Renew Lesen Memandu Online dimana sahaja anda berada menggunakan sistem myEG.Kini anda tidak perlu bersusah payah beratur dan mengambil cuti semata-mata untuk perbaharui lesen Memandu anda di pejabat pos atau kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
Melalui sistem yang di sediakan ini,sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan pengguna dan mengurangkan kesibukan di kaunter
Harga Untuk pembaharuan Lesen Memandu
Harga yang di tetapkan adalah berdasarkan tempoh masa yang pengguna mahu.Berikut adalah harga yang ditetapkan:
- 1 Tahun = RM30
- 2 Tahun = RM60
- 3 Tahun = RM90
- 4 Tahun = RM120
- 5 Tahun = RM150
Cara Renew Lesen Memandu Online
Berikut adalah cara perbaharui Lesen memandu secara di atas talian:
- Pergi ke laman www.myeg.com.my
- Jika sebelum ini tiada akaun, Boleh daftar dahulu di bahagian Create Account
- Beri Maklumat lengkap untuk di daftarkan
- Apabila selesai daftar,boleh Log in dengan Pass yang anda tetapkan semasa mendaftar
- Setelah log masuk, tekan pada butang Jabatan Pengangkutan Jalan
- Kemudian tekan pula pada Baharui Lesen Memandu
Anda Juga boleh baca: Lesen Memandu Hilang:Cara Mohon Baru Dan Kadar Denda
- Isikan pula maklumat berikut dengan betul termasuklah:
- Nombor IC
- Kategori lesen
- Tempoh pembaharuan (Pilih 1 hingga 5 tahun)
- Nombor Tel
- Emel
- Kaedah Pengambilan
7.Klik Submit/Hantar
8.Maklumat pembayaran akan dipaparkan. Klik Proceed/Teruskan
9.Pilih kaedah bayaran yang anda mahu gunakan.Setelah membuat pembayaran Selesai!
Tunggu makluman pengambilan lesen memandu anda atau penghantaran ke alamat yang anda pilih.Makluman akan diberikan melalui email yang telah anda daftarkan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan Maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran di bawah:
Sila Join Channel Rasmi Telegram MyHebahan.Segala hebahan terbaru akan dimaklumkan melalui medium ini.