Pegawai Bomba KB19 : Cara memohon SPA9 untuk lepasan SPM

Estimated reading time: 3 minutes

Pegawai Bomba KB19 merupakan penjawatan di dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di dalam klafikasi perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam

Kepada Lepasan SPM yang berminat dan layak,Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membuka peluang permohonan mengisi kekosongan jawatan Pegawai Bomba KB19.Permohonan ini dibuka sepanjang tahun dan ambilan akan dilakukan bila-bila masa apabila terdapat kekosongan

Dengan hanya menggunakan SPM,anda layak memohon jawatan ini dengan membuat permohonan di SPA9.Di bawah kami sediakan panduan untuk anda membuat permohonan dan semak kelayakan anda untuk memohon.

Syarat-syarat kelayakan untuk memohon

Anda perlu memenuhi syarat-syarat lantikan sebelum anda membuat permohonna.Berikut adalah syarat-syarat yang diperlukan:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,360.00); atau
  4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,418.12); atau
  5. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,476.24)
  6. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
    • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
    • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
    • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
    • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
    • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
    • lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan seperti berikut:
    • mengangkat berat seberat 54kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    • menjulang dan menegakkan tangga Ajax;
    • menaiki tangga penyelamat 16.5m; dan
      memanjat tali.
  7. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Boleh baca juga,Kerjaya Jururawat Melalui Program Latihan Separa Perubatan

Skop Kerja Pegawai Bomba KB19

Untuk membuat peermohonan,anda mestilah mengethui deskripsi tugas jawatan tersebut.Berikut adalah skop kerja yang terlibat:

  1. Melaksanakan kerja-kerja operasi pemadaman dan penyelamatan.
  2. Melaksanakan kerja penyelenggaraan harian ke atas jentera bomba dengan cekap.
  3. Mengendalikan pam bomba.
  4. Melaksanakan tugas-tugas pemanduan jentera bomba dengan cekap.
  5. Melaksanakan kerja-kerja di Bilik Kawalan dan Pengawasan.

Peperiksaan dan Temuduga

Setelah anda memohon dan berjaya ,anda akan di bawa  untuk menduduki peperiksaan perkhidmatan awam. Peperiksaan adalah secara online dimana pautan link ke peperiksaan tersebut akan di hantar melalui e-mel yang anda daftar. Peperiksan tersebut melibatkan pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan yang dipilih, ujian psikometrik, daya menyelesaikan masalah dan lain-lain

Setelah anda berjaya dan lulus dalam peperiksaan baru anda akan di panggil untuk temuduga.Seterusnya anda akan ditemduga oleh pegawai SPA yang terlibat dan anda akan diuji melalui keyakinan anda menjawab soalan.

Terdapat jugak pemeriksaan Fizikal ahli bomba bagi mematuhi kelayakan yang ditetapkan

Cara membuat permohonan

Permohonan boleh di buat secara online dengan mengisi borang-borang di laman web rasmi SPA.Anda boleh layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA9) dan isi permohonan anda

Untuk membuat pendaftaran langkah demi langkah anda boleh rujuk Panduan Daftar SPA9.

Maklumat lanjut

Sebarang permasalahan dan maklumat lanjut,boleh layari laman web rasmi SPA http://www.spa.gov.my/

Sebenarnya banyak lagi jawatan lain yang anda boleh mohon melalui portal SPA Malaysia melalui kelayakan anda.

Sila Join Channel Rasmi Telegram MyHebahan.Segala hebahan terbaru akan dimaklumkan melalui medium ini.

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via