Ahli Bomba:Syarat,tugas dan kelayakan Permohonan

Estimated reading time: 4 minutes

Ahli Bomba merupakan mereka yang terlibat memberi bantuan ketika berlaku kebakaran,kecemasan dan sebagainya .Mereka juga memainkan peranan penting dalam proses pencegahan kebakaran.

Sejarah Kerjaya Bomba

Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahun 1883 dengan penubuhan Bomba sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F.Bellamy bersama 15 anggota.

Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan dengan penyatuan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan pada 1hb januari 1976. Penyatuan ini meletakkan Perkhidmatan Bomba Malaysia di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini diikuti oleh perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka pada 1hb januari 1977. Pada 15hb Mei 1981, perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak telah disatukan.

Pada 8hb januari 1977, jemaah Menteri telah bersetuju dengan perubahan nama Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di mana pada 21hb Febuari 1997, YAB Perdana Menteri Malaysia dengan rasminya telah mengumumkan dan melancarkan pertukaran nama, logo dan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Genting Highlands.

Jenis Peranan/Tugas Ahli Bomba

Berikut adalah jenis tugas yang telah di tetapkan:

  • Penguasa bomba

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pengurusan am, pentadbiran dan kewangan, penyelidikan, perancangan, pembangunan, latihan, operasi melawan kebakaran, penguatkuasaan Akta 341 dan undang-undang lain serta peraturan yang berkaitan.

  • Penolong penguasa bomba

Bertanggungjawab mengetuai tugas-tugas operasi melawan kebakaran di ibu pejabat di peringkat negeri dan membantu di dalam tugas-tugas pengurusan am, penyelidikan perancangan pembangunan dan penguatkuasaan Akta 341 dan undang-undang lain yang berkaitan.

  • Pegawai bomba

Bertanggungjawab sebagai pegawai penjaga balai serta menguruskan pentadbiran harian balai serta bertanggungjawab memadamkan kebakaran semasa kebakaran dan menjalankan tugas-tugas menyelamat semasa menghadapi bencana-bencana kemalangan dan bencana-bencana alam yang lain.

Kelayakan untuk jadi Ahli Bomba

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan:

Pegawai Bomba Gred KB19 – Kelayakan SPM

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred KB19: RM1,360.00) atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred KB19: RM1,418.12) atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred KB19: RM1,476.24)

Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 – Kelayakan Diploma/ STPM/ STAM atau setaraf

  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KB29: RM1,814.00);atau
  • Diploma dalam bidang kejuruteraan atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KB29: RM1,889.09).

Penguasa Bomba Gred KB41 – Ijazah Sarjana Muda

  • Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    (Gaji Permulaan pada Gred KB41 :RM2,094.00); atau
  • ijazah sarjan muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi penhajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred KB41 : RM2,300.73); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred KB41 :RM2,404.51); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred KB41 :RM2,508.29); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred KB41 :RM2,612.07).

Anda juga boleh baca: Pembantu Penguatkuasa JPJ:Cara Memohon SPA9 Untuk Lepasan SPM

Kelayakan Fizikal

Bagi mereka yang ingin memohon menjadi ahli bomba,syarat fizikal adalah seperti berikut:

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar

Jika anda rasa anda sudah memenuhi kelayakan yang di nyatakan,anda boleh mohon secara online di SPA9 mengikut kelayakan anda.Permohonan adalah dibuka sepanjang masa.

Untuk panduan permohonan,boleh rujuk DISINI

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan desksripsi tugas,kelayakan boleh rujuk di saluran di bawah:

Laman web rasmi SPA http://www.spa.gov.my/

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via