Estimated reading time: 2 minutes
Tukar Status Akaun Tabung Haji(TH).Pertukaran status untuk pemegang akaun Tabung Haji dari kanak-kanak ke dewasa.Kepada semua para pendeposit TH, khususnya yang telah melebihi umur 18 tahun tetapi masih memegang Akaun Kanak-Kanak di bawah jagaan.
Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan kepada para pendeposit TH khususnya yang telah melebihi umur 18 tahun tetapi masih memegang Akaun Kanak-Kanak di bawah jagaan untuk bertukar status kepada Akaun Dewasa.Pemegang Akaun Kanak-kanak yang telah menukar status akan mentadbir akaun masing-masing dengan sendirinya bermula 1 Disember 2021.
Kenapa perlu Tukar Status Akaun Tabung Haji(TH) Kanak-Kanak Ke Dewasa?
Pertukaran ini perlu kerana bermula 1 Disember 2021, pemegang Akaun Kanak-kanak yang telah menukar status akan mentadbir akaun masing-masing dengan sendirinya.
Akaun tersebut akan dibekukan daripada melakukan sebarang transaksi pengeluaran.Selain itu, status link akaun di antara akaun penjaga di bank dan akaun kanak-kanak di TH akan terbatal serta pendaftaran haji juga tidak dapat dilakukan. Walau bagaimanapun, akaun tersebut masih boleh menerima transaksi simpanan daripada semua saluran yang disediakan TH termasuklah di platform JomPay dan THiJARI.”
Terkini,tempoh penukaran status akaun kanak-kanak Tabung Haji (TH) kepada akaun dewasa yang sepatutnya berakhir 1 Disember 2021 ini dilanjutkan hingga 1 Mei 2022 depan.
Pendeposit perlu memastikan akaun TH kekal berstatus aktif untuk terus menikmati manfaat menyimpan di institusi itu termasuk simpanan dijamin kerajaan, menerima agihan keuntungan, pengecualian cukai pendapatan selain boleh menyertai pelbagai kempen anjuran TH
Boleh juga baca: Cara Daftar Haji Online Melalui Akaun THiJARI Untuk Diri Sendiri Dan Anak
Cara untuk tukar status Akaun Tabung Haji(TH)
Berikut adalah cara untuk membuat penukaran status dari kanak-kanak ke dewasa:
- Ibu bapa dan penjaga yang mempunyai akaun di bawah jagaan bagi anak yang berumur 18 tahun ke atas untuk datang bersama anak tersebut ke cawangan TH yang berdekatan.
- Pihak TH akan memastikan akaun pendeposit yang mencapai 18 tahun diuruskan oleh pendeposit itu sendiri dan rekod maklumat serta biometrik pendeposit berumur 18 tahun tersebut dikemaskini.
Anda boleh menukar status akaun TH Kanak-Kanak ke Akaun Dewasa di mana-mana kaunter cawangan TH yang berdekatan pada hari bekerja (Isnin-Jumaat);
- isnin-Khamis: 9.30 pagi hingga 1.00 petang
- Jumaat: 9.30 pagi hingga 12.15 petang
Ibu bapa dan penjaga yang mempunyai akaun di bawah jagaan bagi anak yang berumur 18 tahun ke atas perlu datang bersama anak tersebut.
Boleh juga baca: Cara Daftar Haji Guna KWSP Akaun Pertama
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui medium berikut:
- Laman Rasmi: tabunghaji.gov.my
- talian Khidmat Pelanggan (THCC) : 03 – 6207 1919
- SMS : TH < space > query and send it to 33990
- Email : th-info@lth.gov.my
