Anda mempunyai Kad ATM RHB Tamat Tempoh(Expired) AtauRosak ?Anda tidak perlu bimbang kerana,anda boleh membuat permohonan kad debit baru secara online.
Anda juga boleh mengunjungi Cawangan RHB yang berdekatan untuk membuat penukaran kad tetapi anda perlu membuat temujanji dahulu.Tetapi yang pasti jika anda membuat renewal kad secara online anda hanya perlu ada komputer dan capaian internet sahaja
Untuk mereka yang belum tahu,setiap kad ATM Debit mempunyai tarikh expired yang dipaparkan di depan kad ATM kita.Jika sudah sampai masa luput bagi kad itu,kad itu itu perlu ditukar dengan kad baru.
Baca juga: Daftar PBeBank:Login dan Pendaftaran Public Bank Online
Cara tukar/ganti Kad ATM RHB Tamat Tempoh/Rosak
Untuk makluman,pertukaran kad ini boleh di lakukan oleh pelanggan RHB melalui dua cara iaitu:
1.Pertukaran kad di cawangan RHB yang berdekatan
Untuk pembaharuan kad di cawangan RHB,anda boleh berkunjung ke Bank RHB yang berdekatan anda dan membuat temujanji dengan muat turun aplikasi QMS (Queue Management System) Mobile Application melalui pautan di bawah:
Paling penting,jangan lupa untuk membawa kad pengenalan dan kad ATM untuk pertukaran.
Berikut adalah langkah-langkah untuk guna aplikasi tersebut:
- Muat Turun aplikasi yang telah di sediakan melalui pautan di atas.
- Setelah muat turun,Pilih Service Providers,kemudian RHB Bank dan pilih State,Branch dan Others
- Pilih untuk renew kad debit RHB Bank
- Pilih Queue Ticket jika Anda ingin mendapatkan nombor tiket giliran serta-merta atau Appointment Ticket untuk membuat janji temu seawal 1 jam lebih awal dan sehingga 30 hari lebih awal daripada tarikh janji temu yang dijadualkan.
- kemudian anda akan dapat makluman mengenai nombor yang Anda berikan melalui aplikasi mudah alih
- Setelah selesai,pergi ke cawangan bank RHB yang telah anda pilih.Selesai
2.Permohonan kad baru secara Online
Untuk membuat permohonan pertukaran kad RHB baru secara online,anda boleh rujuk cara berikut:
- Layari website Rasmi RHB di pautan berikut RHBNow
- Pada bahagian menu,pilih Apply
- Kemudian,Debit Card Renewal
- Isikan segala maklumat dan butiran peribadi dengan lengkap dan klik pada kotak untuk persetujuan terma dan syarat.Klik Preview
- Kad akan di hantar dalam masa 15 hari waktu bekerja dari tarikh anda membuat permohonan
Anda juga boleh baca: Cara Tukar Kad ATM CIMB Rosak Atau Tamat Tempoh(Expired) Online
Apa nak buat bila sudah terima kad Baru ATM RHB?
Apabila anda sudah menerima kad baru,anda boleh menggunakan Kad Debit ATM RHB sedia ada anda sehingga tarikh luput kad debit sedia ada anda.Sebaik sahaja anda mengaktifkan kad debit yang diperbaharui, kad debit sedia ada anda tidak akan aktif lagi.
Anda dikehendaki segera memusnahkan kad debit sedia ada anda apabila mengaktifkan kad debit pembaharuan dengan memotongnya separuh merentasi jalur magnetik dan mikrocip.
Anda di kehendaki untuk menukar pin baru anda untuk aktifkan kad.Pengaktifan kad boleh di lakukan di kaunter RHB atau Mesin ATM RHB
Anda mesti mengaktifkan kad baharu di mana-mana Mesin Juruwang Automatik (“ATM”) dengan menggunakan kad debit 6 digit nombor pengenalan peribadi ATM (“PIN”) anda yang sedia ada dan melakukan transaksi ATM.
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui:
- Laman Rasmi Bank RHB
- Phone No: 03-9206 8118
- Email: customer.service@rhbgroup.com