Semakan status Bankrap/Muflis boleh di lakukan dengan pelbagai cara.Ramai yang masih tidak tahu cara untuk membuat semakan namun sebenarnya portal-portal ini ada menyediakan maklumat dan status bankrap individu yang terlibat.
Cara untuk membuat semakan status Bankrap adalah secara online sahaja dan sangat mudah.Jom kami kongsikan cara membuat semakan bagi individu yang terlibat.
Apakah maksud Bankrap/Muflis?
Kebankrapan merujuk kepada satu proses di mana seorang penghutang diisytiharkan sebagai bankrap melalui perintah mahkamah atas petisyen pemiutang atau petisyen penghutang sendiri
Segala harta kepunyaan bankrap yang tidak bercagar adalah terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) dan KPI bertanggungjawab untuk menghasilkan semua harta tersebut. Hasil jualan harta akan diagihkan kepada pemiutang yang telah memfailkan borang bukti hutang dan bukti hutang tersebut telah diperakukan oleh KPI.
(Definisi diambil dari Jabatan Insolvensi Malaysia)
Secara ringkasnya ia adalah proses dimana penghutang (individu yang berhutang wang kepada pemiutang) diisytiharkan muflis berikutan arahan mahkhamah yang dikenali sebagai Perintah Penghukuman dari Mahkhamah Tinggi terhadap individu tersebut. Berikut adalah kriteria yang akan menyebabkan seseorang individu diisytiharkan muflis di Malaysia:
- Tidak berupaya untuk melangsaikan hutang berjumlah tidak kurang dari RM50,000.
- Tempoh masa lebih daripada 6 bulan hutang tidak dibayar.
- Individu tersabut bermastautin di Malaysia sekurang-kurangnya selama setahun.
Seseorang individu boleh diisyitharkan muflis tanpa pengetahuan melalui cara berikut:
- Dokumen undang-undang dihantar ke alamat lama.
- Pengisytiharan muflis diserahkan melalui prosedur penyampaian ganti.
- Individu tersebut tidak hadir ke mahkhamah.
- Individu tersebut tidak menerima atau tidak membuka dokumen undang-undang yang telah dihantar kepadanya.
Boleh juga baca: Login dan Semakan Baki penyata AKPK
Bila dah Bankrap,apa yang tidak boleh buat?
Bila dah bankrap atau muflis anda akan:
- Dipantau oleh agensi kerajaan MIDI
- Tidak boleh melancong ke luar negara
- Limit kredit anda terhad(limit RM1K sahaja)
- Tidak boleh buat bisnes
- Harta akan disita
- Tidak boleh bekerja dalam bidang tertentu
Cara semak Status Bankrap secara online Melalui Portal e-Insolvensi
Portal e-Insolvensi merupakan portal dari Jabatan Insolvensi Malaysia yang menyediakan perkhidmatan atas talian bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan Keputusan Carian Rasmi (KCR) bagi carian status kebankapan individu dan penggulungan syarikat.
Untuk daftar di portal e-Insolvensi,boleh ikuti cara berikut:
- Daftar pengguna baru dulu di pautan berikut: https://e-insolvensi.mdi.gov.my/DaftarPengguna.aspx
- Borang pendaftaran akan dipaparkan, Lengkapkan maklumat yang diberikan,pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul dan tepat
- Kemudian klik butang Hantar.
- Log masuk semula menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah anda daftar sebelum ini.
Cara login di Portal e-Insolvensi
Setelah anda berjaya daftar,anda boleh Log In ke akaun anda,Berikut langkah untuk log masuk ke akaun anda:
- Pergi ke pautan : https://e-insolvensi.mdi.gov.my
- Log in dengan ID Pengguna dan Kata Laluan
- Kemudian,Klik butang Login
Cara Semak Status Bankrap/Mufllis online
Setelah anda berjaya Log Masuk ke akaun anda,anda boleh buat semakan individu yang bankrap.Berikut adalah caranya:
- Sila pilih menu Kemaskini Profil untuk mengemaskini maklumat akaun Anda.
