Pembantu Penguatkuasa JPJ:Cara Memohon SPA9 Untuk Lepasan SPM

0 163

Pembantu PenguatKuasa JPJ dan Pemeriksa Kereta Motor merupakan jawatan yang di tawarkan oleh JPJ untuk lepasan SPM

Kepada Lepasan SPM yang berminat dan layak,Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia membuka peluang permohonan mengisi kekosongan jawatan tersebut.Permohonan ini dibuka sepanjang tahun dan ambilan akan dilakukan bila-bila masa apabila terdapat kekosongan

Dengan hanya menggunakan SPM,anda layak memohon jawatan ini dengan membuat permohonan di SPA9.Di bawah kami sediakan panduan untuk anda membuat permohonan dan semak kelayakan anda untuk memohon.

Maklumat Penjawatan

  • Nama majikan: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Nama Jawatan: Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 & Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19
  • Kekosongan: Tertakluk kepada pengambilan semasa
  • Lokasi: Seluruh Negara
  • Tarikh tutup: Dibuka sepanjang masa

Anda boleh juga baca: Pegawai Bomba KB19 : Cara Memohon SPA9 Untuk Lepasan SPM

Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat kelayakan bagi jawatan yang disebutkan di atas:

Pemeriksa Kereta Motor AB19

  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai mekanik kenderaan; atau
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM)* dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
  • SPM serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2** dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • SPM serta SKM Tahap 3*** dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

Pembantu PenguatKuasa JPJ KP19

  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan; atau
  • SPM serta SKM Tahap 2* dalam bidang berkaitan dan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • SPM serta SKM Tahap 3** dalam bidang berkaitan dan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Memenuhi syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan.

**Bidang SKM Tahap 3:

  • Operasi Kenderaan Perkhidmatan Awam (Bas)
  • Operasi Kenderaan Perkhidmatan Awam (Teksi)
  • Operasi Kenderaan Pengangkutan Barangan
  • Penyeliaan Operasi Pengangkutan Darat

Cara Membuat Permohonan

Permohonan boleh di buat secara online dengan mengisi borang-borang di laman web rasmi SPA.Anda boleh layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA9) dan isi permohonan anda

Untuk membuat pendaftaran SPA9,anda boleh rujuk Panduan Daftar SPA9.

Maklumat lanjut

Sebarang permasalahan dan maklumat lanjut,boleh layari laman web rasmi SPA http://www.spa.gov.my/

Sebenarnya banyak lagi jawatan lain yang anda boleh mohon melalui portal SPA Malaysia melalui kelayakan anda.

Sila Join Channel Rasmi Telegram MyHebahan.Segala hebahan terbaru akan dimaklumkan melalui medium ini.

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More