Daftar kelahiran Anak:Cara Daftar di JPN dan Online

0 91

Daftar kelahiran Anak selepas mendapat anak adalah penting kerana mengikut undang-undang  bayi tersebut mestilah didaftarkan dengan JPN dalam tempoh 60 hari daripada tempoh kelahiran untuk mengelakkan sebarang masalah yang berlaku.

Seiring dengan pandemik Covid 19,banyak urusan telah di permudahkan.Sekarang,Pendaftaran kelahiran anak boleh di lakukan secara online tanpa beratur di kaunter.Ini menjimatkan masa dan pendaftaran boleh di lakukan di rumah.

Individu yang boleh daftar

Untuk makluman,tidak semua individu yang layak untuk daftar bayi di JPN.Berikut adalah mereka yang layak:

  1. Ibu atau bapa kanak-kanak itu
  2. Penjaga kanak-kanak itu
  3. Individu yang mengetahui atau menyaksikan tentang kelahiran kanak-kanak itu
  4. Ibu dan bapa kanak-kanak (bagi pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf)

Boleh juga baca: MySalam:Semakan Permohonan dan tuntutan Covid 19

Dokumen untuk daftar kelahiran anak

Dokumen berikut hendaklah di bawa bersama di JPN untuk proses pendaftaran anak anda.Berikut adalah dokumen penting untuk pendaftaran anak:

  1. Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap (asal);
  2. Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Pengesahan Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
  3. Laporan Polis bagi kelahiran di rumah (asal);
  4. Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) atau Kad Rawatan Semasa Ibu Mengandung (asal dan salinan);
  5. Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan)
  6. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri  pemaklum [jika pemaklum bukan ibu atau bapa kanak-kanak] (asal dan salinan);
  7. Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan- jika berkaitan); dan
  8. Dokumen Perkahwinan atau Perceraian ibubapa kanak-kanak (asal dan salinan).
  9. Surat akuan AM80 sekiranya tiada buku rawatan mengandung atau kad rawatan mengandung

Daftar Kelahiran Anak Online

Sekarang pendaftaran boleh di lakukan secara online.Boleh ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web JPN di alamat https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kelahiran
  2. Klik pada pautan “Permohonan Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian”
  3. Pengguna akan dibawa ke halaman https://osdftrlhr.jpn.gov.my/indexi.php
  4. Pengguna perlu “Allow” atau membenarkan popup daripada tetapan pelayar internet anda
  5. Klik butang “Daftar Pengguna Baru”
  6. Lengkapkan pendaftaran
  7. Kemudian, kllik butang “Log Masuk”
  8. Setelah melengkapkan semua maklumat, notifikasi “Permohonan Anda Telah Berjaya”
  9. Klik butang “Cetak Slip Permohonan”
  10. Bawa slip permohonan tersebut ke pejabat JPN berdekatan dalam tempoh 60 hari

Untuk maklumat dan disertakan panduan bergambar,boleh rujuk cara Panduan INI

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanju,boleh hubungi melalui saluran berikut:

Laman Rasmi: https://www.jpn.gov.my/my/

Telefon: 03-8000 8000 | Faks: 03-8880 8288 |

Sila Join Telegram Rasmi MyHebahan Supaya Tidak Terlepas Segala Hebahan. Klik Pautan Di Bawah

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Hebahan Bantuan KerajaanHEBAHAN BANTUAN KERAJAAN
Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More