASB Loan CIMB masih sama seperti dua cara di atas.Langkah permohonan adalah seperti berikut
- Anda hendaklah berkunjung ke cawangan Maybank terdekat.
- Beritahu Pegawai Bank yang bertugas bahawa anda ingin tutup akaun ASB loan Anda.
- Semakan status akaun pinjaman anda akan di lakukan oleh pegawai tersebut
- Pegawai tersebut memberikan borang untuk terminate ASB loan, sila isi borang tersebut.
- Proses biasanya akan mengambil masa 2 minggu dimana anda akan dihubungi pegawai bank dan pengesahana bayaran baki bon pinjaman anda.
Untuk rujukan anda:
Boleh baca: Akaun ASB Online:Cara buka melalui Apps myASNB tanpa ke kaunter
4.Pembatalan loan ASB dengan bank-bank lain
Sebenarnya, proses pembatalan loan anda dengan mana-mana bank lebih kurang sama iaitu anda perlu pergi ke cawangan yang berkenaan dan melakukannya di kaunter
Seperti biada , anda akan diberikan borang untuk diisi sebagai tanda persetujuan membatalkan ASB loan.
Walau bagaimanapun, tempoh proses pembatalan mungkin berbeza bagi setiap bank dan anda kena follow up pegawai bank yang berkenaan,
Boleh juga baca: Cara tuntut Khairat kematian Pencarum ASNB hingga RM2000
Tempoh Masa Pembatalan
Tempoh masa pembatalan adalah berbeza bagi setiap bank.Bank juga mempunyai tempoh masa untuk tertentu untuk peminjam membatalkan ASB loan ini.
Contohnya bagi Bank RHB, notis jualan atas permintaan peminjam selama (1) satu bulan hendaklah dikemukakan kepada cawangan – cawangan yang berkenaan.
Manakala bagi akaun tertunggak selama (2) dua bulan atau lebih, pihak Bank berhak menjual sijil ASB/ASB 2 peminjam tanpa sebarang notis.
Manakala caj pembayaran lewat sebanyak 1% setahun ke atas amaun tertunggak yang dikira secara harian akan dikenakan jika peminjam gagal untuk membayar ansuran bulanan pada 5hb setiap bulan.
Jadi untuk memastikan tempoh pembatalan ini,perlu anda follow up bank anda selalu.
Caj / Penalti Jika Terminate ASB Loan
Soalan : Betul ke ASB Financing ni ada tempoh matang 3 atau 5 tahun ? Maksudnya dalam tempoh tu saya tidak boleh terminate, jika tidak akan dikenakan penalti. Betul ke ?
Jawapan
Dahulu memang ada klausa Lock In Period 2-3 tahun untuk ASB Loan/Financing. Namun bukan lagi sekarang. Sekarang hampir kesemua asbf dari pelbagai bank tiada lagi Lock In Period. Maksudnya boleh terminate anytime walaupun asbf tersebut baru setahun sahaja.
Namun masih lagi ada MITOS yang mengatakan tidak boleh boleh terminate within 3 years.
Sebenarnya mereka tersalah faham. Mereka tertukar dengan *SHORTFALL*.
Apakah shortfall ?
Shortfall ialah baki loan asb (asbf) lebih tinggi dari Nilai Sijil ASB. Bila baki loan lebih tinggi, semestinya memerlukan wang lebihan untuk settle kan loan tersebut.
Formula,
Nilai Sijil ASB – Baki Loan
Jika hasilnya ialah *Negatif* , maksudnya ada shortfall lah tu.
Jika anda tidak settlekan baki loan tertunggak (shortfall) tu, nama anda mungkin dalam pemerhatian bank (SAA) dan akan menyusahkan anda untuk apply loan lain di kemudian hari.
Kenapa baki loan boleh lebih tinggi sedangkan saya sudah bayar asbf 1-2 tahun dah ?
*The only and one reason is Ambil Takaful dalam ASB Financing.*
Jika ambil takaful, bermaksud anda meminjam 208k ASBF. 200k untuk Sijil ASB, dan 8K untuk takaful. 8K tersebut bank telah keluarkan duit untuk membayar kepada pihak syarikat takaful.
Jadi baki loan anda akan berkurang dari 208k kepada Zero. Bukan dari 200k kepada Zero.
Anda memerlukan tempoh 2-3 tahun untuk menjadikan 208k kepada bawah 200k. Sebab tu lah jika anda terminate dalam tempoh setahun je, anda kena shortfall !
Sebab baki loan lebih tinggi dari nilai sijil.
Sumber: Hafiz Kadir
Risiko Terminate Awal
Yang ni biasanya berlaku kalau ambil takaful tempoh panjang dan terminate terlalu awal. Contohnya bila buat ASBF RM100,000 + takaful 30 tahun. Total loan jadi lebih kurang RM103,000. Lebihan RM3,000 tu sebenarnya untuk bayaran takaful. Ramai yang tak sedar pun ASBF mereka ada takaful. So boleh cek balik offer letter. Kalau ada lebihan tu maknanya ada lah takaful.
So baki loan akan berkurang dari RM103,000 sedikit demi sedikit apabila bayaran bulanan dibuat. Biasanya ambil masa sekitar 2-3 tahun untuk baki loan kurang daripada RM100,000. Kalau terminate awal, contohnya ketika baki loan lebih kurang RM102,000 akan ada shortfall. Maksudnya nilai sijil tak dapat nak cover baki hutang sebab nilai sijil hanya RM100,000. Jadi berlaku shortfall RM2,000.
Itu yang biasanya orang guna bahasa mudah sebagai denda atau penalti. Sebenarnya itu bukan penalti. Itu adalah baki hutang kita. Islamic Financing tak ada denda kalau terminate awal. Kalau rajin bacalah syarat-syarat dalam borang permohonan. Benda ni kadang-kadang ada juga banker yang tak faham dan salah cerita kepada pelanggan.
So macam mana nak elak shortfall? Kita sebenarnya boleh ambil takaful minimum 5 tahun. Untuk sijil RM100,000 nilai bayaran takaful untuk 5 tahun hanya lebih kurang RM620 sahaja. Jadi total loan sekitar RM100,620. Dalam masa 6 bulan baki loan akan kurang daripada RM100,000. So takda masalah kalau nak terminate awal.
Katakan paling teruk lepas 2 bulan terpaksa terminate, baki loan masa tu lebih kurang RM100,330. Jadi lebih kurang RM330 je shortfall. So bukan masalah yang besar. Sebab tu saya tak pernah suggest pelanggan saya untuk ambil takaful sampai tempoh yang panjang. Memang kadang-kadang kita plan nak simpan lama, tapi ada masanya kita perlu terminate awal untuk memenuhi keperluan lain.
Sumber: Azizul Al-Habsyie
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,anda boleh hubungi bank yang anda buat pelaburan ASB anda.Sentiasa tanya dari masa ke semasa untuk dapatkan kepastian status permohonan anda.