Anda mempunyai Kad ATM Cimb Rosak Atau Tamat Tempoh(Expired)?Anda tidak perlu bimbang kerana,anda boleh membuat permohonan kad debit baru secara online.Mudah dan jimat masa tanpa beratur di kaunter.
Untuk mereka yang belum tahu,setiap kad ATM Debit mempunyai tarikh expired yang dipaparkan di depan kad ATM kita.Jika sudah sampai masa luput bagi kad itu,kad itu itu perlu ditukar dengan kad baru.
Bagi mereka yang tidak boleh membaharui kad secara online disebabkan kekangan line internet atau sebab tertentu,mereka boleh hadir ke cawangan CIMB terpilih yang dibuka pada hujung minggu
Baca juga: Daftar CIMB Clicks: Login Kali Pertama Dan Aktifkan Akaun
Jenis kad CIMB yang tidak boleh tukar Online
Berikut adalah kad CIMB rosak yang tidak boleh di tukar:
- Kad Master Debit CIMB PETRONAS
- CIMB MyDebit Mastercard (dahulunya dikenali sebagai CIMB Tesco Debit Mastercard)
- Kad Master Debit Pilihan CIMB
- Kad Master Debit Octo CIMB.
Anda juga boleh baca: Cara Tukar Kad ATM Maybank Rosak Atau Tamat Tempoh(Expired) Online
Cara tukar/ganti Kad ATM CIMB Rosak
Untuk makluman,pertukaran kad ini boleh di lakukan oleh pelanggan CIMB yang :
- Mempunyai Kad Debit CIMB yang telah tamat tempoh atau akan tamat tempoh dalam tempoh tiga (3) bulan akan datang;
- Sedang menetap di Malaysia; dan
- Mempunyai nombor mudah alih Malaysia yang sah berdaftar dengan CIMB.
Cara Tukar kad Cimb Tamat Tempoh(Expired) Online
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat penukaran kad CIMB secara Online:
- Layari laman web https://www.cimb.com.my/renewal
- Sila baca syarat-syarat dan fahamkan terma yang dinyatakan
- Isikan borang permohonan pada e-Form yang disediakan
- Masukkan nombor kad pengenalan (6 digit terakhir) dan nombor Kad Debit (4 digit terakhir). Kemudian tekan butang ‘PROCEED’
- Ikut arahan yang di berikan.Pastikan anda isi alamat terkini dan alamat tersebut adalah alamat di mana anda inginkan kad anda dihantar.
- Anda akan menerima Kad Debit CIMB anda dalam masa 14 hari bekerja (tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum).
Cara Tukar kad Cimb Tamat Tempoh Di Kaunter (Offline)
Kadang-kadang terdapat error bila anda membuat permohonan secara online di mana anda perlu juga hadirkan ke cawangan Cimb terdekat untuk renew kad anda.
Bukan semua orang mempunyai masa untuk datang ke Bank pada hari biasa kerana kekangan kerja.Oleh sebab itu,pihak CIMB telah mengeluarkan senarai cawangan CIMB Bank yang dibuka pada waktu weekend/hujung minggu untuk anda membuat urusan penukaran kad.
Berikut merupakan cawangan di buka pada hujung minggu:
Langkah-langkah Bila Sudah Terima Kad Baru
Apabila anda sudah menerima kad baru,anda boleh menggunakan Kad Debit CIMB sedia ada anda sehingga tarikh luput kad debit sedia ada anda.
Sebaik sahaja anda mengaktifkan kad debit yang diperbaharui, kad debit sedia ada anda tidak akan aktif lagi.
Anda dikehendaki segera memusnahkan kad debit sedia ada anda apabila mengaktifkan kad debit pembaharuan dengan memotongnya separuh merentasi jalur magnetik dan mikrocip.
Anda mesti mengaktifkan kad baharu di mana-mana Mesin Juruwang Automatik (“ATM”) dengan menggunakan kad debit 6 digit nombor pengenalan peribadi ATM (“PIN”) anda yang sedia ada dan melakukan transaksi ATM.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat Lanjut,boleh hubungi :
Laman Rasmi CIMB : https://www.cimb.com.my/en/personal/home.html
No telefon :03-6204 7788