- Klik Lihat Rekod Pembayaran untuk melihat maklumat lengkap rekod pembayaran lalu.
- Anda boleh pilih senarai servis yang ditawarkan untuk memulakan transaksi di Portal e-Insolvensi.
- Untuk membuat semakan kebankrapan Individu, Anda boleh klik Carian Status Kebankrapan Individu
- Selepas itu, masukkan Nama Individu (Nama perlu Anda isikan oleh pengguna berdasarkan rekod MyKad)
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan Baru tanpa (-)
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan Lama (jika ada)
- Untuk carian menggunakan No Tentera / No Polis / No Passort sila masukkan di ruangan berkenaan. Klik butang Tambah.
- Maklumat yang telah dikunci masuk akan dipaparkan di dalam jadual seperti di bawah.
- Jika anda ingin mencari maklumat lebih dari satu individu, sila ulang semula proses di atas.
- Klik Teruskan selepas selesai mengunci masuk nama carian.
- Caj yang dikenakan adalah RM10 untuk setiap semakan kebankrapan.
- Makluman: Maklumat carian mesti dicetak dalam sebaik sahaja pembayaran selesai dilakukan. Fungsi cetak akan dipaparkan selama 3 haru dari tarikh pembayaran selesai.
- Pengguna boleh klik pada Cetak KCR untuk membuat cetakan Status Kebankrapan bagi carian apabila status bayaran berubah menjadi Berjaya.
Semakan Status Bankrap Online untuk Syarikat
Berikut adalah cara untuk membuat semakan:
- Log in dulu di https://e-insolvensi.mdi.gov.my
- Masukkan ID Pengguna,Kata Laluan dan login
- Pilih pekhidmatan Carian Status Penggulungan Syarikat.
- Selepas itu kunci masuk maklumat syarikat bagi carian status Penggulungan syarikat
- Kemudian, isikan Nama Syarikat, No. Pendaftaran Syarikat (Baru) dan No. Pendaftaran Syarikat (Lama) seperti rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Klik butang Tambah.
- Maklumat yang telah dikunci masuk akan dipaparkan di dalam jadual
- Klik teruskan selepas selesai mengunci masuk nama carian
Semakan Status Bankrap Melalui MYEG
MYEG seperti yang anda tahu adalah sebuah portal yang menyediakan perkhidmatan semakan status muflis dan bankrap secara online.
Berikut cara untuk membuat semakan melalui portal ini:
- Daftar akaun anda dahulu di pautan berikut:https://www.myeg.com.my
- Klik Register (Create Account) jika and belum ada akaun lagi
- Lengkapkan maklumat pendaftaran dengan betul dan tepat
- Setelah selesai mendaftar,anda boleh log masuk ke akaun ada.
Anda boleh juga baca: Cara Renew Lesen Memandu Online Dengan myEG
Setelah Log Masuk ke MYEG,anda boleh membuat semakan status Bankrap.Boleh ikuti langkah berikut:
- Setelah Log Masuk melalui Username dan Password
- Klik pada bahagian Jabatan Insolvensi Malaysia, kemudian klik pada ruangan bankcruptcy status enquiry untuk menyemak status bankrap secara individu.
- Selepas itu Anda akan melihat paparan untuk mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama penuh dan alamat. Klik Proceed.
- Caj yang dikenakan adalah RM12.12 untuk setiap semakan kebankrapan.
- Kemudian, Anda akan melihat paparan untuk isikan nama dan no kad pengenalan, dan klik Proceed apabila semuanya sudah selesai.
- Sila selesaikan proses pembayaran untuk dapatkan maklumat keputusan status bankrap Anda
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
- Jabatan Insolvensi Malaysia
Aras 2-3, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang,
Presint 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62692 Putrajaya - Phone No: 03 – 8885 1000
MYEG Phone No: 03-7801 8888