Pegawai Penguat Kuasa JPJ atau Pegawai Penguat Kuasa KP41 JPJ merupakan salah satu jawatan yang di tawarkan kepada pemegang ijazah yang berminat untuk memohon.
Selain Jawatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 JPJ yang di tawarkan sebelum ini,JPJ juga ada menyediakan jawatan seperti jawatan di atas.
Kepada Lepasan Ijazah yang berminat dan layak,Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia membuka peluang permohonan mengisi kekosongan jawatan tersebut.Permohonan ini dibuka sepanjang tahun dan ambilan akan dilakukan bila-bila masa apabila terdapat kekosongan
Maklumat Penjawatan
Nama majikan: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Nama Jawatan:Pegawai Penguat Kuasa KP41
Kekosongan: Tertakluk kepada pengambilan semasa
Lokasi: Seluruh Negara
Tarikh Tutup: Dibuka sepanjang masa
Deskripsi Tugas Pegawai Penguatkuasa KP41 JPJ
Berikut adalah tugas Pegawai Penguatkuasa JPJ yang bertanggungjawab menguatkuasakan :
- Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
- Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334)
- Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan
Selain bertanggungjawab menguatkuasakan hal di atas, Pegawai Penguat Kuasa JPJ juga:
- Mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta
- memberi khidmat nasihat,
- memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
Maklumat lanjut rujuk SINI
Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
- ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.; atau
- bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis dan Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.; atau
- ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.; atau
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Calon juga mestilah mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
Anda mungkin juga berminat: Ahli Bomba:Syarat,tugas dan kelayakan Permohonan
Cara Mohon
Permohonan boleh di buat di di laman web rasmi SPA.Anda boleh layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA9) dan isi permohonan anda.
Nota: Permohonan jawatan ini dibuka sepanjang masa tertakluk kepada iklan kekosongan semasa.Anda boleh isi dulu dan update kemudian permohonan anda bila ada iklan kekosongan.
Jika belum daftar SPA9,boleh rujuk panduan DISINI
Jenis Tapisan
Jika ada telah mohon jawatan ini SPA9,permohonan anda akan di tapis.Jika berjaya melepasi tapisan atau berkelayakan akan menerima status “Melepasi Tapisan Semasa” di laman semakan SPA9.
Maklumat berkenaaan status tapisan rujuk : Status Permohonan SPA9:Jenis dan Status semasa pemohon
PSEE-Ujian Psikometrik
Jika anda berjaya dan berstatus “melepasi tapisan semasa”,anda akan di panggil untuk menjawab Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik. Jika anda berjaya Ujian ini anda akan di panggil untuk Ujian Fizikal & Pancaindera.
Temuduga
Jika anda lulus untuk Ujian Fizikal & Pancaindera,seterusnya anda akan di panggil untuk Temuduga.Pada peringkat ini,jika berjaya temuduga anda akan mendapat lantikan untuk jawatan tersebut.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi :
Sila Join Channel Rasmi Telegram MyHebahan.Segala hebahan terbaru akan dimaklumkan melalui medium ini.