GOpinjam TNG E-Wallet merupakan salah satu perkhidmatan yang tersedia di dalam Touch n Go untuk pelanggan mereka.Ini merupakan perkhidmatan kewangan baharu melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang menyediakan pinjaman mikro mampu milik kepada pelanggannya.
Touch n Go (TNG) eWallet merupakan dompet elektronik (e-dompet) yang mengandungi wang elektronik (e-wang).Perkhidmatan aplikasi mudah alih ini ditawarkan oleh TNG Digital Sdn Bhd (TNGD).
TNG eWallet menyediakan perkhidmatan seperti tambah nilai, pembayaran, dan pemindahan wang melalui telefon pintar anda pada bila-bila masa di mana-mana jua di Malaysia.Sumber
Apa itu GOpinjam TNG E-Wallet?
GOpinjam ialah perkhidmatan pinjaman peribadi yang boleh Anda mohon melalui Touch ‘n Go eWallet, akaun bank CIMB, atau CIMB Islamic.
Bergantung kepada pendapatan bulanan anda, GoPinjam menawarkan pinjaman sehingga RM10,000 dengan kadar bunga antara 8% hingga 36%, bergantung kepada tempoh bayaran semula. Berdasarkan artikel di dalam support TNG,produk ini bukan Islamik.RUJUK SINI
Perkhidmatan ini menggunakan instrumen Pinjaman Peribadi e-Zi daripada CIMB Bank, dengan minimum RM100 dan maksimum RM10,000.Berdasarkan FAQ dari web Touch ‘n Go, pengguna boleh mohon jumlah pinjaman tanpa had asal tidak melebihi RM10,000 pada satu-satu masa.
Sebagai contoh kalau pinjam RM10,000 dalam masa 12 bulan anda kena bayar RM900/bulan berdasarkan bunga 8%.Boleh tgk gambar di bawah
Sebenarnya terdapat dokumen tambahan yang perlu di hantar eperti slip gaji, penyata KWSP 3 bulan, dan borang B/BE LHDN secara digital
Boleh juga baca: Cara Terminate Loan ASB,Senang Je!
Cara Mohon pinjaman
Berikut adalah cara membuat permohonan:
- Pemohon perlu akses di dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet di bahagian GOpinjam.
- Untuk kira jumlah yang boleh dipinjam,pemohon hendaklah memasukkan pendapatan bulanan mereka.
- Setelah Klik,aplikasi akan kira berapa anda boleh pinjam setiap bulan.
- Halaman seterusnya anda perlu lengkapkan proses pengesahan pinjam dengan memilih jumlah pinjaman dan tempoh pembayaran balik
- Isi maklumat peribadi & pilih baki eWallet atau akaun bank sebagai akaun penerima. Setelah selesai, tekan butang ‘Apply For Your Loan’
- Setelah diluluskan, TNG akan memberitahu anda melalui SMS & pemberitahuan push untuk menerima pinjaman. Tekan pada butang ‘Confirm Your Acceptance’ untuk menerima pinjaman
- Tekan butang ‘Apply & Proceed’ untuk mengesahkan penerimaan pinjaman
- Jumlah yang dikeluarkan akan dikreditkan serta-merta ke dalam baki penerimaan pilihan anda
- Sertakan bukti digital seperti penyata gaji terkini,penyata KWSP 3 bulan terkini atau resit penyata e-filing Borang B atau BE.
Nota: Jika ini adalah pinjaman pertama anda,Touch n Go GOpinjam akan meluluskannya pada hari bekerja berikutnya dan jika anda pernah membuat pinjaman sebelum ini,anda akan dapat kelulusan dalam masa 5 minit sahaja
Peringatan: Produk ini adalah perbankan konvensionalanda tidak mengikut undang-undang syariah atau non islamic. Harap maklum.
Syarat kelayakan permohonan GOpinjam
Berikut adalah syarat permohonan yang di tetapkan:
- Pemohon berumur 21 hingga 63 tahun
- Pendapatan minimum RM800 sebulan
Cara Bayar GOpinjam TNG E-Wallet
Berikut adalah cara membuat pembayaran dan pastikan baki topup anda cukup:
- Pada aplikasi TNG,klik GOpinjam
- Boleh tgk pada sejarah loan Anda, lepas tu klik Pay Now
- Automatik jumlah pembayaran akan terpapar.
- Pada ruangan Payment Details (optional), isikan perkataan bayar GOpinjam 1/12.
- Tick pada kotak I have read and agree to the Terms & Conditions,Klik Confirm Transfer
- Sila scan guna wajah anda,lepas bayar selesai
Pembayaran juga boleh di lakukan di mana-mana cawangan CIMB, mana-mana Mesin Deposit Tunai CIMB atau melalui Instant Transfer (IBFT) (IBFT) dengan membayar/memindahkan ke dalam nombor akaun pinjaman yang tersedia
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh rujuk melalui saluran berikut:
TNG Digital Careline at +603 5022 3888.