Daftar PBeBank sekarang untuk memudahkan transaksi pembayaran dan pengeluaran serta pengurusan rekod simpanan duit masuk keluar di dalam akaun bank anda dengan mudah dan cepat
PBeBank atau ringkasnya PBe merupakan perkhidmatan Perbankan internet yang disediakan oleh pihak Public Bank untuk kemudahan pelanggan mereka.Perkhidmatan percuma ini diberikan kepada pelanggan mereka untuk melakukan pelbagai transaksi kewangan seperti pemindahan wang, bayaran bil dan sebagainya.
Syarat kelayakan Permohonan
Berikut adalah kelayakan untuk memohon kemudahan ini:
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
- Miliki mana-mana produk Public Bank berikut: –
- Akaun simpanan
- Akaun terkini
- Pinjaman atau Sewa Beli
- Kad kredit
Jika anda memenuhi syarat di atas,boleh memohon untuk menggunakan kemudahan yang disediakan
Cara daftar PBeBank Public Bank Online Banking
Terdapat 3 cara untuk daftar akaun online banking PBe Public Bank .Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pendaftran:
1.Daftar ID di kaunter
Cara daftar ini merupakan cara yang paling mudah tetapi konvensional namun biasanya mengambil masa lama kerana beratur dengan ramai orang.Berikut adalah cara daftar:
- Pergi ke mana-mana cawangan Public Bank.
- Maklumkan bahawa anda ingin mendaftar akaun PBe.
- Dapat Borang,isi borang permohonan ini selengkapnya
- Serahkan borang tersebut bersama dengan dokumen lain yang relevan pada kakitangan bertugas di kaunter untuk menyiapkan permohonan anda.
- Proses pendaftaran anda selesai. Anda akan mendapat ID dan password untuk login ke PBe
Anda boleh juga baca: Daftar Bank Islam Online Banking:Login Dan Pendaftaran
2.Pendaftaran ID di Mesin ATM Public Bank
Untuk pendaftaran di Mesin ATM,anda boleh ikuti langkah berikut:
- Pergi ke mana-mana mesin ATM berdekatan dengan anda
- Masukkan kad dan PIN nombor
- Pilih “Other Services”
- Pilih “Register Internet Banking”
- Akan keluar notis menyatakan bahawa pemegang akaun bersama perlu mendaftarkan akaun PBe di mana-mana cawangan Public Bank dan tidak sah melalui mesin ATM. Dinyatakan juga bahawa user ID buat anda yang ingin login pertama kali akan terpapar di slip yang akan tercetak di mesin ATM. Tekan butang PRESS TO CONTINUE.
- Masukkan nombor telefon untuk menerima nombor PAC untuk pengesahan
- Tetapkan password PBeBank anda
- Untuk penggunaan kali pertama, layari laman PBe di https://www.pbebank.com/ dan klik pada butang ” First Time”
3.Daftar Id di PBeBank Online (pbebank.com)
Layari website yang dinyatakan dan ikuti cara berikut:
- Layari https://www2.pbebank.com/
- Klik pada “Login” yang terletak pada penjuru atas bahagian kanan
- Pilih PBe
- Klik pada pautan “Register”
- Lengkapkan segala butiran yang dikehendaki sehingga anda selesai
Login pertama kali di PBeBank Online (pbebank.com)
Senang sahaja layari website yang di nyatakan dan ikuti cara berikut:
- Setelah anda masuk ke https://www2.pbebank.com/,Scroll pula ke bahagian kanan atas laman, dan tekan butang Login.
- Pilih PBe
- Anda akan dibawa ke laman seterusnya yang memerlukan anda untuk login buat kali pertama. Pada ruangan Login to PBe, masukkan ID yang anda dapat sebelum ini semasa daftar. Tekan butang Next.
- Masukkan password yang diberikan sebelum melalui pendaftaran sebelum ini dan LOGIN
- Seterusnya baca terma dan syarat dengan teliti. Setelah selesai, scroll ke bawah dan tekan butang Accept.
- Anda akan di bawa ke halaman seterusnya pada ruangan New User ID,cipta user id yang anda ingin guna dan pada ruangan New Password cipta password baru anda
- Di Ruangan Confirm New Password, Masukkan kembali password yang anda cipta tadi
- kemudian,di ruangan Memorable Question,Letak soalan yang anda biasa guna dan tahu.Ini bertujuan sebagai backup jika anda terlupa password atau id anda.
- Di ruangan Memorable Answer,letak jawapan untuk soalan tadi.
- Pada ruangan Personal Login Phrase,masukkan apa perkataan/phrasa yang anda ingin bagi tujuan pengesahan akaun anda.Jangan lupa plak phrasa yang anda letak.
- Untuk Email Address (Optional),letak email anda
- Kemudian Submit untuk login.Setelah login kali pertama,anda akan keluar secara automatik dari akaun anda setelah id anda berjaya dicipta
- Kemudian,Login semula mengikut id dan password yang anda cipta.Selesai!
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
Telefon: 603-2179 9999
Emel: customersupport@publicbank.com.my