e-Tunai Belia Rahmah Bila Masuk dan Cara Mohon e-wallet 2023

Estimated reading time: 3 minutes

e-Tunai Belia Rahmah merupakan bantuan dalam bentuk e-wallet berjumlah RM200 dan RM100 kepada golongan belia yang berusia 18-20 tahun bermula pada tahun 2023

Perkara ini dibentangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, pada 24 Februari 2022 (Jumaat) dalam sidang Dewan Rakyat.

Terbaru, bantuan e-tunai Belia Rahmah telah diperluaskan kepada SEMUA MAHASISWA yang berkelayakan, dan tidak terhad kepada mahasiswa berusia 18 hingga 20 tahun.

Apa itu e-Tunai Belia Rahmah?

Merupakan satu inisiatif bantuan kepada golongan belia dalam bentuk e-wallet berjumalah RM200

Kerajaan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta yang akan memberi manfaat kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun.

Kerajaan berharap golongan belia yang menerima manfaat daripada program ini dapat menggunakan sebaiknya melalui pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran.

Cara Tebus dan Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan yang telah ditetapkan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18-20 tahun pada 2023; atau berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan di Malaysia*

*Nota: Institusi pendidikan di Malaysia Pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk:

  • Kolej Komuniti
  • Politeknik
  • Universiti Awam (UA)/Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
  • Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
  • Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6
  • Senior Middle 3
  • Sijil Tinggi Agama (STAM)
  • Diploma Kolej Vokasional
  • Diploma dan setara institusi TVET
  • Pengajian Asas (Foundation)/Asasi
  • A-Level
  • International Baccalaureate Diploma
  • Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma
  • Diploma Lanjutan
  • Sarjana Muda dan setaraf
  • Sarjana dan setaraf
  • Doktor Falsafah dan setaraf
  • Kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia

Boleh rujuk siaran media di bawah:

siaran media ewallet rahmah
siaran media ewallet rahmah

Untuk membuat penebusan,belia warganegara yang layak boleh memohon dan membuat tebusan melalui aplikasi berikut:

  1. Boost
  2. Touch n Go
  3. Setel

Tempoh penebusan bermula dari 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023

Cara Penebusan adalah seperti di bawah:

1.Boost

  • Pastikan anda verify akaun eBelia Boost anda sekarang dan siap sedia untuk nikmati pelbagai tawaran yang hebat!
  • Untuk penebusan eBelia melalui aplikasi ewallet Boost, sila klik butang ‘Claim Now’ seperti yang tertera dalam paparan gambar di bawah:

ebeliarahmahboost

2.Touch n Go

Untuk cara Penebusan yang lebih jelas,boleh lihat video tutorial di bawah:

3.Setel

Jangan lupa untuk semak kriteria kelayakan, sahkan akaun Setel melalui e-KYC untuk memohon insentif eBelia Rahmah dan nikmati tawaran ganjaran hebat yang bakal menjadi milik anda.

Tag kawan-kawan untuk Setel semua dengan kami! Kongsi kod rujukan anda dengan rakan, dan anda berdua akan menerima Kredit Setel RM7 setelah selesai pendaftaran dan berbelanja mininum RM30.

*Tertakluk pada T&S

ebeliarahmahSETEL

Jumlah Bantuan

Bantuan e-wallet yang di berikan adalah sebanyak RM 200 berbanding RM150 untuk e-pemula tahun lepas

Tarikh Permohonan & Bila Masuk

Bantuan e-Tunai Rahmah boleh di tebus bermula 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023

Polisi penebusan bergantung kepada penyedia perkhidmatan e-dompet berkenaan

Aplikasi e-wallet yang terlibat

Berikut adalah aplikasi yang terlibat:

  1. Boost; 
  2. Setel; 
  3. Touch ‘n Go eWallet;

Menarik,kepada pengguna Touch ‘n Go eWallet anda boleh boleh login & verify eWallet untuk tebus kredit eBeliaRahmah RM200 & baucar-baucar ganjaran pada 26 Jun 2023 nanti

Rujuk disini:https://support.tngdigital.com.my/hc/ms-my/sections/900001095086-Pengesahan-Akaun-eKYC-

Lebih jelas melalui youtube: https://youtu.be/G8g0tH21XJA

Bolej juga baca,bantuan lain yang di umumkan :

 Boleh baca : Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan,boleh rujuk saluran di bawah:

Portal Belanjawan 2023

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via