Daftar BigPay eWallet adalah satu kemestian kepada mereka yang suka membuat transaksi tanpa tunai atau cashless.eWallet sudah menjadi kewajiban bagi mereka yang suka berbelanja online dimana memudahkan ramai orang berbelanja tanpa perlu mengeluarkan wang dari mesin ATM.
BigPay merupakan penyedia e-wallet yang menawarkan pembayaran secara online serta offline melalui kad BigPay. Selain itu, BigPay juga membolehkan pengguna membuat pertukaran wang asing tanpa dikenakan caj fee.
Apakah BigPay eWallet?
BigPay merupakan eWallet dan juga kad debit Prepaid Mastercard dalam bentuk Prepaid yang di perkenalkan oleh AirAsia. Tujuan penciptaan kad BigPay ini adalah bagi menyokong perbelanjaan dan pembayaran tunai secara tanpa sentuh iaitu “cashless”.
Jika anda menggunakan BigPay anda akan mendapat prepaid Mastercard dan eWallet.
Syarat Pendaftaran
Untuk mendaftar anda perlu berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia.
Untuk syarat pendaftaran,anda memerlukan RM20 sebagai syarat daftar.Namun wang anda akan di kembalikan semula ke dalam akaun BigPay dan tiada caj yang di kenakan
Cara daftar BigPay eWallet
Sebelum anda daftar,anda perlu muat turun aplikasi tersebut di :
Setelah anda muat turun,anda boleh ikuti langkah berikut:
- Tekan butang Sign Up.
- Untuk meneruskan proses dan cara daftar BigPay ini, sila pilih negara tempat tinggal anda, sama ada di Malaysia atau di Singapura.
- Pada ruangan No Telefon, pilih kod negara untuk nombor telefon anda. Sekiranya anda adalah warganegara Malaysia, pilih +60.
- Tekan butang Send Code, masukkan kod yang anda dapat tersebut di ruangan di bawah Enter your OTP.
- Seterusnya, anda dikehendaki untuk mencipta Passcode sebagai langkah keselamatan akaun anda dan sahkan sekali lagi passcode anda.
- Tick pada terma & syarat akan tertera. Tekan link Terms and Conditions of the BigPay Card Sekiranya anda ingin membaca
- Kemudian, tekan butang I accept untuk teruskan proses daftar BigPay.
- Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu anda isikan seperti:
- Full Name – masukkan nama penuh anda, sama seperti yang tertera pada MyKad anda.
- Email Address – masukkan emel anda yang aktif.
- Date of Birth – Pilih tarikh lahir anda.
- Gender – pilih jantina anda
- Nationality, pilih kewarganegaraan anda.
- NRIC Number – masukkan nombor kad pengenalan anda yang baru (nombor MyKad).
- Occupation – pilih pekerjaan anda.
- Pada ruangan Industry – pilih bidang pekerjaan anda.
- Setelah lengkap semuanya, klik Next.
- Akan keluar mesej tertera Verification in progress. Sistem sedang memproses pendaftaran anda, dan akan mengambil masa sehingga 48 jam.
- Setelah pendaftaran anda diluluskan, anda perlu memasukkan RM20 ke dalam akaun anda ini. Anda boleh melakukannya secara online banking.
- Kemudian, tunggu kad BigPay untuk tiba ke alamat anda secara pos.
- Ikuti prosedur seterusnya untuk mengaktifkan kad anda. Proses pendaftaran BigPay anda akan selesai.
NOTA: Kad prepaid Mastercard BigPay akan dihantar dalam proses 5-7 hari selepas membuat pendaftaran.
Apabila menerima Kad tersebut,anda perlu aktifkan kad tersebut dengan membuka Aplikasi BigPay dan masukkan No CCV di belakang kad anda.Selesai kad anda telah di aktifkan
Fungi BigPay eWallet
Berikut merupakan fungsi yang terdapat di dalam eWallet ini:
- Minta bayaran daripada pengguna BigPay lain
- Hantar duit dengan pengguna BigPay yang lain
- Share bayar bil atau bayaran lain dengan kawan-kawan
- Buat atau minta bayaran menggunakan QR Code
- Transfer duit dari akaun BigPay ke bank tempatan
- Transfer/hantar duit ke bank luar negara
- Bayar bil elektrik, air, telefon postpaid, astro
- Bayar Loan Courts Mammoth
- Hantar Ang Pao dengan pengguna BigPay lain
Kelebihan yang terdapat di eWallet ini ialah:
- Pengesan perbelanjaan mudah secara terus dalam aplikasi.
- Jimat setiap kali anda berbelanja dengan Stashes.
- Bayar dengan kad Visa fizikal dan maya atau buat pembayaran DuitNow QR di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia
- Pengiriman wang antarabangsa dengan pantas, selamat dan berpatutan.
- Pembayaran bil yang lancar dan tambah nilai mudah alih prabayar hanya dengan beberapa klik.
- Pemindahan wang segera kepada rakan di BigPay atau bank tempatan lain melalui DuitNow.
Cara Topup/Tambah Nilai BigPay eWallet
Boleh ikuti langkah di bawah jika anda ingin membuat transaksi tambah nilai:
- Buka aplikasi BigPay dan pilih Tambah Nilai.
- Masukkan amaun yang ingin anda tambahkan pada akaun BigPay anda.
- Pilih kaedah pembayaran – sama ada pindahan bank atau kad.
- Tunggu dan ikut langkah demi langkah sehingga pembayaran selesai.
- Selesai
Boleh juga baca:
Login Touch ‘N Go EWallet:Pengaktifan,Tambah Nilai dan Kad NFC
Cara wihdraw duit dari BigPay eWallet
Sebenarnya di dalam eWallet ini sudah tersedia fungsi DuitNow, selain boleh hantar duit ke akaun sendiri, anda juga boleh withdraw duit di dalam BigPay anda dengan transfer ke akaun Bank Anda
Boleh ikuti cara di bawah:
- Di aplikasi BigPay dan pada bahagian Payments. Klik DuitNow Transfer
- Create atau klik New DuitNow Transfer dan pilih Account Number beserta jumlah wang yang anda ingin keluarkan (minima RM1.00)
- Paparan berikutnya,masukkan maklumat nama bank berserta nombor akaun. kemudian,klik Next
- Sebelum membuat pengesahan, semak maklumat terlebih dahulu. dah ok, klik Send
Automatik duit tadi akan masuk ke akaun bank milik anda.Boleh la anda withdraw macam biasa guna kad ATM Anda
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran di bawah:
- Laman Rasmi: https://bigpayme.com/
- Email: support.my@bigpayme.com