Had Limit Maybank2u merupakan peraturan di buat oleh maybank untuk keselamatan dan kemudahan bagi pengguna mereka untuk membuat transaksi.Setiap bank biasanya mempunyai peraturan mereka sendiri bagi transaksi dan kemudahan yang di sediakan.
Maybank2u sememangnya sebuah perbankan online Maybank yang banyak menyediakan kemudahan transaksi yang pelbagai selagi ada capaian internet.Melalui perbankan ini,penggunakan boleh:
- Pindahan wang ke akaun pihak ketiga
- Pembayaran bil
- Periksa baki akaun semasa dan akaun simpanan
- dan pelbagai transaksi lain
Had Limit Maybank2u
Pemindahan wang secara online biasanya ada hadnya untuk keselamatan transaksi tersebut.Secara umumnya ini adalah default had limit pemindahan yang di benarkan namun anda boleh mengubahnya.Berikut limit yang dibenarkan:
- Pindahan wang ke akaun pihak ketiga – RM3,000
- Pindahan wang antara Bank GIRO – RM3,000
- Pindahan wang antara bank Segera – RM3,000
- Pindahan Telegrafik Asing – RM10,000
- Pindahan DuitNow – RM3,000
Sekiranya anda merasakan transaksi yang ada ingin buat melebihi dari default limit ini,anda boleh ubah jumlahnya dengan membuat penukaran limit.Walau bagaimanapun, Anda boleh mengubah had hingga RM30,000.
Anda juga boleh baca: Cara Daftar Dan Guna Maybank Secure2u
Cara tukar Transfer Limit melalui Laman Web Mayban2u
Untuk membuat penukaran limit,anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah:
- Pergi ke pautan Maybank2u di Maybank2u.com.my
- Log In ke akaun anda
- Di bahagian pada menu, klik pada Settings
- Kliik di bahgian Pay & Transfer
- Klik di bahgian Transfer Limit
- Klik pada ikon pensel untuk menukar limit transaksi.
- Klik butang Save Changes
- Tunggu sehingga dapat kod nombor TAC melalui SMS
- Masukkan kod nombor TAC
- Klik butang Confirm.Selesai
Untuk lebih mudah faham,boleh rujuk video di bawah:
Jika anda ingin menggunakan telefon,boleh ikuti langkah ini:
- Masuk laman Maybank2u di telefon anda
- Kemudian,Log masuk.
- Klik simbol Profile di sebelah kanan atas.
- Klik bahagian Settings dan pada dropdown pilih Pay & Transfer.
- Pada dropdown dan pilih Transfer Limit.
- Default limit iaitu RM0.00 yang bermaksud transfer limit adalah RM1,000
- Klik icon pensel untuk tukar limit yang Anda mahukan
- Klik Save Changes dan request kod TAC.
- Masukkan kod TAC dan tekan Confirm.Selesai
Nota: Jika anda guna telefon dan cuba membuat penukaran tapi butang settings tak jumpa, kenalah jugak buka maybank2u melalui komputer atau laptop anda.
Buat masa sekarang,aplikasi Maybank2u tidak ada fungsi penukaran limit.
Anda mungkin berminat: Login MAE Maybank :Cara Guna,Bayar Dan Semakan Perbelanjaan
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh rujuk melalui pautan berikut: