Permohonan eKasih merupakan permohonan bantuan untuk mereka yang miskin tegar.eKasih merupakan satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
eKasih mula diperkenalkan pada 2008 selepas mensyuarat jemaah menteri diadakan pada Oktober 2007.Sistem ini amat penting untuk kementerian dan agensi yang terlibat untuk kemiskinan di negara kita.
Pengenalan eKasih
eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.
Melalui komponen data dalam sistem eKasih ini, pengakses boleh:
- Membuat semakan status kemiskinan secara online
- Menyelaraskan maklumat bantuan
- Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
- Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
- Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
- Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan
Selain itu data eKasih juga di gunakan untuk bantuan Skim i-Suri KWSP sebanyak RM480 setahun yang telah di bentangklan belanjawan 2022 sebelum ini.
Syarat kelayakan Permohonan eKasih
Bagi yang ingin memohon,anda hendaklah tergolong dalam dalam yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan.
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.
Bantun
Proses dan Pendaftaran
Proses permohonan boleh di rujuk melalui gambarajah di bawah:
Bagi mereka yang ingin mendaftar,anda boleh rujuk ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).
Anda boleh datang ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui
- telefon
- surat
- e-mel rasmi
- membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)
Berikut adalah No telefon untuk tujuan pendaftaran:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
*Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.
Boleh juga baca:
MySalam:Semakan Permohonan dan tuntutan Covid 19
Cara membuat permohonan eKasih
Untuk membuat permohonan,anda perlu lengkapkan 9
komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu
- Butiran KIR dan AIR
- Lokasi
- Kediaman
- Pendidikan
- Kemahiran dan pekerjaan
- Harta
- Kesihatan
- Bantuan
- Pendapatan
*Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
Semakan Status
Untuk membuat semakan staus permohonan anda,anda boleh layari pautan berikut untuk semakan:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx
Untuk semakan,anda juga boleh hubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dengan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan status.
Anda juga boleh baca:
Peka B40:Cara semak kelayakan dan Manfaat Tuntutan B40
Manfaat dan Jenis Bantuan yang di terima
Bila anda daftar eKasih,automatik data anda akan ada didalam sistem kerajaan.Manfaat yang di terima,anda akan layak untuk menerima beberapa jenis bantuan kerajaan contohnya:
1.Program MyKasih
Mereka yang tersenarai di dalam data eKasih,akan menerima bantuan berupa RM100 sebulan untuk tempoh 3 bulan.Untuk membuat semakan Status anda di program MyKasih boleh rujuk pautan di bawah:
https://www.mykasih.com.my/site/
2.Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Bantuan keluarga Malaysia adalah Bantuan Tunai yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2022.
Maklumat Lanjut bantuan ini,boleh rujuk DISINI
3. I-Suri (Insentif RM480 KWSP)
Bagi suri rumah yang berdaftar dengan eKasih,mereka layak daftar di bawah skim bantuan I-Suri KWSP.Caruman adalah serendah RM5 sebulan atau Rm60 sebulan,anda layak untuk mendapat insentif RM480 setahun dari skim ini
4.Bantuan JKM
Pelbagai jenis bantuan yang di tawarkan di Skim Bantuan JKM.Berikut adalah 11 skim bantuan yang boleh dimohon:
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK) – Bulanan RM150 hingga RM1000
- Elaun Pekerja Cacat (EPC); – RM500 sebulan seorang.
- Bantuan Am Negeri – Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
- Bantuan Orang Tua (BOT); – RM500 sebulan seorang.
- Bantuan Am Persekutuan (BA); – RM100 sebulan seorang. Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
- Bantuan Anak Pelihara (BAP); RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
- Bantuan Latihan Perantis (BLP); – RM200 sebulan seorang.
- Bantuan Geran Pelancaran (GP); – Maksimum RM2,700 sekaligus.
- Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
- Tabung Bantuan Segera (TBS).
Maklumat lanjut Permohonan Bantuan JKM DISINI
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
Laman Web :Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri
No Telefon:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800