Cara mohon Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak RM200 Sebulan

Estimated reading time: 2 minutes

Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS) merupakan skim bantuan sewa sebanyak RM200 sebulan selama 36 bulan yang diumumkan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam Belanjawan Negeri Sarawak 202.

Skim ini merupakan skim bantuan khas untuk rakyat Sarawak.Untung orang sarawak ini pelbagai bantuan yang diberikan seperti BKKS dan banyak lagi.Bantuan ini dibuka untuk penyewa yang bekerja di bandar Kuching Sibu, Bintulu dan Miri.

Kadar Bantuan Sewa

Kadar bantuan sewa adalah sebanyak RM200.00 sebulan selama 36 bulan (3 tahun maksimum)

skim bantuan rumah sewa Sarawak

Syarat kelayakan permohonan

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan:

  1. Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap di Sarawak dan memiliki MyKad dengan status “K”
  2. Berusia 21 tahun ke atas
  3. Penyewa yang bekerja di bandar Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri
  4. Penerima bantuan e-kasih dan/ atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,131.00 sebulan
  5. Bapa/ibu tunggal dan sekurang-kurangnya mempunyai 1 orang anak tinggal bersamanya
  6. Keutamaan juga akan diberikan pada Orang Kurang Upaya (OKU)
  7. Sedang menyewa dan premis/ rumah yang disewa bukan milik ahli keluarga terdekat

Cara mohon Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak

Jika anda berkelayakan dan memenuhi segala syarat yang ditetapkan,Ikuti langkah-langkah berikut:

1.Muat turun borang permohonan di pautan berikut dan isi selengkapnya :

2.Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut:

  • Bukti sebagai penerima e-kasih
  • Salinan sijil kahwin/ sijil cerai
  • Salinan Kad Pengenalan (pemohon & pasangan)
  • Salinan sijil lahir/ MyKid/ MyKad anak yang berada dibawah tanggungan & tinggal bersama pemohon
  • Penyata gaji yang menunjukkan pendapatan kasar bulanan ketua isi rumah/ pasangan
  • Salinan kad OKU bagi pemohon OKU
  • Perjanjian sewa yang ditandatangani & dimatikan setem hasil
  • Persetujuan tuan punya premis untuk penyewa menyertai skim bantuan sewa (SRAS)
  • Gambar premis yang disewa

3.Hantar Borang dan dokumen sokongan ke alamat berikut:
Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC),
Wisma Sultan tengah, Jalan Sukma,
Petrajaya, P.O Box 1504,
93050 Kuching, Sarawak Malaysia

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi HDC di talian 082-444 381 atau 082-443 681

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via