MySTEP Guru Ganti:Permohonan dan Borang Online

MySTEP Guru Ganti merupakan merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di kementerian pendidikan.

Mesti ramai yang berminat nak jadi cikgu sementara namun masih tercari cara untuk membuat permohonan guru ganti online.Biasanya terdapat beberapa iklan jawatan kosong guru ganti sepanjang tahun oleh beberapa buah sekolah KPM di Malaysia di bawah seliaan MySTEP.

Segala permohonan MySTEP Guru Ganti biasanya di buat di laman rasmi majikan seperti yang di nyatakan di dalam iklan tersebut

Apakah Guru Ganti?

Guru Ganti merupakan seseorang yang tidak terlatih sebagai guru yang di tempatkan di sesebuah sekolah bagi mengisi kekosongan sementara guru tetap disebabkan cuti bersalin, cuti sakit, cuti mengerjakan haji, berkursus atau lain-lain hal yang dibenarkan.

Khidmat guru ganti biasanya akan tamat apabila guru tetap yang berkenaan kembali bertugas selepas habis kursus atau tamat tempoh bercuti.

Tugas Guru Ganti

Di bawah adalah senarai tugas Guru Ganti:

  • Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap
  • Menyediakan buku persediaan mengajar dan rekod pelajar yang diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan
  • Terlibat dengan Aktiviti ko-kurikulum
  • Serta lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah

Hanya Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) layak melantik guru ganti yang diperlukan bagi sesebuah sekolah.

Segala urusan gaji turut di bawah bidang kuasa PPD, bukan KPM

Boleh juga baca:
Cara Mohon kerja Bomba
Cara Mohon Kerja JPJ

Apakah MySTEP?

Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik.

Inisiatif MySTEP ini disediakan khusus buat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik dalam usaha Kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja di Malaysia.

Tempoh Kontrak MyStep

Biasanya Kontrak di tetapkan ialah:

  1. Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan
  2. Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 31 Disember pada tahun tersebut (Bagi Sektor Awam)

Syarat permohonan MySTEP Guru Ganti

Berikut adalah syarat permohonan yang diperlukan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Sihat tubuh badan dan tidak cacat pancaindera.
  • Berumur antara 18 – 30 tahun (Bukan Siswazah) atau 18 – 35 tahun (Siswazah).
  • Sekurang-kurangnya Kepujian dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM.
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Pendidikan Islam: Kepujian Bahasa Arab (SPM) / Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi / IV Senawi.
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Cina: Kepujian Bahasa Cina (SPM).
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Tamil: Kepujian Bahasa Tamil (SPM).
  • Keutamaan kepada pemegang ijazah dalam pendidikan

Cara Mohon Guru Ganti Manual dan Online

Untuk permohonan melalui borang Manual,anda perlu ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berkenaan yang memerlukan guru ganti melalui iklan yang di hebahkan.

Hanya Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) layak melantik guru ganti yang diperlukan bagi sesebuah sekolah

  1. Isi borang yang diberikan di PPD.
  2. Dokumen yang penting perlu di bawa ialah gambar berukuran passport – salinan kad pengenalan dan sijil spm/degree- sijil original spm/degree.
  3. Kepilkan bersama borang beserta salinan sijil anda yang telah disahkan dan hantar ke PPD.
  4. Tunggu panggilan dari PPD memaklumkan anda layak menjadi seorang Guru Ganti di sekolah yang telah ditetapkan.

Manakala melalui permohonan online anda boleh mengisi melalui laman rasmi MyStep di pautan berikut: https://mystep.mof.gov.my/

Jawatan Kosong Terkini

Akan di kemaskini jika ada kekosongan jawatan melalui iklan terbaru

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan permohonan guru ganti,boleh rujuk melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berdekatan anda ATAU

Boleh mendaftar di laman rasmi MySTEP untuk mendapatkan maklumat dan update terkini kekosongan di MyStep bagi negeri-negeri dan daerah berdekatan anda

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via