Cara mohon Rumah Idaman selangor serendah RM250,000 untuk rakyat selangor

Rumah Idaman Selangor.Rakyat Selangor yang ingin memiliki rumah sendiri atau rumah pertama,ada berita baik untuk anda kerana Kerajaan negeri Selangor akan membangunkan projek Rumah Idaman mampu milik dengan serendah  RM250,000 dan berkeluasan 1,000 kaki persegi.

Rumah Idaman ini dibina khas untuk rakyat yang bekerja serta tinggal di Selangor dan pertama kali memiliki rumah. Kerajaan negeri sudah mengenalpasti cara mengukuhkan ekonomi di era pandemik ini sambil memberi peluang kepada rakyat Selangor memiliki rumah idaman.

Syarat Permohonan Rumah Idaman Selangor

Permohonan ini adalah terbuka kepada rakyat Selangor yang memenuhi syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan Isi Rumah kurang RM 10,000
  • Berdaftar dengan LPHS

Sebanyak 30,000 Rumah Idaman akan dibina dan akan  dijangka dibina di lokasi yang strategik dengan tawaran harga bersih RM250,000

Cara membuat permohonan

Terkini terdapat 10 projek Rumah Idaman yang ditawarkan.Jika anda berminat untuk memohon salah rumah rumah tersebut boleh KLIK ke projek yang anda nak

  1. Idaman BSP – Bandar Saujana Putra
  2. Idaman Melur – Cybersouth
  3. Idaman Cahaya – Shah Alam 2
  4. Idaman Kita – Cybersouth
  5. Idaman Perdana – Bandar Puncak Alam
  6. Idaman Sari
  7. Idaman Bukit Jelutong
  8. Idaman Elmina 4
  9. Idaman Elmina 5
  10. Idaman Elmina 12

Spesifikasi Rumah Idaman

Berikut adalah spesifikasi dan ciri-ciri rumah yang di tawarkan:

  • Keluasan 1,000 kaki persegi
  • Ruang tamu – Dilengkapi 1 unit televisyen
  • 3 bilik tidur – Setiap bilik dilengkapi 1 unit almari
  • Ruang dapur – Kabinet dapur dan peti sejuk
  • Setiap bilik – dilengkapi 1 unit penyaman udara
  • 2 bilik air – dilengkapi unit pemanas air
  • Ruang parkir – Dilengkapi 2 ruang parkir

Solusi Pembayaran

Pembayaran adalah :

  • Bekerja sendiri/ berpendapatan tetap
  • Pakej pembiayaan sehingga 100%
  • Kekurangan dokumen pendapatan
  • Tempoh pembiayaan sehingga 40 tahun
  • Kadar keuntungan/ faedah serendah 3.5%

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklut lanjut,boleh hubungi anda boleh terus :

Laman web rasmi www.idamanselangor.com.my atau hubungi idaman@mbiselangor.com.my.

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via