Daftar AKPK jika anda terbeban dengan hutang banyak dan pengurusan kewangan anda berada di tahap kritikal bagi memudahkan mereka menstrukturkan semula bayaran hutang anda.
Penangan pandemik COVID-19 sebelum ini membuatkan ramai terkesan dari aspek kewangan di buang kerja,pernigaan di tutup dan sebagainya menyebabkan ramai tidak dapat melunaskan hutang mengikut jadual yang ditetapkan,
Apakah AKPK?
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit atau singkatannya AKPK adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membantu individu di Malaysia menyelesaikan sebarang permasalah kewangan mereka melalui pelbagai cara.
AKPK telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Pelan Induk Sektor Kewangan Bank Negara Malaysia (2000 – 2010).
Agensi ini membantu individu dalam masalah kewangan melalui pelbagai cara antaranya:
- Pendidikan kewangan
- Khidmat nasihat kewangan
- Program pengurusan kredit
Cara daftar AKPK
Berikut ialah cara daftar dan Login AKPk:
- Untuk pelanggan layari di pautan berikut: https://www.akpk.org.my/home/gateway
- Klik pada tulisan “Click Here to Login”
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan untuk login
- Sekiranya anda merupakan pengguna baru, klik pada tulisan “Pengguna Baru? Daftar di sini.“
- Klik butang “Login”
Semakan Baki Penyata Terkini
Ikuti langkah berikut untuk anda semak baki penyata anda:
- Log masuk akaun anda
- Klik pada Finance
- Klik pada “Statement of Account Report”
- Pada bahagian Data Range, anda boleh meletakkan tempoh tahun yang anda ingin semak
- Klik pada “View”
- Baki penyata AKPK akan terpapar dan anda boleh memuat turun penyatan ini dengan mengklik pada ikon Disket.
Cara Pembayaran Online
Pembayaran online boleh dilakukan melalui cara berikut:
1.Website AKPK
Ikuti cara berikut:
- Login akaun anda
- Klik pada “DMP Service”
- Klik pada “Facility Statement”
- Anda boleh melengkapkan pembayaran secara online menggunakan FPX dan pilihan bank yang tersedia
- Simpan resit bayaran anda sebagai bukti untuk rujukan sendiri atau rujukan sekiranya terdapat permalasalah di kemudian hari
2.Maybank2u
Jika anda pengguna Maybank,anda boleh guna perkhidmatan yang disediakan untuk buat pembayaran.Berikut cara pembayaran boleh di buat:
- Log masuk akaun Maybank2u anda
- Klik “Bill Payment”
- Pilih “Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit”
- Masukkan butiran yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan, nombor telefon dan amaun yang ingin dibayar
Anda juga boleh baca: Cara daftar dan guna Maybank Secure2u
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
Laman Rasmi: AKPK
Facebook Rasmi : Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)