Tukar Nama Kenderaan kereta atau Motosikal tidak lah susah seperti yang diperkatakan.Tambahan lagi jika anda anda membeli kereta yang terpakai,ramai akan mengatakan susah untuk tukar nama,ambil masa lama dan sebagainya.
Sebenarnya proses pindah milik tukar nama geran tidak lah sesukar yang diperkatakan.Terdapat dua cara anda perlu tahu jika anda hendak membuat proses tukar hak nama hak milik motosikal dan kereta.
Cara tukar nama geran kereta dan Motosikal
Terdapat dua cara untuk anda membuat proses tukar hak milik ini iaitu:
1.Tukar nama geran kenderaan secara sendiri
Terdapat beberapa dokumen penting yang diperlukan dan Tugas penjual serta pembeli
Dokumen Penjual:
- Geran asal kenderaan.
- Bawa kad pengenalan.
- Salinan kad pengenalan pembeli.
- Borang JPJK3 yang lengkap diisi (borang pertukaran hak milik secara sukarela).
Tugas Penjual:
- Melakukan pemeriksaan puspakom untuk kenderaan selain motosikal dan isi borang Borang B5 Puspakom.
- Hadir ke JPJ untuk melengkapkan borang JPJK3 (borang pertukaran hak milik secara sukarela) dan thumb print untuk pengesahan.
- Penjual akan dapat slip pengesahan.
- Slip tersebut perlu diserahkan kepada pembeli (pemilik baru).
Muat turun Borang JPJ K3 DISINI
Dokumen Pembeli:
- Geran asal kenderaan (dapatkan dari penjual).
- Bawa kad pengenalan.
- Salinan kad pengenalan penjual.
- Laporan pemeriksaan Puspakom yang asal (jika kenderaan selain daripada motosikal).
- slip pengesahan (dapatkan dari penjual).
Tugas Pembeli:
- Pembeli (pemilik baru) perlu memperbaharui cukai jalan dan insuran kenderaan.
- Mengisi borang JPJ K3 (borang pertukaran hak milik secara sukarela) seperti pemilik asal.
- JPJ akan keluarkan VOC (Vehicle Ownership Certificate) baharu yang telah ditukar hak milik.
Bagaimana jika pemilik meninggal dunia dan proses tukar nama boleh di buat?
Jika pemilik meninggal dunia dan pemilik asal kenderaan tidak mewasiatkan kenderaan sebelum meninggal dunia, waris boleh membuat permohonan pembahagian harta pusaka kecil terlebih dahulu di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.
Hanya waris sahaja yang boleh melakukan proses tukar nama kereta si mati jika waris berkenaan mendapat kenderaan atas nama si mati.Waris juga dinasihatkan untuk membuat permohonan tukar hak milik kenderaan dengan segera sebelum cukai jalan tamat tempoh bagi mengelakkan sebarang kesulitan atau masalah lain yang tidak dapat dielakkan.
Ini kerana pembaharuan cukai jalan atau road tax kereta bagi kenderaan yang masih berdaftar atas nama pemilik yang telah meninggal dunia hanya boleh diperbaharui SEKALI SAHAJA untuk tempoh enam (6) bulan oleh waris terdekat.
Boleh juga baca: Cara Tukar Nama Geran Kenderaan Jika Pemilik Meninggal Dunia
2.Cara tukar hak milik kenderaan melalui Ejen
Bagi anda yang tidak ingin pening kepala dan masalah beratur ramai di JPJ dan sebagainya,anda boleh upah khidmat orang tengah atau ejen.
Senang cerita,ejen akan buat segalanya.Anda tidak perlu beratur di JPJ dan orang tengah ini akan datang kepada penjual dan pembeli untuk urusan pengesahan dokumen dan lain-lain lagi.
Dari segi kos,Pembeli akan menanggung semua kos yang terlibat namun jika penjual bersetuju untuk menampung kos bersama-sama itu adalah kelebihan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan proses tukar nama kenderaan motosikal dan kereta,anda boleh hubungi melalui saluran berikut:
Talian Hotline JPJ: 030-8000-8000
Laman Rasmi: https://www.jpj.gov.my/