Dah daftar dan login Touch ‘N Go EWallet?Jika anda student dan memenuhi syarat yang di tetapkan jangan lupa claim ebelia Rahmah,tarikh tutup 22 Ogos 2023.
Untuk makluman,Touch ‘N Go EWallet merupakan salah penyedia ewallet yang popular sekarang di Malaysia untuk untuk pelbagai kegunaan.Selain dari cashless transaction,pengguna juga boleh membayar tol melalui kaedah RFID dan PayDirect.
Jika anda mempunyai kad NFC iaitu kad Kad Touch ‘n Go yang dinaik taraf dilengkapi dengan teknologi NFC anda boleh membuat top up atau tambah nilai di mana sahaja secara online menggunakan Touch ‘N Go EWallet anda.
Kad ini boleh di gunakan untuk pembayaran secara tanpa tunai di semua lebuhraya tol di Semenanjung Malaysia, perkhidmatan pengangkutan awam utama di Lembah Klang dan di luar Lembah Klang kecuali Rapid Kuantan dan kawasan parkir terpilih.Senangkan?
Apakah Touch ‘n Go (TNG eWallet)?
Touch n Go (TNG) eWallet merupakan dompet elektronik (e-dompet) yang mengandungi wang elektronik (e-wang).Perkhidmatan aplikasi mudah alih ini ditawarkan oleh TNG Digital Sdn Bhd (TNGD).
TNG eWallet menyediakan perkhidmatan seperti tambah nilai, pembayaran, dan pemindahan wang melalui telefon pintar anda pada bila-bila masa di mana-mana jua di Malaysia.
Berikut adalah perkhidmatan menarik yang di tawarkan:
- Pindahan wang ke pengguna TNG eWallet yang lain
- Tambah nilai prabayar telefon anda
- Membayar bil utiliti dan pascabayar anda
- Beli tiket wayang
- Pembayaran kod QR di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
- Pembayaran kod QR dinamik di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
- Untuk membayar tol melalui kaedah RFID dan PayDirect
Boleh juga baca: GOpinjam TNG E-Wallet: Pinjaman Mikro Mampu Milik
Cara Daftar dan Login Touch ‘N Go EWallet
Untuk Login ke Touch ‘N Go EWallet anda,pastikan anda muat turun dulu aplikasi tersebut melalui pautan di bawah:
Pastikan anda mendaftar menggunakan id yang sah (Mykad / Tentera / Pasport) untuk SATU akaun TNG eWallet dan setiap akaun hanya dibenarkan didaftarkan kepada SATU nombor mudah alih yang unik.
Isikan permohonan anda dengan lengkap dan betul dan selepas itu anda akan mendapat kod pengesahan untuk verifikasi.
Setelah selesai verifikasi,tahniah anda telah pun berdaftar dan boleh menggunakan TNG eWallet.
Untuk tutorial video yang jelas,anda boleh tonton di bawah:
Cara Tambah nilai TNG eWallet
Berikut adalah cara tambah nilai TNG eWallet:
- Masuk aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Klik pada butang ‘+Reload’.
- Kemudian, pilih ‘Reload via DuitNow Transfer’.
- Sila copy nombor akaun yang dipaparkan.
- Buka banking online anda.
- Pilih ‘Transfer Type’ seperti ‘DuitNow Transfer’.
- Kemudian, pilih bank seperti ‘Touch n Go eWallet’.
- Akhirnya, mengesahkan nama penerima.
Nota: Pastikan anda aktifkan dulu DuitNow Transfer sebelum membuat tambah nilai.
Info Tambahan:
Jika anda sudah membuat pautan kad Touch ‘n Go dengan eWallet anda, bayaran tol dan parking di lokasi tertentu akan ditolak dari baki eWallet anda melalui fungsi Paydirect.
Paydirect.adalah:
- Dengan PayDirect, anda boleh melalui tol dengan mudah, tanpa perlu menambah nilai kad Touch’n’ Go anda secara fizikal.
- Anda hanya perlu memastikan bahawa eWallet anda mempunyai baki yang mencukupi – dan anda boleh menambah nilai bila-bila masa, di mana sahaja. Anda tidak perlu bimbang tentang baki yang tidak mencukupi dalam kad Touch’n Go anda di tol.
- Anda boleh melihat baki dan rekod transaksi kad Touch ‘n Go anda sehingga 90 hari lepas.
- Baki kad Touch’n Go dikemas kini setiap 48 jam.
Pengaktifan boleh dilakukan dengan cara berikut:
Langkah 1: Buka aplikasi Touch’n Go eWallet.
Langkah 2: Klik ikon PayDirect untuk tambah kad Touch’n Go (Jika anda belum tambah kad Touch ‘n Go ke dalam eWallet) Klik ikon PayDirect untuk menanda kotak persetujuan (Jika anda telah tambah kad Touch ‘n Go ke dalam eWallet)
Langkah 3: Tambah nilai eWallet anda melalui kad kredit/debit, perbankan Internet FPX, atau dengan PIN Tambah Nilai TNG.
Langkah 4: Gunakan kad Touch’n Go anda seperti biasa di plaza tol di lebuh raya yang mengambil bahagian (imbas pada pembaca kad atau dengan SmartTAG)
Langkah 5: Kadar tol akan dipotong terus dari eWallet anda.
Paydirect ini hanya tersedia di Lembah klang Pulau Pinang dan Johor.
Maklumat lanjut boleh rujuk di pautan ini: https://www.tngdigital.com.my/paydirect.
Kad Touch N Go (NFC)
Kad NFC ini merupakan Kad Touch ‘n Go yang dinaik taraf dilengkapi dengan teknologi NFC untuk membolehkan tambah nilai melalui Touch ‘n Go eWallet, membolehkan anda tambah nilai dengan mudah di mana sahaja anda berada, bila-bila masa yang anda mahukan.
Cara link Kad Touch ‘n Go NFC dengan TNG eWallet
Berikut adalah cara untuk membuat pautan:
- Klik pada ikon TNG Card di skrin utama.
- Kemudian, klik pada butang Add Card atau simbol ‘+’ pada sudut atas sebelah kanan.
- Sahkan akaun Touch n’ Go eWallet anda jika anda belum melengkapkan eKYC.
- Imbas kad TNG dinaik taraf anda di bahagian belakang telefon anda dan pastikan sentuhan permukaan yang rapat.
- Setelah berjaya, Nombor Siri 10-digit anda akan diisi secara automatik. Sahkan Nombor Siri 10-digit yang diisikan dalam aplikasi adalah seperti yang dicetak pada kad anda.
- Isikan medan ‘Preferred Card Name’.
- Tekan butang ‘Add’.
- Masukkan PIN eWallet Touch ’n Go 6-digit anda dan anda kini bersedia untuk menggunakan kad TNG dinaik taraf.
NOTA: Anda boleh memautkan sebanyak 5 Kad TNG di dalam Touch ’n Go eWallet anda.
Untuk tutorial lebih jelas:
Cara Daftar dan beli kad Kad Touch ‘n Go NFC
Harga kad yang telah di tetapkan adalah adalah sebanyak RM10.00
NOTA: Sila ambil perhatian bahawa untuk kad yang dibeli melalui Touch ’n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas), caj kurier tambahan akan ditanggung oleh pembeli
Pembelian kad boleh di buat melalui online dan offline (kedai fizikal)
1.Pembelian Online Melalui Touch n Go eWallet
Pembelian boleh dilakukan melalui langkah berikut:
- Klik pada ikon TNG Card.
- Klik Order Touch ‘n Go Card/ Check status di bahagian bawah skrin.
- Klik Order Now.
- Pilih kuantiti pesanan dan klik Buy Now.
- Masukkan maklumat penghantaran dan selesaikan bayaran untuk pesanan
Nota Tambahan:
Boleh juga dapatkan:
Shopee: https://shope.ee/8A356FVrwf
Lazada : https://c.lazada.com.my/t/c.cGkW1u
2.Pembelian di kedai yang berdaftar
Pembelian kad TNG yang dinaik taraf boleh didapati di kedai / stesen minyak yang terlibat.Berkut kedai-kedai berdaftar yang menjual kad tersebut:
https://www.touchngo.com.my/consumer/toll/card/enhance-card-outlet/
Cara Tambah Nilai/Top Up Kad Touch N Go NFC melalui Online
Setiap kad TNG yang dinaik taraf tidak mempunyai nilai mata wang semasa dibeli. Anda boleh memilih untuk menambah nilai kad TNG anda melalui Touch n’ Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas) atau di mana-mana operator bertauliah yang dilantik oleh TNGSB di seluruh Semenanjung Malaysia. Klik di sini untuk senarai penuh lokasi untuk menambah nilai.
Langkah-langkah untuk menambah nilai menggunakan:
i) Touch n’ Go eWallet: Sila ikut arahan pada Touch n’ Go eWallet anda untuk menambah nilai kad anda dengan mudah.
Langkah 1: Klik pada ikon TNG Card pada halaman utama Touch n’ Go eWallet
Langkah 2: Pilih kad yang mempunyai ciri “Near Field Communication” (NFC) yang anda ingin menambah nilai. Ikon NFC pada imej kad akan berwarna biru jikalau kad yang dipilih mempunyai ciri NFC. Klik butang Reload
Langkah 3: Imbas kad TNG dinaik taraf anda di bahagian belakang telefon anda dan pastikan sentuhan permukaan yang rapat. Untuk iPhone, imbas kad pada bahagian atas muka belakang telefon sebelah kamera, manakala untuk Android, imbas di bahagian tengah muka belakang telefon. Proses ini mungkin memerlukan beberapa percubaan bergantung pada telefon bimbit anda. Untuk pengalaman pengguna yang terbaik, sila semak dengan pengeluar model telefon bimbit anda untuk mengetahui peletakan pembaca NFC pada peranti anda
Langkah 4: Enter your preferred amount. Nyatakan jumlah yang anda ingin tambah kepada kad anda. Had maksima setiap transaksi tambah nilai melalui eWallet adalah RM500
Langkah 5: Benarkan pembayaran dengan memasukkan PIN 6-digit Touch n’ Go eWallet anda
Langkah 6: Anda akan disuruh untuk mengimbas kad anda di bahagian belakang telefon bimbit mudah alih sekali lagi
Langkah 7: Jika operasi tambah nilai anda berjaya, anda akan lihat skrin Reload Successful. Jikalau operasi tambah nilai anda gagal, anda akan lihat skrin Reload Unsuccessful. Jikalau operasi tambah nilai anda masih “in progress”, anda akan lihat skrin Hold On, reload is Pending!
Langkah 8: Untuk mengesahkan baki kad selepas melengkapkan operasi tambah nilai, sila teruskan dengan menyemak baki kad dengan mengetik ikon NFC pada imej kad dan ikut arahan pada skrin anda
Nota: Pastikan telefon bimbit anda mempunyai ciri NFC dan ia telah diaktifkan dalam Settings anda. Bagi pengguna iOS, NFC dibolehkan secara automatic.
ii) Tambah nilai melalui SSK/Terminals/Mesin ATM or operator bertauliah lantikkan TNGSB seperti tambah nilai untuk kad TNG card yang sedia ada
Sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi dalam kad TNG anda sebelum menggunakannya bagi menikmati pengalaman yang lancar.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi melalui saluran berikut:
Layari Facebook atau Twitter @MyTouchnGo.