Tuntutan Wang KWSP:Cara Mohon dan syarat permohonan jika pencarum meninggal Dunia

Tuntutan Wang KWSP biasanya boleh di lakukan oleh penama atau warisnya jika pencarum tersebut meninggal dunia tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan.Betapa penting jika anda membuat penama jika berlaku apa-apa kepada anda urusan menjadi lebih mudah.

KWSP mengusahakan kaedah pengurusan wang simpanan ahli supaya ia dapat diuruskan dengan mudah apabila berlaku kematian ahlinya. Pada masa ini, KWSP menyediakan borang dengan menyatakan tugas penama. Penamaan adalah satu pengisytiharan secara bertulis dibuat ahli dalam Borang KWSP 4 bagi melantik atau menamakan seseorang atau mana-mana orang sebagai benefisiari atau wasi/pentadbir (bagi orang yang beragama Islam) ke atas simpanan KWSP apabila ahli itu meninggal dunia.

Syarat-syarat pengeluaran Tuntutan Wang KWSP

Berikut adalah syarat-syarat pengeluaran dimana syarat pengeluaran terbahagi kepada 2 iaitu

  1. Penamaan
  • Pemohon adalah penama akaun ahli, maksudnya pencarum yang meninggalkan dunia tu telah menamakan individu tersebut untuk mengeluarkan simpanan KWSP beliau.
  • Kalau penama meninggal dunia pula, situasi ni perlu dilihat dalam dua aspek, iaitu jikalau pencarum tersebut beragama Islam ataupun tak.
    • Pencarum beragama Islam: Kalau penama meninggal dunia sebelum atau selepas ahli KWSP, waris terdekat ahli boleh memohon dengan Surat Kuasa.
    • Pencarum bukan beragama Islam: Kalau penama meninggal SEBELUM ahli, waris kepada ahli layak memohon. Tapi kalau penama meninggal SELEPAS ahli, waris kepada penama yang layak untuk memohon. 
  1. Tanpa Penamaan

Ada beberapa situasi pula, pencarum KWSP tak meletakkan apa-apa penama, jadi waris yang terdekat yang layak untuk memohon. Waris ni dibahagikan kepada dua pula, iaitu:

  • Pencarum yang dah berkahwin, waris yang layak memohon adalah:
    • Balu atau duda pencarum
    • Anak-anak
    • Pentadbir pusaka pencarum
  • Pencarum yang belum berkahwin, waris yang layak memohon adalah:
    • Bapa atau ibu pencarum
    • Adik-beradik, kalau ibu bapa pencarum dah meninggal dunia
    • Pentadbir pusaka pencarum

Untuk lebih jelas,boleh rujuk Panduan Urus Tukar Penama KWSP Dan Tiada Penama

Cara membuat tuntutan Simpanan KWSP jika pencarum meninggal dunia

Sebelum membuat pengeluaran,anda mesti menyediakan dokumen-dokumen penting untuk membuat permohonan.Dokumen terbahagi kepada dua:

1.Dokumen Utama

2.Dokumen Sokongan

i. Sijil lahir pemohon, jika penamaan yang didaftar oleh ahli menggunakan Sijil Kelahiran pemohon.

ii Ahli KWSP (Si Mati) Belum Berkahwin 

• Sijil Kelahiran Ahli, sekiranya pemohon adalah ibu atau bapa ahli; ATAU
• Sijil Kelahiran Ahli, Sijil Kelahiran Pemohon serta Sijil Kematian Ibu bapa ahli, sekiranya pemohon adalah adik beradik ahli.

iii. Ahli KWSP (Si Mati) Telah Berkahwin
• Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan Ahli / Cabutan Daftar Perkahwinan.

iv. Ahli KWSP (Si Mati) Bukan Islam Telah Berkahwin Sebelum 1 Mac 1982
• Surat Akuan Sumpah Kahwin DAN Sijil Kelahiran Anak Ahli.

v. Ahli KWSP (Si Mati) Telah Bercerai
• Sijil Penceraian Ahli; DAN
• Dokumen bukti pertalian ahli dengan pemohon

vi. Surat Kuasa
• Surat Kuasa Mentadbir / Probet (Mahkamah Tinggi); ATAU
• Perintah Pembahagian (Pejabat Tanah); ATAU
• Sijil / Perintah Faraid (Mahkamah Syariah); ATAU
• Surat Kuasa Amanah Raya Berhad (ARB) ATAU
• Surat Kuasa Mentadbir (Pejabat Daerah Sarawak) ATAU
• Surat Kuasa (Mahkamah Anak Negeri Sabah)

Nota: Salinan Surat Kuasa perlu disahkan oleh pengeluar Surat Kuasa atau sekiranya dokumen asal atau pendua dikemukakan, salinan dokumen Surat Kuasa berkenaan boleh disahkan oleh pegawai kaunter KWSP. Surat Kuasa yang dicetak secara ‘online’ juga perlu disahkan oleh pengeluar Surat Kuasa yang berkenaan. Pihak Peguam adalah tidak dibenarkan sebagai pengesah kepada salinan Surat Kuasa.

vii. Penama Meninggal Dunia
• Sijil Kematian Penama

Untuk memudahkan and faham,Berikut langkah-langkah untuk memohon:

1.Dokumen Pemohon mestilah disahkan oleh orang yang di beri kuasa.

2.Pilih dan kenal pasti panel bank KWSP untuk memudahkan urusan wang masuk nanti

3.Lengkapkan borang permohonan denga betul dan hantar ke pejabat KWSP yang berdekatan.

Boleh juga baca: Cara semak No Ahli kWSP secara online dan Manual

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:

Laman Rasmi KWSP: https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Kaunter KWSP yang berdekatan ATAU Rujuk Risalah DISINI

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via