Pada Hari Polis ke-214 yang lepas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil dengan perkhidmatan digital baharu yang dinamakan sebagai MyBayar Saman.
Pengenalan perkhidmatan ini adalah selari dengan usaha kerajaan dalam mendigitalkan sejumlah perkhidmatan kerajaan sedia ada.
Berbeza dengan pembayaran saman sebelum ini,anda boleh terus membuat pembayaran melalui aplikasi tersebut setelah anda membuat semakan saman anda.
Anda juga bakal mendapat hebahan untuk pelbagai diskaun hebat pada har-hari tertentu.Mudah dan senang kalau ada perkhidmatan digital ni,online je!
Apakah MyBayar Saman?
Perkhidmatan digital terkini yang baru dilancarkan ini bertujuan memudahkan pengguna melakukan bayaran saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas talian (online).
Anda hanya perlu mendaftar sebagai pengguna dan selepas itu anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang ditawarkan seperti membuat semakan saman dan pembayaran secara atas talian.
Cara daftar MyBayar Saman
Untuk membuat pendaftaran,anda perlu daftar di aplikasi atau Portal perkhidmatan tersebut.Berikut adalah langkah-langkah pendaftaran:
- Pergi Portal MyBayarSaman di pautan berikut https://mybayar.rmp.gov.my atau boleh download/muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Playstore atau iOS Store.
- Klik pada butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
- Isikan segala maklumat yang betul dan isi pengesahan OTP.
- Log in bila anda selesai mendaftar.
- Anda perlu buat Semakan Saman dahulu untuk anda tahu jumlah yang perlu anda bayar
- kemudian,boleh buat Pembayaran secara online melalui kaedah pembayaran yang terdapat di dalam aplikasi tersebut.SETEL DAN SENANG!
Berikut contoh gambar yang dari screenshot dari aplikasi tersebut:
Anda juga boleh baca: Cara tukar nama geran kenderaan apabila pemilik meninggal dunia
Cara Bayar Saman melalui aplikasi/Portal MySaman
Sebelum anda buat pembayaran pastikan anda sudah daftar dan cek saman anda dulu.
Jika belum daftar,Jom ikuti langkah di bawah untuk bayar saman anda:
- Pergi laman web https://mybayar.rmp.gov.my/.atau buka aplikasi MySaman
- Kemudian lihat dan klik butang ‘Daftar.’
- Isi maklumat diri anda dengan lengkap dan betul
- Anda kemudian akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
- Log in akaun anda dengan no. kad pengenalan dan kata laluan yang telah anda setkan sebelum ini.
- Butiran saman akan dipaparkan.
- kemudian klik butang ‘Bayar’ di butiran saman.
- Sebelum bayar semak dulu saman anda
- Pilih jenis pembayaran dan klik butang ‘Bayar.’Pembayaran anda selesai
Senang cepat dan mudah berbanding sebelum ini
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,anda boleh hubungi melalui saluran di bawah:
Laman Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM.