Daftar THiJARI sememangnya banyak memberi kemudahan dan menjimatkan masa kepada mereka yang berminat untuk membuka Akaun Tabung Haji secara online tanpa ke kaunter.Walau bagaimanapun, nak aktifkan akaun ini perlulah hadir ke kaunter TH berhampiran.Tapi jangan risau, keutamaan layanan dengan masa paling singkat seminit akan diberikan.
Untuk Makluman Portal THiJARI adalah platform perkhidmatan digital terbaharu yang telah di lancarkan bermula 5 Februari 2020.Sebelum ini,kita boleh semak penyata tabung haji dengan menyemaknya di ATM atau secara manual dengan hadir ke kaunter TH..
Perkhidmatan Online oleh THiJARI
Melalui platform THiJARI, pendeposit boleh:
- menyemak akaun
- mencetak penyata akaun
- membuat pindahan wang
- membuat urusan perkhidmatan Haji
- melakukan urusan Kelab TaHa secara dalam talian.
Untuk lebih jelas,boleh rujuk di bawah:
1. Semakan Penyata, Urusan Simpanan & Pindahan
Pelanggan Tabung Haji online boleh melakukan semakan ringkasan, butiran akaun dan rekod transaksi serta baki akaun terkini dengan mudah melalui THiJARI.
Di samping itu, kita boleh melakukan pindahan simpanan dari akaun TH ke akaun TH (akaun tanggungan dan pihak ketiga).
Had amaun pindahan simpanan sehari yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:
- Pindahan ke Akaun TH Persendirian (ke akaun TH anak bawah jagaan) – RM15,000.00 sehari
- Pindahan ke Akaun TH Pihak Ketiga (termasuk akaun TH yang telah di “favourite” kan) – RM5,000.00 sehari
Pengemaskinian profil juga boleh dilakukan.
Pendeposit boleh mendapatkan penyata akaun Tabung Haji
online bagi enam (6) bulan terkini.
Penyata akaun boleh dimuat turun dan dicetak selain penetapan akaun kegemaran (favourite account).
2. Urusan Haji
Bagi mempermudahkan urusan Haji, pelanggan Tabung Haji Online boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran Haji dengan lebih cepat tanpa perlu hadir ke kaunter.
Bagi urusan tawaran Haji pula, surat tawaran dan semakan status tawaran Haji juga boleh didapati melalui portal ini.
Pelanggan THiJARI boleh menyemak dan memuat turun jadual penerbangan pergi dan balik.
Bagi program Kursus Asas Haji, pelanggan boleh membuat semakan lokasi dan tarikh kursus di samping memuat turun nota Kursus Asas Haji.
3. Kelab TaHa
Pendaftaran Kelab Taha / Taha@U boleh dilakukan melalui THiJARI.
Bagi ahli Kelab TaHa / TaHa@U, penyemakan status pendaftaran, E-kad keahlian kelab di samping semakan senarai Rakan Kelab TaHa/TaHa@U boleh dilakukan melalui portal THiJARI.
Boleh juga baca: Cara Buka Akaun ASB online dengan Apps myASNB
Syarat Kelayakan daftar Tabung Haji
Berikut adalah syarat kelayakan untuk daftar haji:
- Agama Islam
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
Cara Daftar THiJARI
Untuk buka tabung haji online dan daftar online,anda hendaklah :
1. Kemaskini Maklumat Ahli
Anda perlu hadirkan diri ke kaunter TH yang berdekatan untuk buat kemaskini maklumat diri terutama maklumat nombor telefon bimbit kerana
nombor pengesahan (TAC) akan dihantar melalui nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.
Maka, pastikan nombor telefon bimbit yang didaftarkan adalah nombor telefon terkini bagi mengelakkan masalah semasa proses log in sistem THiJARI.
Bagi mereka yang telah mengemaskini maklumat,boleh daftar ke pautan berikut: www.thijari.com.my tanpa perlu ke kaunter TH.
2.Layari ke Portal THiJARI
Boleh layari ke Portal THiJARI dengan menggunakan telefon pintar / komputer / laptop dan lain-lain.
3.Lengkapkan Maklumat Peribadi Anda
Pendeposit TH hendaklah memasukkan No kad pengenalan dan dan nombor akaun TH.Yang paling penting,pendeposit perlu memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan semasa membuat kemaskini.
Kemudian,barulah diminta untuk lengkapkan maklumat peribadi.Lengkapkan butiran yang di ingini dan terima terma dan syarat.Tahniah anda dah berdaftar sebagai pengguna THiJARI.
4.Semakan akaun Tabung Haji Online dan Anak
Setelah berdaftar,anda hendaklah login semula untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
Secara automatik,akaun TH anak bawah jagaan akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar THiJARI.Boleh semak di bahagian menu “Ringkasan Akaun”.
Cara Buka Akaun Tabung Haji Online dengan Daftar THiJARI
Untuk membuka akaun tabung haji online,permohonan boleh dibuat melalui Pembukaan Akaun Secara Maya atau Virtual Account Opening (VAO) melalui laman web atau aplikasi THiJARI.
Berikut adalah langkah untuk daftar:
1.layari Laman web atau aplikasi
- Laman web: https://www.thijari.com.my/
- Android : Google Playstore
- Apple : iOs Appstore
2.Cari dan Klik ‘Tiada akaun TH? BUKA SEKARANG!”
3.Lengkapkan butiran maklumat diri seperti :
- Nama (seperti dalam MyKad)
- Tarikh Lahir
- No. Surat Beranak
- No MyKad
- Agama
- Warganegara
4.Setelah isi maklumat lengkap,masukkan kod pengesahan yang dipaparkan dan tekan ‘Berikutnya’
5.Setelah selesai anda hendaklah hadir ke kaunter Tabung Haji yang berdekatan untuk mengaktifkan akaun dalam tempoh 30 hari (untuk buat pengesahan biometrik)
Cara Daftar Haji Online dengan THiJARI
Berikut adalah cara daftar haji online:
- Layari portal atau aplikasi THiJARI seperti pautan di atas
- Klik butang “Menu” atau tiga garisan di bahagian atas kiri skrin
- Klik “Perkhidmatan Haji”
- Klik “Pendaftaran Haji”
- Sebelum teruskan langkah seterusnya, pastikan pengguna melepasi syarat pendaftaran haji berikut:
- Pendeposit Tabung Haji (Ada Akaun TH)
- Baki minima di dalam akaun TH sebanyak RM1,300
- Tidak pernah menunaikan
- Klik “Setuju”
- Klik “Tambah Pemohon”
- Nombor akaun TH & Kad Pengenalan pemohon akan dipaparkan, klik “Tambah Pemohon”
- Pastikan maklumat dipaparkan adalah betul dan klik “Hantar dan Siap”
- Klik “Mohon TAC” dan isikan di ruangan disediakan
- Klik “Sahkan Pendaftaran” dan selesai!
Cara buka akaun Tabung haji untuk anak
Yang paling penting untuk buka akaun anak-anak,ibu bapa hendaklah ada akaun THiJARI.
Langkah pendaftaran adalah seperti berikut:
- Login akaun THiJARI
- Pergi ke menu Pembukaan Akaun Kanak-kanak.
- Isi semua maklumat anak-anak.
- Selepas selesai mendaftar, pergi aktifkan akaun anak di kaunter Tabung Haji dalam masa 30 hari.
- Sila bawa dokumen berikut:
- 1 salinan dan original surat beranak anak
- 1 salinan dan original IC ibu / ayah
- Wang untuk daftar Haji RM1300.00
Untuk lebih jelas,boleh tengok video di bawah:
Cara Semak baki Tabung Haji Online
Untuk membuat semakan baki Tabung Haji dan dividen semasa anda melalui THiJARI,anda perlu:
1.Log in Akaun THiJARI anda
2.Klik Butang Menu di bahagian kiri atas skrin.Rujuk Gambar
3.Klik pada Ringkasan Akaun
4.Klik pada akaun yang anda mahu.
5.Klik pada akaun penyata yang anda ingin dan pilih Muat Turun PDF bulan terkini
6.Di dalam penyata yang anda muat turun.semua sudah tersedia jumlah baki tabung haji anda dan dividen yang telah dimasukkan
Maklumat lanjut
Sebarang Pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
Sila kunjungi Pejabat Cawangan TH yang berdekatan atau hubungi:
- Tabung Haji Contact Centre (THCC) Atau
- Telefon : +603 – 6207 1919
- Faks : +603 – 7728 4959
- Emel : th-info@lth.gov.my