Estimated reading time: 3 minutes
Ujian Fizikal SPA merupakan satu ujian dimana fizikal dan kecergasan anda diuji oleh penilai berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.Ujian ini dijalankan untuk menyaring mereka yang terpilih dan layak untuk memegang jawatan yang berkaitan.
Ujian yang terlibat bukan sahaja melibatkan pemeriksaan ukuran badan tetapi pancaindera sekali seperti pengukuran tahap penglihatan, pendengaran dan gaya berjalan
Setiap ciri dan kriteria pemohon di ambil kira untuk jawatan tersebut dan pemohon perlu lulus dengan memenuhi syarat-syarat yang telah di tetapkan untuk ke tapisan seterusnya.
Senarai Penjawatan untuk Ujian Fizikal SPA & Pancaindera
Berikut adalah jawatan yang telah ditetapkan untuk ada pemeriksaan fizikal dan pancaindera:
- Pegawai Penguatkuasa Gred KP41
- Pegawai Siasatan Gred P41
- Penolong Pegawai penguatkuasa Gred KP29
- Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
- Pegawai Kesatria Gred S41
- Penolong Pegawai Kesatrian Gred S29
- Pembantu Kesatria Gred S17
- Pegawai Keselamatan Gred KP41
- Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29
- Pembantu Keselamatan Gred KP17
- Penguasa Penjara Gred KA41
- Penolong Penguasa Penjara Gred KA29
- Pegawai Penjara Gred KA19
- Penguasa Bomba Gred KB41
- Penolong Penguasa Bomba Gred KB29
- Pegawai Bomba Gred KB19
- Penguasa Imigresen/ Penolong Penguasa Imigresen (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
- Pegawai Imigresen Gred KP19
- Leftenan Muda Maritim Gred T13
- Bintara Muda Maritim Gred T5
- Laskar Kelas II Maritim Gred T1
- Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41
- Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29
- Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19
Boleh juga baca: Pegawai Imigresen: Cara Memohon SPA9 Untuk Lepasan SPM
Jenis pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera
Berikut adalah perkara diuji untuk pemeriksaan tersebut:
) Pemeriksaan Ukuran Badan
- Ketinggian
- Berat Badan
- BMI
- Ukuran Dada
b) Pemeriksaan Penglihatan
- Jarak Penglihatan “Visual Acuity” 6/9 (tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap “Contact lense”).
- Calon KPSL dikecualikan
- Pengecaman warna dan nombor
c) Pemeriksaan Pendengaran
d) Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan
- Jari, tangan, kaki dan lain-lain anggota berkeadaan baik
- Berkawad
Syarat kelulusan dan ukuran fizikal
Berikut adalah syarat-syarat kelulusan untuk fizikal:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa sepatu;
- berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Untuk syarat-syarat yang lebih jelas,boleh rujuk DISINI.
Apabila pemohon memenuhi syarat-syarat di atas,barulah pemohon akan di bawa ke tapisan seterusnya iaitu temuduga dan berikutnya.Semoga berjaya kepada mereka yang memohon dan layak ke lapisan seterusnya.
