Cara Buka Akaun Hong Leong Bank Online dan login tanpa ke kaunter

Buka Akaun Hong Leong Bank Secara Online?Sejajar dengan teknologi yang semakin pesat ini,proses pembukaan akaun Hong Leong Bank boleh dilakukan secara online sahaja tanpa perlu ke kaunter bank Hong Leong.

Pertukaran ini Selaras dengan garis panduan Electronic Know-Your-Customer (eKYC) yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 30hb Jun 2020.

Lebih mencuri tumpuan,Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank merupakan bank yang pertama di negara ini yang menggunakan kemudahan ini.Segala urusan dari pendaftaran sehingga pembukaan akaun ini dilakukan melalui aplikasi Apply@HLB

Cara muat turun aplikasi Apply@HLB

Aplikasi ini boleh di memuat turun untuk android dan IOS.Boleh muat turun secara percuma di pautan di bawah:

  1. Google Play (Untuk pengguna Android)
  2. App Store (Untuk pengguna iOS)

Permohonan untuk pembukaan akaun di dalam talian ini hanya dibenarkan untuk individu yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.Jadi kepada yang tidak cukup umur kena tunggu dulu.

Cara buka akaun Hong Leong Bank melalui aplikasi Apply@HLB

Sebelum itu,download dulu  aplikasi Apply@HLB, bila siap install boleh buka dan ikuti cara-cara berikut:

  1. Masukkan No kad Pengenalan anda dan sila sahkan identiti anda dengan mengambil swafoto sebagai bukti identiti.
  2. Isi maklumat peribadi dengan lengkap.
  3. Sila buat dan reka nama pengguna dan kata laluan

Selepas anda berjaya menghantar permohonan anda,permohonan anda akan diproses selama 3 hari bekerja.Akaun anda akan diproses selama 3 hari bekerja dimana makluman akan di hantar melalui E-mel dan SMS

Pemberitahuan melalui E-mel dan SMS juga akan di hantar sekiranya permohonan anda berjaya dan pada masa yang sama ada makluman untuk anda deposit duit dalam masa 7 hari.

Boleh juga baca: Cara Daftar RHB Online Banking Dan Login Pertama Kali

Penghantaran Kad Debit

Kad debit akan di hantar selepas 14 hari anda berjaya membuat deposit pertama ke dalam akaun tersebut

Pengaktifan kad debit anda boleh di lakukan di dalam HLB Connect Online dengan mengikuti langkah mudah berikut: Log masuk > klik pada ‘Perkhidmatan Lain’ > klik pada ‘Aktifkan Kad’ di bawah Kad Debit / ATM dan ikut arahan yang diberikan.

Cara Daftar Dan Guna Maybank Secure2u

Login pertama kali dan Aktifkan Hong Leong Bank Online

Setelah membuat pendaftaran dan menerima kad debit anda,anda hendaklah mengaktifkan perbankan Online anda.

Sebelum membuat pengaktifan pastikan anda ada perkara-perkara berikut:

  • Kad Debit
  • Kad Kredit Prinsipal
  • Akaun Tetap atau Simpanan
  • Akaun Pembiayaan

dan perkara-perkara penting seperti di bawah

  • Kad Debit/ Kredit atau butiran akaun seperti kad/ nombor akaun dan PIN 6-digit.
  • Pastikan nombor mudah alih anda telah berdaftar untuk menerima Kod Pengesahan Transaksi (TAC) melalui SMS.
  • Pastikan nombor mudah alih anda telah berdaftar untuk menerima Kod Pengesahan Transaksi (TAC) melalui SMS.

Boleh ikuti cara nak aktifkan Hong Leong Bank Online :

  1. Klik “Register” di www.hongleongconnect.my
  2. Pilih jenis ID dan masukkan Nombor ID anda
  3. Lengkapkan TAC yang diterima melalui SMS
  4. Lengkapkan butiran Kad Debit/ Kredit atau Akaun anda
  5. Cipta Nama Pengguna dan Kata Laluan anda
  6. Pilih Gambar Keselamatan anda
  7. Pendaftaran anda selesai!

Sila Join Channel Rasmi Telegram MyHebahan. Segala hebahan terbaru akan dimaklumkan melalui medium ini.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui medium berikut:

No telefon: 03 7626 8899 untuk bercakap dengan Pegawai Perhubungan Pelanggan dari 9 pagi – 6 petang; Isnin hingga Sabtu.

Bagi yang berkaitan dengan media,boleh hubungi talian 03 2081 8888

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Hebahan Bantuan Kerajaanhttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via