DuitNow:Cara Daftar,Guna dan Senarai Bank

0 179

DuitNow merupakan perkhidmatan mudah dan selamat yang membolehkan pelanggan bank memindahkan wang secara serta-merta dan selamat dengan hanya menggunakan nombor telefon bimbit penerima. Ia telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan boleh digunakan di pelbagai bank-bank di Malaysia yang menyokong perkhidmatan ini.

Kini anda tidak perlu risau jika anda hantar wang ke rakan anda tapi tidak tahu nombor akaun dan bank mana yang di gunakan.Hanya dengan mengetahui nombor telefon penerima, anda boleh membuat penghantaran terus wang kepadanya akaunnya.

Cara daftar DuitNow

Pendaftaran DuitNow boleh di lakukan dengan:

  1. Log masuk ke dalam akaun bank anda dengan username dan kata laluan anda.
  2. Di bawah menu Fund Transfer,anda perlu pilih perkhidmatan DuitNow
  3. Anda hendaklah mendaftar id dengan membuat pautan No Telefon atau No Kad Pengenalan untuk menghubungkan akaun bank dan e-wallet anda.

Cara guna DuitNow untuk pemindahan wang

Berikut adalah cara-cara guna DuitNow:

  1. Log masuk ke dalam akaun bank anda dengan username dan kata laluan anda.
  2. Di bawah menu Fund Transfer,anda perlu pilih perkhidmatan DuitNow
  3. Untuk buat pemindahan,anda perlu masukkan nombor telefon bimbit penerima atau senarai senarai contact dalam telefon anda
  4. Anda hendaklah pilik akaun mana yang anda nak, namun kebiasaanya ia adalah default di mana nombor akaun simpanan akan dipaparkan secara terus.
  5. Masukkan nilai wang ( contoh Rm50 ) untuk membuat pemindahan
  6. Tekan butang Transfer Money
  7. Skrin akan memaparkan maklumat penerima untuk anda membuat pengesahan
  8. Klik butang Approved sekiranya maklumat penerima adalah betul dan tepat
  9. Pindahan wang akan dilakukan serta merta dan setelah berjaya dipindahkan
  10. Anda akan juga akan menerima SMS dari pihak bank yang menyatakan pindahan wang telah berjaya dilakukan

Senarai bank yang terlibat

Berikut adalah senarai bank yang terlibat di dalam perkhidmatan DuitNow:

  1. Ambank (M) Berhad
  2. Bank Islam Malaysia Berhad
  3. Bank of China (Malaysia) Berhad
  4. BNP Paribas Malaysia Berhad
  5. CIMB Bank Berhad
  6. Citibank Berhad
  7. Hong Leong Bank Berhad
  8. HSBC Bank Malaysia Berhad
  9. Malayan Banking Berhad (Maybank)
  10. OCBC Bank (Malaysia) Berhad
  11. Public Bank Berhad
  12. RHB Bank Berhad
  13. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
  14. United Overseas Bank (Malaysia) Berhad

Dan berikut adalah bank yang sedang siapkan sistem mereka untuk menyokong DuitNow:

  1. Ambank (M) Berhad
  2. Bank Islam Malaysia Berhad
  3. Bank of China (Malaysia) Berhad
  4. BNP Paribas Malaysia Berhad
  5. CIMB Bank Berhad
  6. Citibank Berhad
  7. Hong Leong Bank Berhad
  8. HSBC Bank Malaysia Berhad
  9. Malayan Banking Berhad (Maybank)
  10. OCBC Bank (Malaysia) Berhad
  11. Public Bank Berhad
  12. RHB Bank Berhad
  13. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
  14. United Overseas Bank (Malaysia) Berhad

Perkhidmatan DuitNow juga menyokong penggunaan e-wallet .

Boleh juga baca: Cara Semak Baki Pinjaman Kereta Maybank

Makluman:

Sekiranya nombor MyKad atau nombor telefon yang anda masukkan tidak ada di dalam sistem atau pautan ke akaun bank penerima,pengirim wang akan menerima mesej makluman bahawa penerima tidak wujud dan proses pindahan yang anda ingin lakukan tidak dapat diteruskan.

Biasanya,setiap nombor MyKad atau nombor telefon hanya boleh dipautkan kepada satu akaun bank sahaja.

Sekiranya anda sudah berdaftar tetapi , ingin gunakan nombor telefon atau nombor MyKad untuk akaun bank lain, maka anda hendaklah deactivate akaun sebelum itu dan barulah boleh daftar bagi akaun baru.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran di bawah:

Laman Rasmi: https://www.duitnow.my/

Phone: 03-2264 8600

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More