CIMB SecureTAC:Cara Daftar,Guna dan Aktifkan Transaksi CIMB Clicks

Daftar CIMB SecureTAC untuk keselamatan transaksi online CIMB Clicks.Mulai 5 Disember 2022 yang lepas, CIMB Bank melancarkan pengukuhan keselamatan terbaharu iaitu SecureTAC mandatori menerusi aplikasi CIMB Clicks bagi urus niaga bernilai RM 100 ke atas.

Kini pemilik akaun Cimb tidak akan lagi menerima sms untuk transaksi mereka tapi perlu download aplikasi CIMB Clicks dan meluluskan urus niaga menerusi SecureTAC.Malah bagi mereka yang log masuk aplikasi pertama kali juga akan melalui pengesahan panggilan pelanggan bermula 26 Disember 2022.

Transaksi RM100 ke bawah

Untuk transaksi bawah RM100,anda mempunyai pilihan untuk mohon TAC melalui SMS selepas 50 saat.

Sila ambil maklum bahawa proses pengesahan SecureTAC adalah tidak sah selepas pengguna meminta TAC menerusi SMS.

Cara Daftar,Guna dan Aktifkan CIMB SecureTAC

Untuk aktifkan proses transaksi CIMB Clicks dan guna ,anda perlu muat turun dulu di google play aplikasi CIMB Clicks:

  1. Aplikasi Android
  2. Aplikasi IOS

Boleh juga baca: Cara daftar Secure2u Maybank

Cara untuk luluskan transaksi

Berikut adalah cara untuk luluskan transaksi online:

Apliksi Telefon:

  1. Sahkan pengesahan transaksi anda dan pastikan semua betul sebelum bergerak ke langkah seterusnya.
  2. Lihat di paparan telefon kemudian tekan butang “APPROVE” untuk sahkan

Perbankan Online melalui Komputer:

  1. Hantar request untuk transaksi yang anda inginkan.
  2. Buka aplikasi di telefon anda buka notifikasi SecureTAC
  3. Tekan butang APPROVE untuk sahkan transaksi anda

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan,boleh rujuk melalui saluran di bawah:

FAQ/Solan Lazim

Consumer Contact Centre (24 jam) : +603 6204 7788

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via