Skim Rumah Selangorku merupakan perumahan yang khas dari kerajaan negeri Selangor untuk orang Selangor.Bagi memastikan rakyat selangor tinggal dan memiliki rumah yang selesa Dasar Perumahan Negeri Selangor merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’ menerusi Skim Rumah Selangorku.
Terkini,Lebih daripada 120,000 permohonan di terima dan dan lebih 60,000 telah diluluskan.Jom di bawah kami kongsikan lebih lanjut mengenai permohonan skim perumahan ini.
Maklumat Rumah Selangorku
Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau “Affordable Homes” yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya.Untuk memenuhi keperluan dan tempat tinggal yang selesa,inisiatif ini diperkenalkan.
Skim ini sebenarnya telah mula diperkenalkan pada tahun 2014 lagi dan ia diketuai oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), iaitu organisasi perumahan negeri itu sendiri.
Selain memanfaatkan rakyat Selangor, bantuan ini juga memberi mandat supaya pemaju dengan pembinaan yang berkelayakan kena membina sejumlah unit rumah mampu milik, sebagai sebahagian daripada projek keseluruhan mereka.
Syarat Kelayakan permohonan
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk membuat permohonan:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
- Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
- Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D;
- Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan;
- Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja samada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan
- Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
- Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri ;
- Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
- Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU
Senarai projek perumahan dan harga Rumah Selangorku
Senarai projek perumahan terkini boleh di rujuk di https://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/www/
Boleh semak harga, senarai projek, contoh rumah selangorku type dan jenis a, b, c dan d.
JENIS | KELUASAN (sqft) | HARGA | GAJI DIBENARKAN |
---|---|---|---|
PAKEJ A (Perumahan Rumah Kos Rendah selangor) | 700 | RM42K | RM3,000 dan ke bawah |
PAKEJ B (Rumah Kos Sederhana Rendah) | 750 | Bermula RM100 hingga RM250K | RM10,000 dan ke bawah |
PAKEJ C (Rumah Kos Sederhana) | 800 @ 900 @ 18×60 | Bermula RM100 hingga tidak melebihi RM250K | RM10,000 dan ke bawah |
PAKEJ D (Harga Mampu Milik) | 1000 @ 20×60 | Bermula RM100 hingga RM250K | RM10,000 dan ke bawah |
Kalau nak tengok senarai jenis Rumah Selangorku secara lanjut, boleh rujuk Dasar Rumah Selangorku melalui lampiran ini : https://rehdaselangor.com/wp-content/uploads/DASAR_RUMAH_SELANGORKU_2.0_.pdf
Cara membuat permohonan
Borang Online
Pemohon Rumah Jenis B, C dan D serta permohonan kedai/ industri mampu milik boleh mendaftar Rumah Selangorku secara ‘online’ di
- Laman Web eHartanah LPHS
- https ehartanah.lphs.gov.my
- Pemohon baru perlu membuat pendaftaran di NEW USER
Borang Jenis A boleh diisi secara manual dengan
- Muat turun Borang Permohonan Manual (Jenis A)
Berikut langkah-langkah membuat permohonan:
- Pemohon boleh mendaftar secara ‘online’ di laman web LPHS https://ehartanah.lphs.gov.my/
- Daftar lokasi mengikut mukim yang dikehendaki. Pemohon boleh memohon pada bila-bila masa walaupun permohonan pendaftaran dalam sistem LPHS bagi Rumah Selangorku belum dibuka.
- Penawaran nama pemohon akan dibuat setelah pemaju memenuhi syarat permohonan untuk didaftarkan projek mereka dalam sistem pendaftaran Rumah Selangorku.
- Pemohon boleh menyemak senarai projek rumah Selangorku yang boleh dipohon di laman web LPHS https://ehartanah.lphs.gov.my
*Nota :
Sekiranya pemohon tidak mengetahui proses pendaftaran secara betul dan tepat, sila rujuk manual proses pendaftaran Rumah Selangorku boleh dirujuk pada laman sesawang LPHS seperti berikut ; http://ehartanah.lphs.gov.my/
Boleh juga baca: Cara Mohon Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak RM200 Sebulan
Garis Panduan Permohonan
- Pemohon mestilah telah melepasi syarat kelayakan permohonan
- Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini dan melengkapkan profil peribadi seperti yang dikehendaki.
- Pemohon harus membuat pilihan projek yang dikehendaki berdasarkan pilihan jenis hartanah, daerah dan mukim.
- Hanya permohonan yang LENGKAP sahaja boleh dihantar dan kemudian akan disemak dan diproses oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
- Sekiranya status pemohon telah DITAWARKAN RUMAH, maka pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut untuk proses selanjutnya:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
- Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
- Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
- Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
- Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
- Penyata KWSP (jika ada); dan
- Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.
- Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih dalam status SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran
Pemohon perlu muat turun dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran iaitu:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
- Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan
- Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin
- Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri
- Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja
- Penyata KWSP (jika ada)
- Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.
Boleh juga baca: Cara Mohon Rumah Idaman Selangor Serendah RM250,000 Untuk Rakyat Selangor
Semakan permohonan
Keputusan permohonan boleh disemak secara online di Semak LPHS.
- Isikan No Kad Pengenalan (Contoh : 900203041234)
- Dan Klik Butang SEMAK
Soalan Lazim Rumah Mampu Milik Selangor
1. Adakah permohonan rumah selangorku mudah lulus?
Ya. Sangat mudah. Jika anda melepasi syarat kelayakan mudah yang ditetapkan. Tawaran unit sekarang sangat banyak sekarang
2. Permohonan saya telah kena tolak, bagaimana cara untuk buat rayuan?
Maaf tiada. Ini kerana rayuan tidak dibuka jika permohonan kena reject
3. Bila tempoh dibenarkan jika saya mahu jual semula rumah ini atau sewa pada orang lain skim ini?
Anda boleh jual atau sewa pada orang lain selepas 5 tahun iaitu tempoh memoratarium 5 tahun
4. Antara senarai dokumen penting yang perlu disediakan?
Anda perlu sertakan dokumen sokongan seperti penyata kwsp, penyata gaji, salinan kad pengenalan, bil utiliti, akaun bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah jika pasangan tidak bekerja.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui medium-medium berikut:
LPHS di talian 03-55102122 / 2177 atau e-mel terus ke aduan@lphs.gov.my.
Laman web : https://ehartanah.lphs.gov.my
*Peringatan penting:
- Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) tidak pernah melantik mana-mana orang perseorangan, persatuan, pertubuhan mahupun syarikat untuk bertindak sebagai ejen bagi urusan permohonan dan penawaran Rumah Selangorku.
- LPHS akan mengambil tindakan penguatkuasaan dengan menghalang urusan pengeluaran hakmilik strata ke atas rumah yang didapati dimiliki atau dibeli tanpa melalui kelulusan LPHS.