Cara Aktfikan Akaun Tabung Haji tidak Aktif(Lebih 7 Tahun)

0 57

Akaun Tabung Haji tidak Aktif terjadi apabila Pendeposit Tabung Haji (TH) tidak melakukan sebarang transaksi melebihi 7 tahun atau berstatus dorman.

Walaubagaimanapun, simpanan yang terdapat di dalam akaun dorman masih boleh dituntut dan dibayar kepada pendeposit apabila akaun mereka diaktifkan semula.

Pendeposit Tabung Haji (TH) yang tidak aktif selama tujuh tahun diingatkan supaya melakukan transaksi bagi mengelak akaun mereka dibekukan. Lembaga TH dalam kenyataannya berkata, mana-mana pendeposit yang tidak melakukan sebarang transaksi lebih tujuh tahun akan dikategorikan sebagai akaun dorman atau tidak aktif.

Maksud Akaun Tabung Haji Dorman

Jika akaun simpanan Tabung Haji anda tidak aktif melebihi tempoh 7 tahun, akaun anda akan menjadi akaun dorman.

Namun begitu, sekiranya pendeposit ada membuat pendaftaran haji akaun tersebut akan kekal aktif walaupun tiada sebarang transaksi dilakukan melebihi tujuh (7) tahun.

Semakan status akaun boleh dibuat melalui Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03 62071919 atau hadir terus ke Cawangan TH.

Akaun tabung haji dorman

Cara Aktifkan semula Akaun Tabung Haji yang tidak aktif

Berikut adalah cara untuk aktifkan balik akaun:

  1. Hadir ke mana-mana pejabat cawangan TH.
  2. Bawa bersama kad pengenalan anda.
  3. Pendeposit perlu membuka akaun baru.
  4. Wang simpanan dari akaun tidak aktif akan dipindahkan ke akaun baru.

Anda perlu memastikan Akaun Tabung Haji anda berstatus aktif supaya dapat terus menikmati manfaat menyimpan di TH seperti, simpanan dijamin kerajaan, mendapat agihan keuntungan, zakat dibayar, patuh syariah, dikecualikan cukai dan berpeluang menyertai kempen simpan, daftar dan menang.

Anda juga boleh baca: Cara Tukar Status Akaun Tabung Haji (TH) Kanak-Kanak Ke Dewasa

status-akaun-tabung-haji

Cara untuk elak dari Akaun Tabung Haji menjadi dorman

Anda boleh mengelakkan dari akaun tidak menjadi dorman dengan

melakukan sekurang-kurangnya satu transaksi atau pengeluaran wang dalam tempoh 7 tahun berturut-turut.

Transaksi boleh dilakukan melalui saluran berikut:

  1. Kaunter Tabung Haji
  2. Uniteller
  3. Mesin ATM / CDM
  4. Perbankan internet

Anda juga boleh baca : Daftar THiJARI:Permohonan Dan Semakan Akaun Tabung Haji Online

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More