Cara tuntut Khairat kematian Pencarum ASNB hingga RM2000

0 1,101

Khairat Kematian Pencarum ASNB.Tahukah anda jika anda pendeposit produk PNB tidak kira ASNB,ASN dan sebangainya, anda layak menerima Bantuan Khairat kematian sehingga RM2000 jika berlaku kematian kepada anda.Bantuan di berikan untuk meringan beban ahli atau waris kepada si mati.

Namun ramai waris yang tidak tahu dan tidak membuat tuntutan jika pencarum sudah meninggal dunia.Ikuti perkongsian kami maklumat lanjut tentang bantuan khairat kematian ini.

Maklumat kadar Bantuan khairat Kematian

Berikut adalah kadar bantuan yang diberikan mengikut baki simpanan yang telah ditetapkan:

  • Simpanan RM10 hingga RM4,999 – Khairat Kematian RM200
  • Simpanan RM5,000 hingga RM10,000 – Khairat Kematian RM1,000
  • Simpanan RM10,000 ke atas – Khairat Kematian RM2,000

Cara dan Proses Tuntutan Khairat Kematian Pencarum ASNB

Waris atau ahli keluarga yang terdekat boleh membuat tuntutan wang khairat kematian dalam masa 6 bulan selepas pendeposit tersebut meninggal dunia.Jika ahli keluarga tidak menuntut dalam masa 6 bulan tersebut,wang tersebut di kira hangus dan tidak boleh di tuntut.

Tuntutan wang tersebut boleh di buat di kaunter ASNB yang berdekatan dengan anda.Jangan lupa bawa sijil kematian untuk proses pengesahan.

  • Jika si mati meninggalkan simpanan berjumlah kurang RM5,000, waris boleh membuat pengeluaran tanpa perlu dirujuk kepada Amanah Raya Berhad.
  • Sebaliknya, jika simpanan RM5,000 ke atas maka wang simpanan si mati akan dirujuk ke Amanah Raya Berhad dan akan melibatkan tuntutan harta pesaka mengikut wasiat (kalau ada) dan pembahagian faraid (yang akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah).

Boleh juga baca: Cara Semak Baki Pinjaman Courts Mammoth

Cara membuat tuntuan jika simpanan melebihi RM5000

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu di lakukan untuk membuat tuntutan jika simpanan pencarum tersebut melebihi RM 5000:

  1. Ambil borang di Amanah Raya Berhad (ARB)
  2. Kemudian dapatkan sijil faraid daripada Mahkamah Syariah (dengan mengisi borang dan sertakan salinan kad pengenalan waris-waris), kemudian kembalikan bersama borang tadi ke pejabat ARB semula.
  3. Tunggu panggilan daripada ARB
  4. Satu sijil kuasa pembahagian harta si mati (ASB) akan dikeluarkan. Bawa sijil tersebut ke pejabat ASB negeri
  5. Isi borang yang diminta dan sahkan borang di hadapan suruhanjaya sumpah dan matikan setem hasil
  6. Kemukakan kepada pejabat ASB semua dan tunggu proses transfer duit kepada akaun atau akaun-akaun waris.

Tempoh masa yang diambil biasanya lebih dari 3 minggu sehingga sebulan setengah.Walaupun prosesnya agak rumit tapi berbaloi dengan bantuan yang diberikan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi :

Phone No :03 – 7730 8899

email :asnbcare@pnb.com.my

Laman Rasmi : Amanah Saham Nasional Berhad

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More