Cara daftar dan guna Maybank Secure2u

0 156

Daftar Maybank Secure2u.Sebelum ini, Maybank2u menggunakan tac yang dihantar melalui SMS sebelum sesuatu transaksi dapat diteruskan. Namun, Maybank telah membawa perubahan yang lebih baik dalam perkhidmatan online yang disediakan iaitu penggunaan Secure2u yang menggantikan penggunaan tac.Maybank mengumumkan bahawa tiada lagi SMS TAC bakal dihantar ke telefon pengguna untuk sebarang transaksi Maybank2u

Secure2u merupakan ciri – ciri keselamatan berbentuk digital yang lebih pantas berbanding SMS tac yang kadang – kala mengambil masa yang agak lama. 

Kelebihan menggunakan perkhidmatan ini

  1. Pengguna boleh buat transaksi melibatkan pembayaran bil melalui Maybank2u di samping untuk transaksi IBG serta transaksi sehingga RM5,000 ke atas ke akaun lain
  2. Menyediakan keselamatan perbankan dalam talian yang lebih baik
  3. Cara yang lebih selamat dan lebih mudah untuk mengesahkan transaksi
  4. Pengesahan transaksi menggunakan Secure Verfiction (Pengesahan Selamat) atau Secure TAC (nombor TAC) enam digit yang dihasilkan pada aplikasi mudah alih Maybank2u)

Untuk pengesahan transaksi:

Secure Verfiction (Pengesahan Selamat) membolehkan pengguna menyetujui atau menolak transaksi dalam talian menggunakan peranti mereka setelah pemberitahuan mengenai transaksi dihantar ke telefon mereka

Secure TAC membolehkan pengguna meluluskan transaksi dalam talian di laman web Maybank2u dengan memasukkan nombor TAC enam digit dari aplikasi

Boleh juga baca: Cara Buka Akaun Semasa Maybank Dengan Deposit RM500 Tanpa SSM

Cara daftar Maybank Secure2u

Berikut disertakan panduan bergambar cara untuk mendaftar:

  1. Download aplikasi Maybank2u MY melalui pautan berikut:
cara guna Maybank Secure2u

2.Buka aplikasi tersebut dan pilih Secure2u yang terletak di bahagian bawah bucu kanan

daftar Maybank Secure2u

3.Anda boleh membaca info Secure2u yang dipaparkan.Klik butang NEXT untuk meneruskan, maklumat tambahan mengenai Secure2u akan dipaparkan

donwload aplikasi maybank2u

4.Baca maklumat tambahan tentang secure verification dan secure TAC, klik Register

download dan guna aplikasi maybank2u

5.Jika anda sudah memiliki akaun Maybank2u, sila login menggunakan akaun itu, klik Proceed

guna Maybank Secure2u

6.Sila sahkan nombor telefon yang digunakan untuk OTP/TAC

buat transaksi mybank2u

7.Tunggu beberapa saat, pihak maybank2u akan hantar SMS yang berisi kod registration.Masukkan kod/PIN on time password yang anda terima.

transaksi maybank2u

8.Selesai, anda boleh menggunakan perkhidmatan itu

Makluman: Jika anda mempunyai no baru utk di gunakan di Maybank2u anda,anda boleh pergi ke cawangan maybank terdekat atau hubungi khidmat pelanggan mereka untuk membuat proses pertukaran No Baru.

Cara untuk selesaikan masalah Secure2u Maybank

Sekiranya anda telah menerima makluman tentang Secure2u namun selepas membukanya didapati ia hanya skrin kosong, lakukan beberapa langkah seperti di bawah :

  • Pergi ke menu Settingstelefon pintar anda dan cari Maybank App
  • Pilih menu Storage dan klik butang Clear Data
  • Kemudian, buka aplikasi Maybank dan masukkan butiran anda
  • Setelah selesai, klik menu dan daftar untuk Secure2u

Sekiranya tidak menerima push mesej dari App Maybank, lakukan langkah – langkah seperti di bawah :

  1. Pengguna telefon Android:
  • Pergi ke menu Settings telefon pintar Anda
  • Pilih Apps dan buat carian App Maybank
  • Klik butang Notifications
  • Tekan butang ON atau Enable
  1. Pengguna telefon iOS:
  • Pergi ke menu Settings telefon pintar Anda
  • Buat carian App Maybank
  • Klik butang Notifications dan pilih Allow Notificatio

Penggunaan Maybank2u menjadi lebih mudah dan pantas dengan ada sistem terbaru ini.Anda hanya perlu tekan butang Approve pada skrin untuk meneruskan transaksi.Pelbagai kemudahan juga yang disediakan di platform dan sistem baru ini.

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More