Akaun ASB Online:Cara buka melalui Apps myASNB tanpa ke kaunter

0 448

Akaun ASB Online.Sekarang ini ASB merupakan salah satu saluran untuk kita menyimpan duit sama ada duit simpanan ataupun duit sendiri. Dividen yang di berikan juga adalah tinggi berbanding bank-bank biasa.

Berita baik,sekarang ni anda sudah tidak perlu ke kaunter untuk buka akaun ASB kerana ASB dah boleh buka akaun secara online sepenuhnya.ASB inimerupakan salah satu tempat simpanan terbaik kerana risikonya rendah dan modal terjamin.

Maklumat myASNB

myASNB merupakan portal pelaburan yang dibangunkan ASNB untuk memudahkan pelabur ASNB menguruskan pelaburan secara dalam talian (on-line).

Antara kemudahan yang disediakan menerusi myASNB ialah:

  • Pelaburan tambahan terus ke dalam akaun unit amanah ASNB secara percuma;
  • Penetapan pelaburan secara automatik menerusi Auto Labur;
  • Menyemak rekod urus niaga dan baki pelaburan yang terkini;
  • Mengemaskini maklumat peribadi dengan mudah; dan
  • Mengurus akaun pelaburan anak berusia 18 tahun ke bawah untuk penjaga berdaftar.
  • Pengeluaran pelaburan unit amanah ASNB
  • Untuk menggunakan myASNB, pelabur perlu terlebih dahulu mengemaskini nombor telefon di mana-mana Cawangan atau Ejen ASNB sebelum mendaftar di www.myasnb.com.my

Permodalan Nasional Berhad telah mempertingkatkan sistem portal dan aplikasi myASNB untuk menyediakan lebih kemudahan kepada anda, di mana kini pembukaan akaun ASNB juga telah ditawarkan secara online!

Maklumat untuk Pendaftaran

Berikut adalah maklumat yang diperlukan untuk membuat pendaftaran:

  • MyKad
  • Maklumat diri
  • Maklumat akaun bank anda yang aktif

Boleh juga baca: Cara buka Current Akaun Maybank Tanpa SSM Deposit RM500

Cara daftar dan Buka Akaun ASB Online

Pelaburan permulaan ialah serendah RM10 untuk semua tabung unit amanah ASNB.Untuk cara buka akaun pelaburan ASNB,boleh rujuk langkah-langkah di bawah:

1.Dapatkan aplikasi tersebut dengan Memuat turun aplikasi MyASNB di telefon pintar anda
 MyASNB – Android
– MyASNB – iOS

ASB buka Online

2.Sediakan Maklumat yang di minta seperti kad pengenalan dan butiran akaun bank untuk daftar.

3.Isikan Maklumat Selengkapnya

Maklumat buka akaun asb

4.Cipta proses verifikasi identiti dengan menetapkan ID dan kata laluan.

verifikasi akaun asb

5.Akaun anda berjaya di cipta.Selesai!

akaun dicipta asb online

6.Akhir sekali anda dah boleh buat pelaburan dan boleh pilih kaedah pembayaran untuk pelaburan awal serendah RM10.

Kaedah pembayaran adalah melalui bank yang tersedia.

Untuk lebih jelas,boleh rujuk video di bawah:

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:

Laman rasmi : Portal myASNB

No telefon: 03 – 7730 8899

Email : asnbcare@pnb.com.my

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More