Estimated reading time: 3 minutes
Peka B40 atau Skim Peduli Kesihatan B40 merupakan salah satu inisiatif dari kerajaaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang di adakan untuk membantu dan memberi manfaat kepada golongan B40.
Inisiatif skim ini adalah bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan kepada golongan yang berpendapatan rendah dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).
Manfaat tuntutan Peka B40
Berikut adalah manfaat yang di beri di dalam skim ini:
- Saringan Kesihatan PERCUMA.
- Bantuan Alat Perubatan sehingga RM20,000 (tertakluk kepada julat harga bagi setiap kategori).
- Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser sebanyak RM1,000.
- Insentif Tambang Pengangkutan sehingga RM1,000 (khusus untuk penerima Manfaat 2 dan/atau 3).
Makluman:
1-Penerima manfaat tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian makmal dalam pakej PeKa B40 ini.
2 – Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.
3- Hanya kad pengenalan diperlukan semasa berurusan

Kelayakan bantuan Peka B40
Kelayakan untuk mendapat bantuan melalui skim ini ialah:
- Layak kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan pasangan yang didaftarkan
- Penerima yang berumur 40 tahun dan keatas.
Jika anda memenuhi kriteria yang di tetapkan,anda layak secara automatik dan tidak memerlukan pendaftaran.
Boleh juga baca: Cara Daftar Online MyDaftar OKU JKM
Cara semak kelayakan Peka B40
Jika anda telah memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan,anda boleh semak kelayakan skim Peduli Kesihatan B40 melalui langkah berikut:
1.Layari pautan berikut: https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan
2.Masukkan No kad Pengenalan untuk semakan dan keputusan akan kleluar jika anda layak
Proses untuk mendapatkan bantuan Peka B40
Berikut adalah cara untuk dapatkan bantuan sekiranya anda layak:
Langkah 1 : Semak kelayakan anda untuk lihat sama ada anda layak atau tidak.Rujukan pautan DISINI
Langkah 2 : Jika dianggap layak, kunjungi klinik PeKa B40 terdekat, yang boleh dikenal pasti oleh ikon PeKa B40, dan pastikan anda membawa MyKad anda.
Langkah 3 : Pemeriksaan perubatan akan dilakukan semasa lawatan pertama anda ke klinik.
Langkah 4 : Lawatan kedua untuk mengetahui keputusan ujian makmal daripada doktor, serta tindakan susulan, iaitu sama ada merujuk kepada salah satu Fasiliti KKM, atau Program Sihat dan Aktif KKM (Program Sihat Cergas).
Senarai klinik yang terlibat
Berikut adalah senarai klinik-klinik yang terlibat dan anda boleh rujuk melalui pautan berikut:
https://bms.pekab40.com.my/provider
Maklumat Lanjut
Untuk makluman,Skim Peduli Kesihatan B40 ini dikendalikan oleh ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia, ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.Jika ada sebarang masalah,boleh hubungi melalui saluran berikut:
TALIAN UTAMA
+603-8687 2525
8:30pagi – 5:30petang (Isnin – Jumaat)
9:00pagi – 4:00petang (Sabtu & Ahad)
EMEL
info@protecthealth.com.my
pekab40@protecthealth.com.my vaksincovid@protecthealth.com.my
spikpa@protecthealth.com.my
ALAMAT
F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300,
Century Square, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
LAMAN WEB
https://protecthealth.com.my/peka-b40/
MEDIA SOSIAL
ProtectHealth Corporation
