Daftar Affin Bank Online sememangnya akan memudahkan urusan anda di mana urusan boleh di lakukan di hujung jari dan menjimatkan masa serta kos untuk pelanggan Bank Affin.Seperti yang anda tahu,transaksi perbankan kini menjadikan platform atas talian atau online sebagai penggerak untuk memudahkan urusan pelanggan.
Perbankan Online Affin Bank
Terdapat dua cara untuk anda guna Perbankan Online Affin Bank iaitu
- Melalui laman web rasmi Affin Bank di https://www.affinbank.com.my/
- Melalui aplikasi AffinSecure
Untuk menggunakan aplikasi AffinSecure,anda boleh muat turun di
- Play Store – Untuk pengguna Android
- App Store – Untuk pengguna iOS
Cara Daftar Affin Bank Online
Sebelum anda membuat pendaftaran,pastikan anda mempunyai akaun Bank Affin dahulu.Boleh datang ke cawangan yang berdekatan untuk buka akaun.
Terdapat 3 cara untuk daftar perbankan online Affin Bank iaitu
- Daftar secara online di Portal Rasmi Affin Bank
- Kaunter Khidmat Pelanggan
- ATM Bank Affin
Cara daftar online di Portal Affin Bank
- Layari Portal Rasmi Affin Bank di https://rib.affinonline.com/retail/
- Kemudian klik pada ‘First Time Login’ untuk mendaftar.
- Isi semua butiran yang diminta seperti:
- Card Type (Credit Card/Debit Card/Virtual Card)
- ID Type
- ID Number (Isikan Nombor Kad Pengenalan Anda)
- Card Pin (Nombor Pin Kad Affin Bank)
- Selesai mengisi kesemua butiran di atas dengan lengkap dan betul, klik pada ‘Request Tac’
Cara Daftar Melalui ATM
Untuk daftar di ATM,ikuti langkah di bawah:
- Pergi ke mesin ATM Affinn Bank terdekat
- Masukkan kad ATM dan pin
- Pada bahagian menu, pilih Transaksi Lain atau Other
- Pilih menu Daftar Perbankan
- Pilih Perbankan Internet
- Tekan Agree
- Masukkan kata nama (username) yang mahu digunakan
- Masukkan kata kunci (password)
Cara Daftar melalui Kaunter Khidmat Pelanggan
Untuk daftar akaun perbankan internet anda,anda boleh hadirkan diri ke cawangan yang berdekatan anda untuk daftar.
Untuk tujuan pengesahan,pastikan anda membawa kad pengenalan.
Carian yang berkaitan:
Cara Buka Akaun Hong Leong Bank Online dan login tanpa ke kaunter
DuitNow:Cara Daftar,Guna dan Senarai Bank
Cara login pertama kali Affin Bank Online
Setelah anda daftar dan aktifkan akaun anda,anda boleh login melalui langkah-langkah berikut:
- Layari laman web Affin Bank di pautan https://rib.affinonline.com/retail/
- Masukkan kata nama dan kata laluan
- Klik butang Login
Jika anda menggunakan aplikasi AffinSecure,anda boleh terus log in dengan masukkan kata nama dan kata laluan
Cara Aktifkan Semula Akaun Affin Bank
Bagi mereka yang ingin aktifkan semula akaun bank mereka yang dorman,boleh ikuti cara ini:
- Layari Portal Rasmi Affin Bank.
- Kemudian klik pada ‘First Time Login’ dan masukkan segala maklumat yang diminta seperti:
- Nombor Kad
- Jenis ID
- Kad Pin
- Selesai melengkapkan butiran di atas, klik pada ‘Mohon TAC’. Selang beberapa saat anda akan menerima nombor TAC yang dihantar pada telefon pintar anda. Masukkan nombor tersebut.
- Pilih Imej Sekuriti anda dan klik pada ‘Hantar’
- Lengkapkan Soalan & Jawapan Cabaran yang diberikan.
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi melalui saluran berikut:
- Customer Service No: 03-82302222
- Email: yourvoice@affinbank.com.my