MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah MySalam.
Ketika awal diperkenalkan pada Januari 2019, penerima yang layak adalah terdiri daripada isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40% terendah (B40) yang juga penerima BSH 2019
Terbaharu, perluasan Skop MySalam Dalam Bajet 2022 kini turut melibatkan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan manfaat tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangan kepada anak tanggungan penerima mySalam yang layak.
Tambahan lagi Skim ini adalah percuma kepada mereka yang berkelayakan dan terdapat sebanyak 45 jenis penyakit kritikal yang boleh dilindungi di bawah skim ini.
Syarat dan manfaat Permohonan MySalam
Berikut adalah syarat-syarat yang telah di tetapkan:
Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun dan mereka yang telah berkahwin
- Bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang dari RM24,000 setahun.
- Orang Kurang Upaya (OKU) berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang dari RM24,000 setahun.
Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-
- Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
Cara untuk memohon
Untuk makluman anda,Pendaftaran MySalam ini adalah secara automatik berdasarkan data yang telah sedia ada di BSH dan BPR sebelum ini.Dan terbaru skop ini diperluaskan untuk penerima BKM.
Ini juga termasuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang masih layak untuk menerima insentif Bantuan Keluarga Malaysia.
Cara semak kelayakan Permohonan
Permohonan boleh di semak melalui langkah-langkah berikut:
Akses ke pautan https://www.mysalam.com.my/b40/info/ dengan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
Anda juga boleh mendapat bantuan di kiosk-kiosk MySalam terdekat :
Wilayah Persekutuan
- Hospital Kuala Lumpur
- Hospital Ampang
- Hospital Putrajaya
- Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
- Institut Kanser Negara (IKN)
Selangor
- Hospital Selayang
- Hospital Kajang
- Hospital Serdang
- Hospital Sg. Buloh
- Hospital Kuala Kubu Bahru
- Hospital Banting
- Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
- Hospital Tanjung Karang
- Hospital Sabak Bernam
- Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Perak
- Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
- Hospital Seri Manjung, Manjung
Pulau Pinang
- Hospital Umum Pulau Pinang
- Hospital Seberang Jaya
- Hospital Bukit Mertajam
Kedah
- Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
- Hospital Kulim
Perlis
- Hospital Tuanku Fauziah
Kelantan
- Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu
- Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian
Terengganu
- Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
- Hospital Besut
Pahang
- Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
Johor
- Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
- Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
- Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
Sarawak
- Hospital Umum Kuching
- Hospital Sibu
- Hospital Bintulu
Sabah
- Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu
- Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas
- Hospital Duchess of Kent, Sandakan
Jumlah bayaran tuntutan MySalam
Berikut adalah jumlah bayaran yang akan di perolehi:
- RM8,000 untuk tuntutan penyakit kritikal.
- RM700 ( Maksimum ) bagi tuntutan hospital ( RM50 sehari sehingga 14 hari ).
Cara buat Tuntutan
Untuk makluman,pengendali takaful yang terlibat akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.
Rujuk arahan dan langkah di bawah untuk membuat tuntutan
I. Tuntutan penyakit kritikal
Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
II. Tuntutan hospitalisasi
Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Cara membuat tuntutan bagi Skim MySalam Disebabkan Covid-19
Mereka yang telah dimasukkan ke wad disebabkan oleh virus Covid-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun ( Maksimum RM700).
Boleh lihat panduan bagi membuat tuntutan disebabkan Covid-19 disini = https://www.mysalam.com.my/b40/info/content/Mysalam%20Covid.pdf
Virus Covid-19 adalah salah satu daripada 45 jenis Penyakit Kritikal tersenarai dan ini membolehkan pesakit untuk membuat tuntutan di bawah manfaat Penyakit Kritikal.Berikut adalah senarai penyakit kritikal:
- Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
- Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
- Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu
- Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Pembedahan Otak
- Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
- Kardiomiopati – Keterukan Tertentu
- Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
- Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
- Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
- Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
- AIDS Dengan Gejala Penuh
- Hepatitis Viral Fulminan
- Serangan Jantung – Keterukan Tertentu
- Pembedahan Injap Jantung
- Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
- Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
- Hilang Keupayaan Bertutur
- Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
- Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
- Sklerosis Multipel
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan Anggota
- Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu
- Penyakit Arteri Koronari Serius
- Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
- Pembedahan Aorta
- Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
- Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu
- Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
- Penyakit Terminal (Membawa Maut)
- Penyakit Sistik Medular
- Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
- Poliomielitis
- Skleroderma Progresif
- Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
- Elefantiasis (Penyakit Untut)
- Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)
Tuntutan bagi manfaat hospitalisasi berkaitan kes kuarantin kontak rapat COVID-19 (PUI) akan diterima bagi kuarantin sehingga 31 Oktober 2021 sahaja. *Tuntutan bagi kes kuarantin masih boleh dikemukakan di bawah manfaat tersebut sehingga 31 Disember 2021.
Langkah ini diambil sejajar dengan jangkaan vaksinasi lengkap COVID-19 terhadap populasi dewasa di Malaysia dan peralihan kepada fasa endemik COVID-19 di Malaysia.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat boleh hubungi melalui saluran berikut:
Telefon : 1-300–88-8938
Email : info@mysalam.com.my