Daftar Bank Islam Online dapat memudahkan anda membuat transaksi pembayaran secara online dan pada bila-bila masa sahaja.Selain itu anda dapat menjimatkan masa tanpa perlu ke bank yang berdekatan untuk menyelesaikan urusan anda.
Tambahan lagi,pelbagai ‘feature’ yang akan dapat jika daftar online banking Bank Islam.Anda dapat perincian transaksi akaun anda melalui :
- Rumusan Akaun
- E-Statement
- Pengurusan cek
- Sejarah Transaksi Perbankan Internet
Syarat Daftar Bank Islam Online
Syarat untuk daftar online banking Bank Islam ialah:
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Mempunyai akaun peribadi / akaun semasa yang berdaftar
- Jenis akaun adalah pemilik tunggal
- Mempunyai kad debit atau kad ATM Bank Islam
- Mempunyai nombor pin ATM yang telah diaktifkan
Carian yang berkaitan:
Cara cetak Penyata Bank Islam tanpa ke kaunter
Cara daftar dan Login
Untuk daftar boleh ikuti cara-cara berikut:
- Layari laman web rasmi Bank Islam di pautan https://www.bankislam.biz
- Klik butang “FIRST TIME USER”.
- Baca terma dan syarat yang dipaparkan dan tandakan (/) dalam kotak kecil.
- Klik pada butang ATM/Debit Card.
- Masukkan nombor Kad ATM / Kad Debit 16 digit dan nombor pin ATM anda.
- Cipta USER ID, Password dan lain-lain maklumat pada ruang yang tersedia.
- Semak dan sahkan maklumat anda dengan mengklik “Confirm”;
- Anda akan menerima notifikasi setelah selesai mendaftar Bank Islam Internet Banking.
Untuk penerangan lebih jelas,rujuk gambar di bawah:
1.Layari web rasmi Bank Islam melalui link berikut:
https://www.bankislam.biz

2.Klik Butang “FIRST TIME USER” dan baca terma & syarat serta tick di bahagian yang berkenaan.Selepas itu Klik continue.

3.Klik pada button ATM/Debit card seperti di bawah.

4.Masukkan No kad ATM 16 digit anda dan no pin anda di ruangan yang di sediakan

5.Isikan segala butiran dan maklumat yang di perlukan selengkapnya.

6.Buat User id dan password anda sendiri.Pastiakan anda tulis user id dan password anda untuk elakkan terlupa.
Kemudian anda boleh login terus dan semak segala transaksi yang berlaku di dalam akaun anda.
Boleh lihat versi video di bawah:
Cara daftar Aplikasi Bank Islam Banking(GO Bank Islam)
Bagi memudahkan pengguna menggunakan kemudahan online banking mereka,Bank Islam juga menyediakan Aplikasi telefon yang di kenali sebagai GO Bank Islam dan boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple IOS Store.
Berikut cara daftar aplikasi GO Bank Islam:
- Muat turun aplikasi GO Bank Islam
- Masukkan User ID dan password yang telah didaftarkan untuk internet banking (rujuk cara di atas)
- Masukkan kod IAC yang diterima melalui telefon bimbit anda.
- Selesai mendaftar, anda boleh login semula menggunakan kata laluan yang telah didaftarkan atau mengaktifkan cap jari di telefon bimbit anda.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,anda boleh hubungi melalui saluran berikut:
Laman Rasmi Bank Islam : https://www.bankislam.biz/
Phone No: +60326900900