Penolong Penguatkuasa JPJ atau Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 JPJ merupakan salah satu jawatan yang di tawarkan oleh JPJ untuk lepasan diploma.
Selain jawatan Pembantu Penguatkuasa JPJ KP19,JPJ baru-baru ini membuka pengambilan untuk jawatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 JPJ.Kepada lepasan diploma yang berminat dan layak,bolehlah untuk membuat permohonan.
Permohonan ini dibuka sepanjang tahun dan ambilan akan dilakukan bila-bila masa apabila terdapat kekosongan
Maklumat Penjawatan
Nama majikan: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Nama Jawatan:Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29
Kekosongan: Tertakluk kepada pengambilan semasa
Lokasi: Seluruh Negara
Tarikh Tutup: Dibuka sepanjang masa
Deskripsi Tugas Penolong Penguatkuasa JPJ KP29
Berikut adalah tugas-tugas yang di nyatakan dalam website rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah menjalankan:
- Tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan
- Pendakwaan mahkamah
- Perlesenan dan ujian memandu
- Pendaftaran kenderaan
Kelayakan Permohonan
Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.; atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.; atau
- Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.; atau
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.; atau
- Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Calon juga mestilah mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
Untuk baca lebih lanjut mengenai deskripsi Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29,boleh baca SINI
Cara Mohon
Permohonan boleh di buat dengan melengkapkan borang di laman web rasmi SPA.Anda boleh layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA9) dan isi permohonan anda
Untuk cara daftar SPA9,boleh rujuk panduan INI
Jenis Tapisan
Jika ada telah mohon jawatan ini SPA9,permohonan anda akan di tapis.Jika berjaya melepasi tapisan atau berkelayakan akan menerima status “Melepasi Tapisan Semasa” di laman semakan SPA9.
Maklumat berkenaaan status tapisan rujuk SINI
PSEE-Ujian Psikometrik
Jika anda berjaya dan berstatus “melepasi tapisan semasa”,anda akan di panggil untuk menjawab Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik. Jika anda berjaya Ujian ini anda akan di panggil untuk Ujian Fizikal & Pancaindera.
Boleh baca: Senarai Jawatan untuk Ujian Fizikal SPA & Pancaindera serta Syarat wajib Lulus
Temuduga
Jika anda lulus untuk Ujian Fizikal & Pancaindera,seterusnya anda akan di panggil untuk Temuduga.Pada peringkat ini,jika berjaya temuduga anda akan mendapat lantikan untuk jawatan tersebut.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi :
Sila Join Channel Rasmi Telegram MyHebahan.Segala hebahan terbaru akan dimaklumkan melalui medium ini.